Kebaikan Pasta Organik Alce Nero untuk pemakanan lebih sihat

Pasta antara salah satu kegemaran kami yang wajib ada stok di rumah. Ena memilih Alce Nero Organic yang lebih sihat dan mesra bumi. Penuh serat dan berperisa semulajadi. Percayalah makan kosong gitu pon dah sedap! Apa yang ena suka tentang pasta Alce Nero ni cepat masak dan tekstur kenyal-kenyal lembut.



Anak-anak suka Alce Nero Organic Kids Pasta yang ada pelbagai bentuk comel.  Kids Pasta boleh didapati dalam 3 bentuk iaitu bentuk Abjad, Kenderaan dan Sukan (Tricolore) dibuat untuk kanak-kanak berumur 18 bulan ke atas dan orang dewasa. Padat dengan nutrisi penting seperti serat, protein dan karbohidrat.


Comel kan bentuk kenderaan


AlceNero Tricolore, Spaghetti, Penne dan Kids Pasta dibuat dengan pewarna semulajadi daripada sayur-sayuran. Merah dari tomato dan hijau dari bayam mencipta trio warna untuk hidangan yang menyelerakan.



Nak lebih perfect match, gunakan Sos Pasta Organik Alce Nero with Basil.


Kebaikan Makanan Organik
• Mengurangkan pendedahan kepada racun perosak
• Amalan pertanian lestari
• Membantu memerangi perubahan iklim
• Mengekalkan biodiversiti
• Kesihatan keseluruhan yang lebih baik
• Mengurangkan risiko penyakit jantung
• Meningkatkan sistem imun
• Rasa lebih baik daripada makanan bukan organik
• Mencegah kanser

Post a Comment

0 Comments