Family Bonding - Splash Carnival at LEGOLAND Water Park 2024 Activities

 Splash Carnival at LEGOLAND Water Park 2024 kembali lagi guys!!!


Bermula 4 Julai - 4 Ogos 2024 (10 pagi - 6 petang) dipenuhi dengan pelbagai aktiviti game, live show dan "Special Guest Performance Han Byul" yang akan menghiburkan anda pada 13/7/2024 jam 4.30 petang. Ena berkesempatan membawa anak-anak bercuti di Legoland dan ternyata sangat menyeronokkan. Dari pagi sehingga ke petang banyak aktiviti disediakan, membuatkan korang tidak rasa bosan. Anak-anak kalau boleh tak nak balik lah!

Berikut adalah harga tiket dan boleh buat tempahan terus ke Laman web rasmi Legoland



Pastikan datang tepat pada hari dibuka.


Nak datang boleh search MAP >> Legoland Parking di Zon 1 & 2. Memudahkan korang terus ke destinasi. RM10/entry. Lepas dah dapat tiket boleh lah ikut laluan belakang Hotel Legoland ni. Kami terus je pakai baju renang siap-siap dari rumah. Beg boleh simpan di locker tak silap harga RM20. Tapi ena bawa je beg sebab banyak kerusi disediakan plus ena pon just duduk tengok suami yang bawa anak-anak mandi.


Suka baju renang ni. Even dah basah nak masuk plastik tak berat sangat dan tak berbau.
Mermaid Swimming Suit Kids Girl 2 Piece Swimsuit Muslimah Swimwear | Baju Renang Budak Perempuan di Shopee >> LINK SHOPEE


Akhirnya ada rezeki masuk waterpark. Sebelum ni main kat themepark tak sempat masuk waterpark sebab hujan lebat petang tu.

Jangan lepaskan peluang untuk sertai Splash Carnival LEGOLAND Water Park 2024





Aktiviti sepanjang Splash Carnival 2024 : 
BEACH BALL HUNT 10pg-6ptg
LEGO® BOAT RACE 2ptg
AQUA DUNK Coming soon
SANDBOX FUN 10pg-6ptg
SPLASH FUN STATION 10pg-6ptg
SHOOT THE-HOOPS 5ptg
SPLASH & SCORE SHOWDOWN 10pg-6ptg
WATER VOLLEYBALL 11.30pagi
BEACH SOCCER 2.30ptg & 4.30ptg
LIMBO ROCK 12.30tghri

💥LIVE Show:
DJ Beach Party 11pg & 3ptg
Surf's Up 4ptg
Aqua Zumba 12tghri & 3.30ptg
Splash Bash 5.30ptg
Parade All Stars 4ptg 
Meet and Greet LEGO Characters



Kid's life jacket disediakan dengan pelbagai saiz.




Join game Limbo Rock dan tebus hadiah. Ada banyak game lain.


DJ Beach Party



Surfer 9.45 pagi & 1 petang


Pirate Captain 10.30 pagi | 12.30 tengahari | 3.30 petang


Mariachi Man 2.00 petang & 4.30 petang


Lego Boat Race






LEGO Building Station
Bina dan lumba bot LEGO anda sendiri atau naik pelampung di Build-A-Raft river


Lunch menu ambil 2 set nasi ayam kenyang makan 4 beranak.
Teriyaki Chicken Rice
Karaage Chicken Rice Drizzled with Teriyaki sauce & seaweed soup


Meriah persembahan PARADE All Stars jumaat - ahad sahaja jam 4 petang





Lepas tukar baju, sempat lagi main lego. Seharian di sini memang budak-budak tak pernah bosan. Banyak aktiviti menarik dan menghiburkan pengunjung.. Next time kita bercuti lagi.



Muka kakak tak nak balik Muar hahahaha...

Explore:

https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/splash-carnival/


#LEGOLANDWaterpark #SplashCarnival #LEGOLANDMalaysiaResort

Post a Comment

0 Comments