Sebut saja negeri Kelantan terus teringat makanan sedap di sana. Masa trip family ke Kelantan tahun 2019 tu, memang seronoklah dapat membeli belah dan santai di pantai. Kalau boleh nak repeat lagi bila ada masa. Insya Allah. Jadi antara tempat yang ena nak cuba terjah adalah KBB Burger & Steak Kota Bharu, Kelantan. Fuhhh... tertarik habis tengok menunya yang meriah. Terliur je tengok gambar-gambar di page KBB Burger & Steak ni. Jadi ena save di sini, mana lah tahu korang tercari-cari tempat makan best di Kelantan.
Kalau korang nak tahu, selain outlet Kota Bharu, KBB Burger & Steak ni jugak ada outlet kedua di Terengganu yang baru je mula beroperasi penghujung Februari lepas di Terengganu. Harap owner buka lah cawangan di Johor pula ya. hehe..
1. Tempat makan western paling best di Kelantan
Menangis tengok pelbagai menu dihidangkan seperti steak, burger, pasta, ribs dan lamb. Kalau boleh nak cuba semuanya.haha. Tapi ena sharing antara menu viral dan sedap di KBB Burger & Steak. Jom tengok menu apa yang korang wajib cuba!
Tengok portion pon dah menarik bukan? Apa lagi merasanya sendiri.
Angus steak atau Wagyu steak?
Tak tahu nak cuba yang mana, boleh grab kedua-duanya dengan pasangan. haa gituu.. Jangan risau sebab ada pelbagai pakej disediakan dalam menu, korang just pilih je.
WAGYU merujuk kepada semua lembu daging Jepun, di mana Wa' bermaksud Jepun dan 'gyu' bermaksud lembu. Wagyu ialah baka bertanduk dan lembunya sama ada berwarna hitam atau merah. Rasa unik dan kelembutan daging Wagyu yang sangat marmar menjadikan pengalaman makan yang tiada tandingan.
ANGUS baka lembu daging hitam, polled beef, selama bertahun-tahun dikenali sebagai Aberdeen Angus, berasal dari timur laut Scotland. Kualiti daging lembu Angus yang unggul datang daripada keupayaan mereka untuk meletakkan lemak marbling (rasa) intra-otot semasa fasa penamat, bersama-sama dengan kelembutan, tekstur, rasa, warna daging dan warna lemak yang sangat baik.
Tak sah lah kan kalau tak cuba burger sekali? Tengok saja presentation limpahan isi daging yang tebal dan salutan keju pasti membangkitkan selera pelanggan. Tengok review daripada pelanggan ramai yang berpuas hati dengan hidangan mereka.
Pelbagai hingan pasta, fish & duck, nanchos, salad, potatoes & fries dan sup
Ada pelbagai jenis steak cut seperti ribeye, sirloin,tenderloin, tomahawk, op rib & t-bone porterhouse. Then steak ni ada jenis Angus (mb3) , Wagyu (mb5 – mb7) dan juga Japanese Wagyu A5. Yang special tentang Japanese Wagyu A5 sangat rare dan agak susah untuk didapati. Jadi kalau korang nak merasai steak terhebat di abad ini boleh lah terjah ke lokasi mereka.
Hanya 4% sahaja boleh didapati dari keseluruhan wagyu jepun. Jangan pandang pada harga tapi kepuasan makanan. Wagyu A5 semestinya lebih unik berbanding steak lain kerana ia senang cair di dalam mulut & memberikan rasa yang daging yang "creamy". Teksturnya tersangatlah lembut sehinggakan korang hanya perlukan beberapa kunyahan sahaja untuk ia hilang dalam mulut.
4. Ruang makan ekslusif & selesa
0 Comments