Butik Kacax menambah cawangan baru di UBC Johor Bahru

Tahniah buat Butik Kacax telah menambah outlet terbarunya di UBC, Johor Bahru pada 1/9/2023. Sempatlah kami datang shopping di Kacax. Senang betul nak cari lokasi Kacax ni, belakang bangunan Jakel je. Tak jauh dari Angsana JB Mall tu. Orang Jb lagi senang cari sebab ena pon tak duduk sana tak sesat cari Kacax ni. Dari jauh dah nampak.

Lokasi mudah dicari dan lebih selesa nak cuci mata. Kalau jenis yang tak nak masuk Angsana JB Mall tu sebab tak suka bersesak dengan orang ramai, memang sesuailah datang ke outlet baru Kacax ni. Selesalah nak tengok design Kacax ni. Orang bersilih ganti tapi masuk tanpa bersesak. 

Cantik dan teratur memudahkan pelanggan mencari pakaian.

Ada ruang menunggu. Safiyyah dari awal datang sampai balik tidur je kat sofa ni. Senanglah ena nak round 1 butik.


KACAX : KURTA | BAJU MELAYU | T-SHIRT


Butik Kacax menawarkan rekaan :

✨ Dewasa dari saiz XS-5XL
✨ Kanak-kanak dari saiz 1-13
📌 Lebih 50 pilihan warna
📌 Lebih 20 design
📌 Pelbagai material kain yang selesa dan premium (sejuk , selesa , ironless)
📌 Variasi pilihan leher , lengan dan cutting


Diantara koleksi design baru yang display ni memang in trend :

Presto
Modica
Lumino
Levin
Luthern




Ada set sedondon ayah & anak. Kurta Belang-belang pun trendy 🔥 KURTA KACAX ni memang modern punya style , tapi kekal lagi ciri-ciri tradisional 😎






Suami berkenan design tshirt ni. cantik cetakan sedikit hijau;



Kenapa design “HIDDEN POCKET” bahagian tepi kurta ?

Ade hari malas kan nak bawak beg taruk wallet semua , tinggal masuk poket tepi tu je 🕺🏻

Pegi solat jumaat tak payah sesusah dah risau hilang kunci motor ke kete ke , letak dalam poket je setel ! 🤙🏻



PROMO RM89 masih ON hingga 30 Sept 2023 berbanding harga normal Price RM159
.
Tak lengkap la baju Melayu tanpa samping Eksklusif ni 💥
.
Haa , untuk bakal pengantin, bapa pengantin , pengapit , bridesmaid sesuai sangat ni.



Set butang baju lelaki pon ada jual


LAMAN RASMI KACAX


KACAX outlet Uda Business Centre (UBC), JB
📍 Belakang Jakel / Maybank Uda
✨ 10am-7pm


KACAX outlet Angsana JB Mall
📍 Level 3
✨ 10am-10pm

Post a Comment

1 Comments

AzianKhalil said…
suami saya suka beli baju di KACAX angsana tu.. nanti boleh ajak ke sini aje