Menyurih garisan @ tracing lines ni antara psikomotor halus yang paling bagus untuk anak-anak yang baru nak belajar menulis. Budak-budak 4 tahun ni masih ada lagi yang pegang pensil dengan cara salah. Jari keras bila kita nak bimbing. So surih garisan ni melatih anak melentur jari dengan efektif. Bila dah semakin mahir surih garisan, boleh lah upgrade kepada huruf.
Aktiviti : Menyurih garisan
Bahan : Kertas A4 bergambar, pensil
Objektif pembelajaran:
❇️Perkembangan fizikal
- Murid-murid dapat meningkatkan motor halus semasa melakukan aktiviti tersebut.
- Murid-murid dapat menyurih garisan dengan teknik yang betul
❇️Perkembangan bahasa dan komunikasi
- Murid-murid dapat mengecam bentuk yang berbeza
Gambar garisan ni ena cari je di Google.
1 Comments