Bawa anak bercuti menaiki Keretapi Tanah Melayu KTMB

Masa cuti sekolah yang lalu, ena bawa anak-anak menaiki keretapi bersama keluarga mertua. Alhamdulillah dah bawa naik bas, kali ni ajar naik keretapi. Saje nak bagi diorang merasa naik pengangkutan awam. Tq ayah belanja kami tiket dari Renggam ke Gemas. Kami plan nak ke KL tapi transit dekat Gemas lama sangat sampai 2jam, jadi kami berhenti di Gemas, then sedara  mama ambil je kat KTM balik Jelai. Harga tiket dewasa RM17. Kanak-kanak dan warga emas RM13.



Dekat kaunter ada scan QR kod nanti korang dapatlah tengok perjalanan KTM. Budget sampai jam 1:14 petang tapi kami sampai awal 1:05 petang. Ok lah tak penat sebab tak perlu drive dan tak mabuk.haha.. Sebab ena ni jenis mabuk kenderaan lagi-lagi bas. Boleh relax. Anak-anak memang main lari ke depan belakang je kerjanya tak ramai orang pergi hari rabu - khamis.

Kami beli tiket di kaunter awal. Boleh beli secara online di https://www.ktmb.com.my/ atau pon download apps "KTMB Mobile".



Tu diaaaa semangat nak naik jam 10 pagi.



Ada tempat masing-masing nak juga ikut selit.



Bawa bekal siap-siap sebab sepanjang 3 jam tu memang perut memanjang lapar. Makanan dalam KTM ni mahal.huhu...



Kami dapat seat E. Betul-betul sebelah cafe je. kalau nak dekat dengan cafe ambil seat D atau E.


Nak merasa juga makanan kat cafe. Karipap dan popia otak-otak sedap tapi mahal harga RM1/pcs. Takdelah besar mana. Roti sosej RM4.50. Anak pula merengek nak Mister Potato chip 1 balang tu RM7. huhu... Tapi dah anak kat depan kaunter, kenalah beli. Pergi cafe sebab nak beli air panas je. Air ok lagi lah RM3/ cup. 


Balik dari Gemas pula ayah tapau KFC siap-siap. hehe.. Sebab kami dah seram nak beli kat cafe KTM.


Alhamdulillah senang bawa adik. Janji makan dan susu cukup.


Inara pon ikut naik KTM. Jauh berjalan dah.


InsyaAllah ada rezeki kita naik KTM lagi. kalau nak trip ke kelantan kena booking awal 3 bulan. Harga tiket tak mahal dalam RM50 ke bawah gitu siap tidur. Budak-budak dalam RM30 lebih. Ok juga tu. Mana tahu next time nak kesana pula.

Post a Comment

0 Comments