Cuaca panas!!!! Tak tertahan rasanya kan untuk tahun ni cuaca semakin bahang. Dengar khabar berlarutan sampai bulan Ogos. Bayangkanlah macam mana panas berpeluhnya ena di dalam kelas mengajar. Mujurlah KKM beri kelonggaran boleh pakai baju sukan untuk murid dan guru. Walaupun tidak melakukan aktiviti luar tapi dalam bangunan sangat panas. Hidup kan aircond pon tak rasa sejuk sangat. huhu... Kesannya bukan saje mudah sakit tekak dan demam, kulit pon makin kering.
Setiap minggu sebanyak 2 kali ena akan bertugas jaga pagar pada waktu pagi tapi tengoklah macam mana pagi ni dah nampak terang dan panas. Bila sibuk ni kadang tu tak sempat minum air banyak kali sampai keringlah tekak. Cuma ena ni jenis disiplin jaga kulit. Takut sangat tengok kulit mengelupas macam dulu-dulu. Bila ena sentiasa berhadapan ramai parents yang akan hantar dan ambil anak di tadika, mestilah nak jaga penampilan dan muka kelihatan fresh kan. So ena sangat menitikberatkan penampilan diri A to Z.
Selain itu, ena juga buat aktiviti riadah dan psikomotor kasar untuk murid tapi masih di dalam premis. Berpeluh juga ya tapi muka maintain flawless sampai tengahari.huhu... Sampai ada yang tegur muka berseri-seri ya. hehehe..
Nampak tu matahari naik. Bila tak berapa sihat pakai mask lagi mudah berpeluh muka naik jerawat kan. Tapi mujurlah naik jerawat seketul je dan cepat surut. Mesti nak tahu rutin penjagaan kulit ena kan? Simple je yang penting jaga 3 step skincare. Skincare terbaik untuk kulit ni, pastikan lengkap bahan natural, selamat, halal dan tidak merosakkan kulit muka.
Tips penjagaan muka mudah dan selamat
Cara pakai skincare yang betul mestilah dimulai dengan pencuci, kemudian pelembap. Dan jangan lupa di siang hari pastikan memakai sunscreen untuk penjagaan tambahan dari sinar UV. Ena nak sharing 3 skincare terbaik ena gunakan daripada produk Hansaegee Nature.
2. Melembap - Aqua whitening Cream
3. Melindungi - Aloe Vera Sunscreen SPF 50 PA+++
Step 1 - Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Korang akan jatuh cinta untuk pertama kalinya memakai pencuci muka Aloe Vera. Best woooo water based cleanser ni even banyak buih tapi kulit tak rasa kering atau tegang pon. Korang yang kulit berminyak masih tercari-cari cleanser untuk kulit berminyak boleh try cleanser terbaik ini sebab pencuci muka Aloe Vera sesuai untuk semua jenis kulit. Even ena yang jenis kulit normal ni pon tak pernah rasa kulit mengering selepas mencuci. Still rasa lembut je bila sentuh muka. Sangat jimat sebenarnya water based cleanser ni sebab tak perlu pam banyak kali. Buihnya mewah dan kita rasa puas mencucinya.
1. Buang sebum berlebihan (minyak) pada kulit.
2. Soft watery bubble foam. Buih yang lembut meredakan jerawat.
3. Mengandungi Aloevera & Tea Tree Oil dapat meredakan sunburn, anti fungus dan melicinkan kulit.
4. Sangat efektif membersihkan pori dengan mendalam sambil membuang sel kulit mati (exfoliation).
Sekali pam boleh hasilkan banyak buih dan membersih dengan mendalam.
See....buihnya lembut. Best sangat pakai.
Kulit ena nampak lagi fresh! Baunya best tak rasa pelik.
Step 2 - Aqua whitening Cream
Siapa yang pernah gunakan pelembap muka Aqua whitening Cream terbaik ni, mesti akan jatuh cinta banyak kali. Sejukkk pakai taw. Sebab tu malam sebelum tidur ena buat sleeping masker juga. Cuaca panas ni kalau korang tak suka pakai jenis cream, kena try moisturizer jenis water based ni. Tak melekit langsung. Bau lemon gitu..
1. Melembap dan menghidrat kulit
2. Mengawal sebum dan minyak pada kulit
3. Merawat sunburn dan kemerahan
4. Makeup pigmented dan tahan lama
5. Mencerahkan kulit yang tidak sekata dan merawat pigmentasi
Selain itu, kelebihan pelembap muka water based ini terletak pada bahannya iaitu mengandungi "Camellia Japonica Seed Oil" yang bersifat non-comodogenic tidak menyumbatkan pori. Jadi kulit bebas bernafas. Moisturizer terbaik yang korang kena tahu mesti tidak menyumbatkan pori. Bila pori kita ni tersumbat, maka jerawat mula lah timbul merata. Jadi skincare terbaik dengan melihat isi kandungannya terlebih dahulu. Baru rasa feeling nya macam mana. Kandungan lain yang ena suka ialah mengandungi "Niacinamide" mampu mengawal minyak berlebihan keluar dari kulit, berpeluh dan pori yang besar. Jadi kulit kurang berminyak. Aqua Whitening Cream merupakan moisturizer untuk kulit berminyak juga. Tak perlu risau jika korang bekerja seharian dan buat aktiviti luar sebab muka tak rasa melekit. Even berpeluh pon kulit masih cantik dan lembap. Selain pencuci Aloe Vera, kena pakai Aqua Whitening Cream baru lah complete basic routine skincare :)
Lagi satu yang korang kena tahu kelebihan guna Aqua Whitening Cream ni boleh dijadikan base makeup. Tekstur Aqua Cream pekat dan ringan mudah disapu dan terus nampak glowing semulajadi. Pigmented terus makeup ena. Yang penting tak bercapuk bila seharian makeup.
Cream ni macam ajaib. Korang tengok lah ena cuma sapu sedikit je pada tangan boleh nampak effect water drop. Pelembap muka water based ni terbukti tidak melekit pada wajah. Sebab itu, ni antara skincare terbaik ena pernah cuba.
Nampak glass skin gitu.. ala korean. suka sangat. Hydrating & brightening skin all in one. Siapa tak suka kan?
Step 3 - Aloe Vera Sunscreen SPF 50 PA+++
Haa..sunscreen SPF50 jangan lupa pakai taw. Ni memang rutin harian tak kira bekerja atau cuti duduk di rumah pon ena akan pakai sunscreen. 3 step ni mudah kalau malas juga nak lakukan, jangan tanya kenapa usia dah masuk 40an nanti akan timbul banyak pigmentasi. Masa tu menyesal lambat merawat. So mulakan dari sekarang. Ena menggunakan sunscreen Aloe Vera juga. Bahan berasaskan Aloe Vera ni best dan natural. Krim siang terbaik dan sunscreen yang tiada white cast. Tak rugi lah guna. Lepas sapu je muka akan glowing tanpa bercapuk.
Aloe Vera Sunscreen ini juga mudah dibasuh dengan air. Kulit tak rasa melekit selepas dicuci. Pastikan cuci dengan bersih terutama ketika hendak solat. Ini sangat membantu korang untuk cepat bersiap semula. Praktikal digunakan seharian.
Rasa ringan dan makeup lebih smooth. Dalam masa yang sama sunscreen SPF50 ini tidak berminyak.. Even berpeluh pon sebenarnya kulit lagi nampak cantik taw. Jadikan juga sunscreen terbaik ini dalam rutin basic skincare korang okey. Krim siang terbaik juga yang ena pernah cuba.
5 Kebaikan Aloe Vera Sunscreen SPF 50 PA+++ :
1. Mengandungi Ekstrak Aloe Vera - Sunscreen untuk semua jenis kulit
2. Melembap dan melicinkan
3. Sunscreen tidak berminyak dan tidak menyumbatkan pori
4. Tiada bahan berbahaya
5. Hybrid Sunscreen terbaik
Ada 1 perkara ena nak share, produk terbaru sunscreen SPF50 daripada Hansaegee Nature ni sangat best dan berkualiti sebab ia Hybrid Sunscreen, inovasi baru gabungan dari chemical sunscreen dan physical sunscreen.
Kenapa sunscreen ni terbaik?
Hybrid sunscreen menggabungkan fungsi memantulkan sinar UV dari physical sunscreen jadi bagus untuk kulit termasuk kulit jenis sensitif. Apabila disapukan pada kulit wajah akan rasa lebih lembut, licin dan kulit nampak lebih cantik tidak bercapuk. Gabungan dari chemical sunscreen pula memberi impak makeup jadi cantik kerana tekstur krim cepat meresap. Sebab itu sesuai untuk semua jenis kulit kombinasi, berminyak, dan kering.
Tips nak nampak glowing, kena lah try sunscreen SPF50 ni. Confirm berseri. So far ena pakai kesemua produk ini di dalam basic skincare routine ena, sangat mudah digunakan, jimat masa dan praktikal. Yang penting pastikan cara pakai skincare dengan betul.
So dah tahu kan tips mudah amalkan 3step basic skincare ni. Ena beli secara online je. Pastikan original dari official website ok!
Dapatkan produk ini secara online di bawah :
3 Comments