Alhamdulillah penutup sesi 2022, meraikan pelajar 6 tahun dengan membawa pergi rombongan ke Melaka. Diberi kepercayaan sebagai PIC tempat, mencari tempat menarik untuk anak-anak Pasti Kawasan Bakri. Syukur semua dipermudahkan dari awal perjalanan 8.30 pagi smpai 7 malam. Anak-anak tak banyak ragam.
Disini ena buat rujukan kertas kerja lawatan serta quotation mungkin ada guru-guru atau pon family nak buat lawatan sambil belajar ke Melaka. Harga yang ditawarkan lebih murah daripada harga biasa dengan syarat minimum 30 peserta terlibat. Jadi surat rasmi permohonan quotation kena submit kepada pihak berkenaan melalui email rasmi. Untuk confirmation masa dan jumlah penyertaan perlu disahkan sebelum 7 hari lawatan.
Seramai 148 orang dengan menaiki 3 bas dan 1 van ke destinati:
1) Taman Rama-Rama dan Reptilia, Melaka
2) Masjid Selat Melaka
3) The Shore Oceanarium Melaka
Terima kasih kepada semua pihak memudahkan urusan kami. Semoga jadi kenangan buat anak-anak 6 tahun.
Dewasa (guru & unit amal): 40 org
Bas 1 44 org (RM700)
Bas 2 43 org (RM700)
Bas 3 44 org (RM700)
Van 17 org (RM550)
JUMLAH KESELURUHAN = RM2650
**Total 148 orang terlibat
Untuk driver bas dan van dapat masuk percuma serta makan percuma ya. Dan pembelian 10 tiket akan dapat percuma 1 tiket guru. Ikutkan kami cuma dapat 10 tiket tapi Puan Ju baik hati bagi kami 13 tiket. Tq Puan Ju sangat baik dan ramah. Mudah nak bekerjasama melalui WhatsApp. Korang boleh contact 016-3636537.
Kami ambil "Program pendidikan murid sekolah" sebab lagi berbaloi iaitu "Pakej Larva 1 jam 30 minit" tapi peruntukan masuk 2 jam termasuk makan nanti ya.
Menu pilihan kami:
Pelajar & Guru: Nasi Lemak + Telur Mata + mineral kecil(Nasi lemak dia sedap taw lagi-lagi sambalnya)
**jika ada pengurangan pelajar/guru pada hari tersebut, pihak sekolah hanya perlu bayar untuk makanan sahaja
Untuk menu ni kita boleh pilih seperti dibawah :
Menu Makanan untuk pakej Imago & Larva:
Nasi goreng/Bihun goreng/ Mee goreng/ nasi lemak
Tiket dewasa RM28.00 (harga asal RM40)
Tiket kanak-kanak RM21.00 (harga asal RM30)
* Must wear a face mask during the visit time
Untuk makanan petang, tempah awal dengan manager KFC Sungai Rambai dan kami berhenti makan dan solat di RTC Sungai Rambai. Ni contoh menu yang korang boleh pilih.
2 Comments