Flavours of Nusantara Buffet Dinner di Bricks Family Restaurant, LEGOLAND Hotel
Alhamdulillah rezeki cuti sekolah ni dapat berjalan ke Johor Bahru bersama family. Lepas settle kan baju raya, kami ke LEGOLAND Hotel untuk review Buffet Ramadan. Memang plan nak ke Iskandar Puteri untuk melawat ipar yang baru je berpindah di sana. Jadi alang-alang bawa anak ke Legoland. Dah 1 tahun lebih juga lah tak datang. Suka lah sumayyah datang lagi nak main lego.
LEGOLAND® Malaysia Resort kini sedang berlangsungnya Buffet sempena Ramadan iaitu "FLAVOURS OF NUSANTARA BUFFET DINNER" di Bricks Family Restaurant, LEGOLAND Hotel dari 23 Mac hingga 21 April 2023
Para tetamu dapat menikmati pilihan lebih 200 hidangan Nusantara yang lazat dalam persekitaran LEGO yang menakjubkan dan unik. Pengalaman makan malam yang best bersama keluarga ena, bukan sajian makanan sahaja malah LEGOLAND Hotel telah mengatur persembahan kebudayaan yang memukau, pancaragam akustik dan penampilan watak LEGO di restoran.
Cantik sangat presentation sajian dihidangkan oleh pihak restoran. Rasa seperti datang Open House Raya.hehe.. Pengunjung boleh merasai masakan Nusantara dari tempatan sehingga antarabangsa seperti kambing golek yang lazat (Kuzi Kambing), rendang, sate, kari, sup, bubur lambok, ulam-ulaman, dan banyak lagi.
“Sejak pelancaran buffet bertemakan Nusantara pada 2019, kami menerima sambutan yang sangat positif. Pengunjung sentiasa kembali untuk menikmati suasana unik dan perjalanan masakan yang menakjubkan yang pasukan kami sajikan untuk mereka. Disebabkan permintaan ramai, kami telah memilih untuk menjalankan buffet Flavours of Nusantara sekali lagi tahun ini dengan hidangan yang lebih menggiurkan, dibuat dengan bahan-bahan berkualiti tinggi dan disahkan halal,” kata CS Lim, Pengarah Bahagian di LEGOLAND Malaysia Resort.
“Pengunjung juga boleh lihat lebih banyak persembahan tradisional dan moden bertemakan Raya, salah satu kemuncak pengalaman menjamu selera kami. Pasukan LEGOLAND Hotel kami berbesar hati dipilih sebagai destinasi untuk pengunjung menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga mereka dalam tempoh ini dan berharap dapat memberi mereka pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan setiap lawatan.,” tambah CS Lim.
Full house. Mujur datang awal.
Aneka sambal dan juga kerabu. Antaranya sambal belacan, sambal kicap, cencaluk, sambal hijau, sambal tempoyak, budu, air asam, sambal mangga, mango chutney, kerabu sotong, kerabu udang, kerabu kacang panjang, kerabu mangga, kerabu perut, kerabu kacang botol dan taufu sumbat.
Peminat seafood memang suka hidangan ni :)
Menu yang ku tunggu-tunggu. Kambing golek, roti john dan sate ni antara favourite ena berbuka puasa dan juadah yang dicari di bazaar Ramadan. Berbaloi lah semua menu ada disini. Ada pelbagai sos pencecah dihidangkan antaranya kuah kacang, mushroom sauce, black pepper sauce. Hidangan sampingan lain seperti pepes ayam, otak-otak, kepak ayam Buffalo, prawn skewers.
Sate ayam dan sate daging
First round ya..
Boleh lupa pula nak ambil durian roll ni. Ada pelbagai jenis roti seperti roti john, roti canai, capati, dan murtabak.
Aneka jenis mi dan sup
Bubur lambuk, bubur berlauk dan serawa durian
0 Comments