Kunafa dan roti turki asli dah ada di Roti2u Muar

Syukurlah dekat Muar dah ada menu makanan arab, tak perlu pergi sampai ke Melaka dan Johor Bahru.hehe.. Dia punya sedap tu kan sampai teringat-ingat nak repeat lagi. Tapi kalau boleh makan situ terus, kalau tapau dah sejuk, panaskan semula tak jadi macam makan kat kedai. Kena makan masa dia hidang panas-panas tu. Ena makan bersama kawan. Kami bertiga order menu di bawah. Tak perlu banyak sebab portion dia besar. Jadi cepat kenyanglah. Total dalam RM90 untuk 3 orang makan. Berbaloi dan mengenyangkan. Siap tapau tak habis. Cheese ni makan sikit dah cepat kenyang.

Roti Bazlama Cheese tarik panas-panas ada di Muo. ❤️ 


Yang wajib korang try Bazlama Cheese Menamen Ayam. Berbaloi lah dengan harga. Bazlama cheese tu ada 3 roti. Besar juga lah. Itu pon makan tak habis.hahaha. Tapi dia punya sedap makan dengan cheese tarik tu tak boleh nak cerita. kena rasa sendiri.

🫓 Kunafa RM19.90 (potong 4pcs boleh makan 4 orang)
🍘 Bazlama Cheese Menamen Ayam RM17.90 (3pcs roti)
🍕 Pizza Chicken Mushroom RM17.00
🥨 Roti simit + caramel RM5.90
🥤Nanas float RM5.50
🧋Caramel Machiato RM8.90

Next time boleh try Nasi Beringin Kambing pula. Menu istimewa Nasi beringin Kambing, ramuan istimewa dari Roti2u yang menggunakan beras basmathi yang dimasak dengan rempah istimewa. Mujur tak cuba haritu sebab terlampau kenyang.hehe...


Bazlama Cheese Menamen Ayam


Tarik roti turki dari utara ke selatan :)


Pizza chicken mushroom ni pedas. Bagi ena biasa je rasa dia.


Roti simit ni kena panas-panas baru sedap. Kalau sejuk dah jadi keras. Sebabtu kena makan on the spot.


Lupa ambil gambar.haha. So gambar ni kredit Roti2u. Air mawar tu jangan tuang banyak-banyak. Takut termanis sangat tak boleh nak makan. Kacang pistachio warna hijau tu tak rangup. Harap owner boleh upgrade.



Air dia sedapppp.. kena try 2 ni.


Datang Muar jangan lupa taw try menu di atas. Dekat dengan TF Value Mart Muar.

Roti2u Muar

FACEBOOK : https://www.facebook.com/Roti2u-2172979399615418

TELEFON : 018-2054149

WAKTU OPERASI : Isnin : 11:00 PG - 6:00 PTG

Selasa : 11:00 PG - 6:00 PTG

Rabu : TUTUP

Khamis : 11:00 PG - 8:30 PTG

Jumaat : 2:30 PTG - 6:00 PTG

Sabtu : 11:00 PG - 6:00 PTG

Ahad : 11:00 PG - 6:00 PTG

ALAMAT : No.2, Jalan Perniagaan Jaya 4, Taman Mas Jaya, Muar, Johor.


Post a Comment

2 Comments

Amie said…
Bestnya!
Saya pun peminat makanan middle east.
Amie said…
This comment has been removed by a blog administrator.