Terokai Sains dan Teknologi di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur

Tercapai juga hasrat nak bawa anak-anak berjalan ke Pusat Sains Negara,  taman tema berkonsepkan Sains dan Teknologi pada bulan 6 yang lalu. Seriously best sebab banyak plan kami nak ke tempat lain tapi tak sempat sebab 1 bangunan ni terlampau besar dan banyak aktiviti.  Budak-budak tak nak balik.  Haha. Bermula dari pameran ikan,  terokai sains,  robot,  makmal,  dinosaur encounter, sehingga ke kid zone. Dekat dalam je dah habis masa dari pagi sampai 3 petang. Kami gerak balik awal sebab nak ke shah Alam pula takut sangkut jem. Pastikan datang awal pagi untuk mudah cari parking (FREE). Lepastu masuk lah puas-puas sampai 5 petang. Semua video ena ada masukkan dalam Instagram ya.

PART 1 : Terokai sains di Pusat Sains Negara

Masa nak bayar di kaunter, kalau korang nak masuk pameran Dinosaur Encounter tu boleh sebut sekali untuk pengiraan tiket masuk.

Waktu operasi : Sabtu - khamis (9 pagi - 5 petang). Jumaat tutup

Kaunter tiket ditutup pada jam 4.30 petang.

Tak boleh bawa masuk botol air dan makanan ya. Di dalam ada kafe.

Masuk je terus nampak ikan dulu. Seronok budak-budak ni dapat belajar kenali alam kehidupan. Bercuti sambil belajar.








Diorang dapat belajar scan tangan untuk melihat banyak kuman. Kalau kita cakap tak nak percaya kan. Haa ni scan depan mata baru nak percaya.

Part 2 : Dinosaur Encounter, Pusat Sains Negara


Lepas je explore sains. Korang bawalah anak melihat pameran dinosaur dekat Aras 2. Ada pertunjukan secara maya dan banyak dinosaur bergerak. Safiyyah je nangis tengok 🤣 Masuk sini tak lama pon. Sebab budak-budak dah teruja nak main kat aras bawah (Kids Zone) Yang lama dekat Kids Zone 😂. Syurga permainan.  Susah ajak balik.



Part 3 : Kidz World, Kids Discovery Place & Peneroka Comel di Pusat Sains Negara


Budak-budak seronok dapat bebas bermain di Kidz World ni. Tak rekod kakaknya main Gelongsor besar di Zon mendaki. Tinggi betul.  Ibu jaga adik dekat Kids Discovery Place belah dalam untuk usia 2-4 tahun. Macam-macam permainan ada ikut pada usia kanak-kanak. Jadi parents mudah nak pantau.  Tak campur dengan budak besar. Dah rasa duduk dalam tadika je. Hehe. Next time kena repeat lagi tak explore luar PSN.


Seronok adik banyak permainan sesuai usia dia.





Alhamdulillah di usia 34 tahun ibu baru dapat jejak nak.haha.. Untunglah anak-anak masuk awal. Memang bestlah bawa kesini. Sebelum pergi PSN ena dah cerita dulu tempat ni macam mana. Suruh anak belajar tentang sains. Biar dia teruja belajar. Takdelah sampai sana dia blur lepastu bosan cakap tempat apa ni? InsyaAllah ada rezeki kita datang lagi bersama ayah pula :)

Post a Comment

1 Comments

Mummy Leen said…
Hai, Assalamualaikum... Saya budak baru belajar. Jemput datang ke blog saya :)