Pengalaman anak terkena Ludah Setan

Pengalaman yang tak boleh dilupakan bila anak terkena ludah setan. Bunyinya kasar tapi itulah orang tua sebut. Benda ni berlaku secara tiba-tiba.

HARI SEBELUM KEJADIAN

Sumayyah memberontak, mood tak baik, rupa-rupanya dia tak sedap badan. Badan dia panas. Lepas bagi makan ubat malam tu, ena nak buat kerja sikit di laptop. Tiba-tiba bergegar rasa macam rumah ada gempa bumi. Haaa.. masa ni dah cuak sebab bunyi tu betul-betul atas bumbung bilik ena. Tapi ena buat tak tahu lah sebab dah biasa dengar bertahun-tahun kawasan kami ni. Bunyi seret kerusi, pintu tutup kuat, bunyi berlari, bunyi guli. Tapi asalkan tak ganggu kami sudahlah. Cuma tak sangka anak ena terkena pada malam tu.


HARI KEJADIAN

Pada hari yang sama tapi jam 5 pagi ena kejut sumayyah nak bagi ubat demam, tiba-tiba ena tengok muka dia bengkak camni. Terkejut sangat sebab dia bukan ada alahan makanan. Terus cakap suami  pukul 7 pagi kita pergi hospital. Sebab nak hantar adik dulu duduk dengan pengasuh.


Berlaku dengan pantas ya. jam 7pagi dah bengkak kedua-dua mata. Bibir makin besar. Tapi tak sakit tak gatal. Dan badan pon tak panas lagi.


Misteri betul jam 9pagi kat mata surut dia beralih ke hidung pula. Ehh doktor sampai jadi pening nak decide penyakit apa sebab dia tak merebak taw. Badan takde. Ruam tu berpindah ke tempat lain. Padehal ena duduk sebelah tu. tahu-tahu hilang je. Sama juga pada siku dan kaki. Kejap ada kejap kang dia berpindah.


Doktor suspek kena penyakit Kawasaki sebab ada strawberry tongue. Hampir nak tahan wad tapi disebabkan cek darah semua ok, dah tak demam dan ruam tu tiba-tiba hilang, doktor bagi balik.


Tiba-tiba muka bersih ;(

Tapi....... rupanya berulang ya. Hampir nak maghrib tu badan sumayyah panas balik. Dan dia mengamuk malam tu sampai 4 pagi jugaklah dia tak tahan gatal-gatal. Ena bawa tidur tingkat bawah. Sebab ingatkan dia alahan tilam. Hmm. Cerita dengan jiran dan dia tengok gambar anak ena terus dia cakap ni kena ludah setan aka Ludah Jin. esoknya bawa dia berubat dengan ustaz. Ustaz bagi air minum dan mandi serta pagar semula rumah 3 hari berturut-turut.  Katanya 'benda' tu suka anak ena. Fuhhh seram dengar. Tapi syukur lepas tu rumah ena takde bunyi bising kuat lagi. Kalau dengar pon kadang-kang tapi rumah orang lain.huhu. Benda tu memang wujud sebab laluan dia ada di atas. Cuma kena berdoa mintak diri dilindungi dan tidak mengganggu kami sekeluarga..


Patutlah anak ibu selalu jatuh sakit. Ada benda kat dia. Ni lah rupa dia dah sihat kulit bersih memang takde bekas ruam langsung. Kejadian aneh ni sungguh mengejutkan ena. Syukurlah dia bunyi je tak tunjuk rupa. Mahu terkejut ena kang tak cukup kaki nak lari..... Sebab ada jiran sampai nampak kelibat PO**** kat luar.. Lorong ena ni memang keras. Jarang anak main kat luar lagi-lagi time senja. Ibu doakan sumayyah sentiasa sihat dan tak mudah jatuh sakit lagi. 

Aaminn...

Post a Comment

0 Comments