Dah lama tak reward diri sendiri dengan handbag baru.hehe. Sebab dah terbiasa pakai pelbagai beg daripada Mary Kay. Benda free kan. Guna jelah apa yang ada. Tapi ehh rasanya nak tukar angin guna jenama Christy Ng lah pula. Guna duit hasil titik peluh bekerja kan? Terapi gitu.
Yang geram tu banyak yang berkenan cepat betul dah sold out. Bila kau dah aim beg tu kan, tiba-tiba nak order dah takde. Personal shopper lah pandai. Dah beli nanti jual harga lebih mahal. yelah keluarannya terhad dan limited edition. Keluar sekali memang takde dah design tu. so bila launch produk baru better grab je awal. Maksudnya dah oos di website rasmi tapi bila tengok dekat website lain beg tu dijual dengan harga lebih tinggi.
Self Rewards
👜 Christy Ng's Maddy Shoulder Bag - Sage Green
👛 Merdeka 22 Mini Grocery Tote - Pink
Maddy Shoulder Bag tengah promosi RM169 dari harga asal RM199. Tapi ena beli cuma RM129 je.
1. Dapat diskaun RM15 baucer yang diberi melalui email. Christy Ng ni rajin bg kod baucer promosi kat email taw.
2. Kemudian nak lagi untung guna "shopback paylater by hoolah". Ni automatik dekat bahagian nak submit order nanti ada pilihan nak cash atau shopback. So bayar 3 kali ansuran. Boleh je nak bayar penuh tapi dah lagi murah beli ansuran. Haruslah berjimat kan. So RM43 je ena bayar untuk first month.
Lihat step dibawah cara nak dapat murah
Harganya RM169 promosi di dalam website. Tolak baucer RM15. Jadi RM154. Baucer ni banyak jenis. Rajin-rajinlah tengok email.
Masa nak pilih bayaran tu korang klik "Shopback". Install siap-siap apps ni lagi mudah nak autolink dari website. Kemudian tengok dulu promo dari apps korang baru klik pada "Apply promo"
Disini ena pilih RM25 off. klik "Apply Now"
Jadi harga beg turun RM129 selepas tolak lagi diskaun RM25.
Jadi payment yang pertama akan tolak dari akaun sebanyak RM43 untuk tempoh 3 bulan. Mudah kan? Beli lah ikut kemampuan. Pakai pon tak kan tukar tiap bulan kan. huhu
Merdeka 22 Mini Grocery tote bag pink ni limited edition juga tapi murah RM35. Ena pernah beli beg lebih kurang camni dari jenama lain tapi kualiti jauh beza. Nampak gambar lawa je tapi bila depan mata warnanya pudar dan nipis. Padehal harga sama je dengan Christy Ng ni.
Yang ni pon dapat diskaun baucer dari email. Kalau takde tambah nama so barang tu cepatlah sampai ke tangan. Dalam 2-3 hari macamtu.
sage green ni memang lawa.
Ena suka sebab ada 2 jenis tali boleh pilih nak pakai mana.
Comel kan tote bag ni. Buat pakai pergi kerja atau ke pantai memang cun! Simple tapi menyerlah gaya.
Rambang mata beb tengok koleksi ikut musim ni. lagi-lagi Hello Kitty edition. >>>>>> https://christyng.com/collections/totes
CHRISTY NG OFFICIAL WEBSITE
1 Comments