Rutin Penjagaan Kulit Harian Sebagai Seorang Guru dan Ibu - Kulit Kombinasi, Berminyak dan Kering | Salah satu skop kerja pada waktu pagi bagi seorang guru adalah memastikan setiap murid selamat sampai dan masuk ke dalam kelas. Jadi setiap hari kami akan bergilir-gilir menjaga pagar depan. Sudah tentu muka akan terdedah dengan sinaran UV. Kalau pada waktu pagi masih ok sebab ada Vitamin D tapi bila masuk waktu tengahari confirm muka dah berpeluh bawah terik matahari dalam setengah jam nak tunggu murid semua balik di pagar luar. Di tambah pula memakai face mask, mula rasa tak selesa berpeluh dan gatal-gatal. Jadi amat penting untuk memastikan kulit ena dilindungi dari kotoran luar sepanjang hari.
Nampak kan pagar luar tu? Di situ lah tempat kami terpacak menunggu murid datang pagi dan pulang tengahari.
Bulan Julai, adalah bulan Kesukanan. Jadi kami akan training murid sebagai persediaan untuk Sukaneka hujung bulan ni. Masa ni peluh mencurah-curah.haha.. Cikgu kena lah badan aktif dan cergas kan.
Selepas habis mengajar pada waktu pagi, di sebelah petang pula ena akan ambil anak di rumah pengasuh dan juga membeli barang dapur. Kerap juga lah keluar sebab rutin ambil anak sulung balik sekolah jam 6 petang. Jadi ibu dan guru dalam satu masa ni sudah tentu banyak masa di luar dan kulit mudah terdedah dengan kotoran. Tapi ia tidak menjadi masalah besar jika ena sentiasa disiplin jaga kulit muka.
Apa yang ena lakukan supaya tidak mudah naik jerawat?
Jawapannya gunakan pencuci dan pelembap setiap hari.
2 item ni merupakan perkara asas dalam rutin skincare. Jadi jangan anggap pelembap itu tidak penting. Eh ramai je hanya mencuci muka tapi skip pelembap. Kedua-duanya saling melengkapi. Please jangan skip salah satu item ni.
Aloe AC Clean Bubble Cleanser dan Aqua Whitening Cream sesuai untuk semua jenis kulit
Paling best tak perlu fikir nak cari produk ikut jenis masalah kulit. Dengan Hansaegee Nature ni sesuai untuk semua jenis kulit dari kering, kombinasi dan juga berminyak. Kulit ena jenis kombinasi dimana bahagian Zon T berminyak sedikit dan bahagian pipi kering. Sangat risau berpeluh disebabkan face mask. Part hidung dan dagu mudah naik jerawat kalau pakai terlalu lama.
Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni best dengan buih yang mewah tapi tekstur lembut mampu memberi manfaat:
1. Membersihkan pori dengan mendalam
2. Buang sebum berlebihan (minyak) pada kulit
3. Buih yang lembut meredakan jerawat
4. Mengandungi Aloevera & Tea Tree Oil dapat meredakan sunburn
Ena suka packaging botol mudah digunakan hanya picit dan buih keluar banyak sekali pam.
Soft watery bubble foam
Lihatlah hasilnya bila ena lap menggunakan facial cloth. Berkesan menangkap kotoran.
Hasilnya muka nampak fresh dan lembut. Kulit juga rasa licin dan kurang berminyak. Takde rasa kering ataupun kulit menegang. Tak rugi mencubanya.
Jangan lupa cuci muka dengan Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebelum solat.
Dah cuci muka, kena lah pakai pelembap kan? Jangan risau Hansaegee Nature ada Aqua whitening Cream. Apa yang ena suka tentang pelembap ni adalah sifatnya water based sesuailah dengan cuaca kita yang panas. Cream ni mudah meresap pada kulit dan tidak melekit.
Mengandungi "Niacinamide" untuk mengawal kulit berminyak, berpeluh dan pori yang besar. Kulit kering duduk dalam aircond?? Mestilah boleh guna juga untuk hidrat semula kulit yang telah kering. Bila kulit cukup air, takdelah mengelupas.
Lagi satu yang korang kena tahu kelebihan guna Aqua Whitening Cream ni boleh dijadikan base makeup. Tekstur Aqua Cream pekat dan ringan mudah disapu dan terus nampak glowing semulajadi. Pigmented terus makeup ena. Yang penting tak bercapuk bila seharian makeup.
Bukan itu saje, jika korang jenis kulit yang terlampau kering dan sunburn, apa kata gunakan cream ni sebagai masker. Sebelum tidur pakai 2 kali layer. Esoknya pasti korang suka dengan hasilnya.
Kesimpulannya, untuk menjaga skin tidaklah susah sangat bagi seorang ibu dan guru jika kita disiplin manjaganya. Kalau rasa tak mampu nak banyak step dan leceh, better gunakan 2 item Aloe AC Clean Bubble Cleanser dan Aqua whitening Cream ni. Cara guna mudah dan result pon berkesan. Hasilnya kulit ena sentiasa lembut dan tidak kering. Berjemur di bawah sinaran matahari pon tak mudah sunburn. Tak rugi mencubanya.
Menarik kan? Rangkaian produk Hansaegee Nature trusted brand dan ramai feedback positif.
Korang boleh dapatkan produk ini secara online di bawah :
Website : http://www.hansaegee.com/shop
FB page : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
1 Comments