Nasi Arab dan Baklava sedap di Zaituna Restaurant Taman Tasek Johor Bahru

Nasi Arab dan Baklava sedap di Zaituna Restaurant Taman Tasek Johor Bahru | Kami ni penggemar Nasi Arab tapi jaranglah nak makan sebab takut tak kena dengan tekak. Tiba-tiba ternampak pula restoran Nasi Arab yang viral ni kat Facebook, terus cakap dengan suami dah alang-alang nak melawat baby biras yang baru keluar wad ni, jomlah kita pekena dulu Nasi Arab. Nampak sedap je orang makan. Lagi-lagi tengok orang layan Baklava dan Kunafa di Zaituna Restaurant ni. Jadi tak sabar nak terjah. Suami pon on lah. Zaituna restaurant yang terletak di Taman Tasek menghidangkan makanan arab original dari Timur Tengah. Bukan guna rempah beriani ya.

Kebetulan jatuh offday khamis lalu, kami gerak ke JB. Kami elakkan hari minggu takut sesak nak makan di Zaituna Restaurant ni. Sebab tengok orang share memang sesaklah di dalam kedai tu. Jadi syukur khamis 5 petang tu tak ramai orang. Cuma Baklava tu takdelah menggunung banyak sebab dah petang. Ada Baklava yang tak sempat ena nak merasa. Next time boleh lah datang lagi sebab dekat sangat dengan rumah adik ipar. Baklava super sedap.



Dari tepi jalan dah nampak Zaituna Restaurant ni. Ada 2 lot kedai jadi sesuai untuk bawa keluarga yang besar. Dekorasi dalaman Timur Tengah memang cantik serta alunan muzik dari negara Arab membuatkan kita rasa tenang nak menjamu selera. Anak-anak pula sibuk joget layan lagu Arab.


Menu makanan disediakan. Kalau tak tahu nak cuba apa boleh je minta cadangan dari pelayan. Staff disini mesra pelanggan. Cuma masa kami cakap sedap, mereka tak berapa faham, bila sebut 'lazat' haa baru lah faham. hehe.. Ena recommend korang try Nasi Arab, Baklava, Kunafa, Hummus, Shawarma dan Pizza.

Ruang selesa dan luas untuk pelanggan


Masuk je ruang pertama ni banyak meja yang bersaiz kecil untuk 4 orang makan. Macam kami pon makan di ruang depan sebab family kecil je. Ada ruangan duduk dan juga bersila. Rezeki masa tu dapat bersila.


Ruangan di lot sebelah untuk kapasiti yang besar. Haa. Jika korang nak buat majlis Birthday atau majlis lain pon boleh. Dah siap dekorasi 'Birthday" di dalam restoran ini.

Pelbagai jenis dessert Baklava sedap dihidangkan


Baklava sejenis manisan popular dari Turki ini menggunakan lapisan filo pastri dengan isian kekacang di siram dengan sirap manis.

Masuk je restoran, mata ni terus nampak Baklava. Korang boleh ambil sendiri berapa banyak Baklava, nanti staff akan kira.


Sajian dessert ini dipanggang sehingga garing diluar dan mempunyai pelbagai isi dan bentuk berbeza. Kemudian dipotong kecil dan disiram dengan sirap manis.


Manisan arab ini menggunakan isian kekacang seperti pistachio, walnut, hazelnut & almond. Haa nampak tak ada color hijau tu pistachio yang dicincang halus. Sedappp sangaattt!!! Dah lah kacang pistachio tu favourite ena. Rasa macam kunyah kulit popia yang rangup dan rapuh gitu. Crunchy makan.


Baklava ni asalnya kudapan untuk Istana tapi dah terkenal di negara Arab dan bermula lah banyak variasi dan resepi yang berbeza. Dessert ni manis jadi sesuai sangat dinikmati bersama dengan Teh Arab. Ena ambil dessert awal, jadi senang lepas je makan berat terus ngap je Baklava.hehe...

Baklava 1pcs / Rm2 @ RM3

Kunafa Viral sedap di Zaituna Restaurant


Kunafa yang viral ni makanan popular di Turki. Tekstur lembut, manis dan berlemak di dalam tetapi rangup di luar. Rangup di luar tu adalah doh kataifi, manakala lemak berkrim di dalam merupakan isian cheese. Disira dengan sirap ros dan taburan kacang pistachio. Rasanya tak terlalu manis. Just nice. Wajib try ni. Kataifi dikenali juga sebagai bul bul (sarang burung).

Kunafa ni pon order siap-siap.hehe. Tapi staff hantar kemudian selepas kami hampir habis menjamu selera menu utama. Cuma ralat tak merasa creme caramel. Nampaknya kena datang lagi.haha..

Kunafa RM9

Appatizers


Pembuka selera kami dengan hummus. Ada banyak jenis, staff recommend menu ni. Suami yang habiskan. hehe.. Diperbuat daripada kacang kuda dan bijan dimakan dengan roti arab.

Hummus with Diced Lamb RM14

Nasi Arab rasa rempah original dengan 3 jenis hidangan nasi


Menu wajib ni. Pastikan datang dengan ruang perut yang kosong. Baru puas hati makan. Kami ambil set dulang supaya dapat merasai ketiga-tiga jenis nasi iaitu Nasi Mandi, Maklouba & Kabsa. Favourite ena nasi mandi. Favourite suami pula nasi maklouba. Ayam dan kambing tu sangat lembut dan juicy. Nasi dimakan kosong pon sedap taw. Cukup rasa! Padu habis.


Nasi Arab Dulang 2 Orang makan RM41
Nasi Arab Dulang 2 lamb 2 chicken RM65


Chicken Shawarma ni sedap. Rasa macam makan kebab.

Chicken Shawarma RM12


Untuk anak-anak, kami order Pizza Pepperoni. Sumayyah makan banyak. Dia siap cakap suruh datang lagi nak makan pizza ni. Uwhh yaa.. nama restoran ni Zaituna kan. Sempena nama buah zaitun. Jadi nampak tak ada topping zaitun pada pizza ni? Sempatlah tanya staff masa makan pizza. Pizza ni sedap tak muak dimakan.



Pizza Pepperoni RM17


Air gas Barbican ni original dari Timur Tengah. Disahkan halal oleh Jakim. Jadi tak perlu ragu-ragu nak cuba. Ada banyak perisa seperti lemon, peach dan delima. Ena try perisa delima. Cara nak buka ambil sehelai tisu dan letakkan di penutup. Kemudian pulas je.


Barbican Delima RM6


Sedap air ni betul-betul rasa pati pisang tu.

Milkshake Vanilla Banana RM12


Air ni bagi 10/10. Ena bukan peminat coklat tapi minum air ni boleh masuk dengan tekak. berebut-rebut minum.

Hershey Chocolamour RM12



Okey.. jemput makan. Suami tersandar kekenyangan menikmati semua juadah.hehe. Kalau tak habis boleh dibungkus bawa balik ya.


Dia punya sedap tu 1 pinggan makan sorang je.hahahaha..


Krup krap je kunyah kunafa ni. Kataifi rangup sangat. Kalau korang tak suka manisan terlampau manis, boleh cuba kunafa.


Staff disini almost pak arab. Staff yang melayan anak kami ni dari Syria. staff perempuan melayu pon ada.


Macam biasalah 2 jam dalam ni, anak-anak mula bosan, jadi staff melayan mereka dengan alunan muzik.hehe.. Kami suka lepak santai disini. Memang tenang. Kebetulan juga tak ramai orang. Jangan datang time lunch dan dinner. Memanglah sesak.

Jika korang berpeluang bercuti ke Johor Bahru, please singgah ke Zaituna Restaurant untuk merasai sendiri keenakan makanan arab dan manisan popular dari Timur Tengah ini. Puas hati dan berbaloi datang dari Muar. Lagi best bawa keluarga ke sini. Sebab portion makan Nasi Arab tu besar. Harga pon berpatutan.

🍽️🫓 Zaituna Restaurant مطعم زيتونة

27 Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200, JB, Johor. 

🛵 🥡 Delivery : https://www.zaituna.my/

FB : https://www.facebook.com/zaitunajb/

IG : https://www.instagram.com/zaituna_resaurant_jb/

⏱️ Buka setiap hari dari 11pg - 11mlm kecuali jumaat 2ptg - 11mlm

..............................................

Video full di Zaituna Restaurant

Post a Comment

1 Comments

ctsuzie said…
Suzie pun dh try mmg sedap makan kat sini..lps nie nak repeat pizza & khunafah pulk..