Selamat Hari Raya Aidiladha 1443H bertemakan Jom Raya Kampung Part 1

Kenapa tema Jom Raya Kampung tapi tak balik kampung pon??? Haaa. sebenarnya tak cuti raya sebab suami kerja malam raya. Jadinya kami menyambut di rumah saje. Tapi nasib baik ada props yang sangat membantu kami untuk menggamit memori ala-ala balik kampung gitu. 

Rasa macam betul-betul je kat kampung dengan suasana dekorasi yang klasik dan ada aura hari raya. Berbaloi lah ambil pakej ni bersama The Empire Studio. Gambar ni dah lama ambil ya masa bulan puasa. Tapi baru nak up pada Hari Raya AidilAdha. hehe. Maklumlah lebih banyak aktif di Instagram sebenarnya. So kalau korang nak tengok video 'Behind the Scenes" boleh lah tengok IG ena.

Memang mudahlah kerja kami anak beranak ni sebab PHOTO STUDIO RAYA 2022 ni dah ada jurugambar professional. Haa korang tinggal posing 1 family 🤩

Suka sangat gambar ni sebab payah lah nak gambar sweet berdua.hahaha. Anak-anak pantang tengok kami berdua je. Laju je nak selit. Riuh betul di studio dengan anak-anak yang tidak duduk diam main props. Diorang tak berapa nak bergambar sebab masing-masing lagi teruja nak main. Tak percaya tengoklah gambar last.

Ruang sudut pon cantik. Cameraman sangat membantu bagi idea untuk kita posing.

Spontan je ni kami berdiri tiba-tiba cameraman suruh diam.hehe. Eh lawa pula gambar ni.


Haaaa. sebab itu ada banyak part. Mereka ada 4 set studio dengan pelbagai tema. Sila lah tunggu entry seterusnya ya. Memang cantik-cantik gambar.

Sebanyak 4 set studio disediakan diantaranya ialah :

🏠 Jom raya kampung
☪️ Raya sampai bulan
🖼️ Morrocon dream
🔳 Hitam putih kehidupan

Pengantin lama bila disuruh posing sweet mula lah malu.haha.


Bukan senang nak ambil gambar safiyyah ni. Tarik banyak kali kena cepat-cepat snap gambar. Mujur mood baik tak menangis.


Masing-masing muka redha.hahaha. Kami tak memaksa. Hanya biarkan secara spontan cameraman ambil gambar.



Drama bermula. Kakak memang tak nak lepas basikal. Adik tukang kumpul pelita buluh raya. hahaha.. Bak kata cameraman ni family paling riuh. Tapi suka hasil nya cantik sebab natural kejadiannya candid je.





Ibu mertua yang sporting melayan anak cucu bergambar.



Tengok safiyyah buat kerja sorang-sorang.


Hahahahaha. Last but not least. Safiyyah berjaya tarik serkap ayam ke tengah. Pakai pelita raya tu. Sabar jelah nakkk.
.
.
.

Post a Comment

1 Comments

Illya LeYa said…
Riuh raya baru meriah... Selamat hari raya ena