5 manfaat dalam 1 botol Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature | Pertama kali menggunakan Aqua whitening Cream ni dah jatuh cinta sebab ia water drop based cream. Tahu lah cuaca panas ni mudah berpeluh, tak berapa gemar sapu kulit jenis cream sahaja. Kalau water based mudah meresap dan tak melekit. Selepas ena sapu je pada kulit automatik terasa lembut, lembap dan glowing. Baunya sangat harum ala lemon gitu.
Aqua whitening Cream (Water drop based)
Tidak mengandungi bahan merbahaya, bebas alkohol, bebas sulfat dan bebas paraben. Sesuai untuk semua jenis kulit kering, berminyak dan jenis kombinasi.
Ia juga mengandungi "Niacinamide" yang mampu mengawal minyak berlebihan pada kulit dan mengecilkan liang pori.
5 manfaat pada kulit dalam 1 botol Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature :
1. Melembap dan menghidrat kulit
2. Mengawal sebum dan minyak pada kulit
3. Merawat sunburn dan kemerahan
4. Makeup pigmented dan tahan lama
5. Mencerahkan kulit yang tidak sekata dan merawat pigmentasi
1. Melembap dan menghidrat kulit
Mujur ada Aqua Whitening Cream ni yang membantu lock moisturiser dan cepat meresap ke dalam kulit untuk memastikan kekal hidrat dan tak mudah kering. Apabila cuaca terlalu panas sudah tentu lah lagi suka memerap di dalam aircond, tapi risau pula kulit makin kering dan mengelupas. Jadi ena akan gunakan pelembap ini bagi memastikan kulit lembap dengan bahan utamanya, "Glycerin" membekalkan air yang cukup pada permukaan kulit.
2. Mengawal sebum dan minyak pada kulit
Apabila liang pori terbuka dengan ketara, kulit kita mudah berminyak dan tersumbat kotoran. Di tambah pula berpeluh dengan banyak. Terasa rimas kan? Kita takkan rasa selesa untuk keluar rumah mengadap cahaya matahari. Jadi sebelum keluar rumah, ena pastikan menggunakan pelembap Aqua Cream ni.
Mengandungi "Camellia Japonica Seed Oil" yang bersifat non-comodogenic tidak menyumbatkan pori. Jadi kulit bebas bernafas. "Niacinamide" seperti yang ena sebutkan di awal entri boleh mengawal minyak berlebihan keluar dari kulit, jadi kulit kurang berminyak. Tekstur water based pelembap ni jugak mudah disapu rata dan cepat meresap ke dalam pori muka tidak menyumbatkan pori jadi kulit kurang mengeluarkan peluh lah. Haaa.. jadi korang yang kulit berminyak pon boleh guna Aqua Cream ni taw!
3. Merawat sunburn dan kemerahan
Tekstur water based pada Aqua Cream ni berfungsi menyejukkan kulit. Ia dapat melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UV. Diformulasikan dengan ekstrak Herba yang meningkatkan penyerapan jauh ke dalam kulit. Bahan semulajadi tumbuhan menenangkan kulit. Memperbaiki sel kulit dan meredakan kemerahan.
Untuk dapatkan hasil yang terbaik, tipsnya malam ena suka manjakan kulit dengan sleeping masker. Caranya mudah je gunakan Aqua Whitening Cream dengan sapuan tebal 2kali layer sebelum tidur. Hasilnya kulit lembap dan fresh serta merta. Kulit kembali pulih selepas 2 hari 😍
4. Makeup pigmented dan tahan lama
Pelembap tidak berminyak akan membantu memberikan hasil makeup yang lebih baik kerana mengekalkan kulit kita dalam keadaan sihat tidak berminyak. Sebab itu nak makeup kita nampak cantik kena lah memilih pelembap muka yang sesuai. Tekstur Aqua Cream pekat dan ringan mudah disapu dan terus nampak glowing semulajadi. Selepas itu ena calit sedikit foundation, eyeshadow, blusher, lipstik dan bedak terus dapat result wowww!!! Pigmented terus makeup ena. Yang penting tak bercapuk bila seharian makeup.
5. Mencerahkan kulit yang tidak sekata dan merawat pigmentasi
Untuk mencuba apa-apa produk buat pertama kalinya pasti membuatkan kita ragu-ragu nak cuba kan? Tapi dengan Aqua whitening Cream ni langsung tidak buatkan kulit breakout ataupon naik gatal-gatal. Malah rasa cooling & soft je. Ia betul-betul membantu merawat masalah kulit tidak sekata dan merawat pigmentasi kerana kuncinya adalah cukup air. Bila kulit kita cukup terhidrat dan lembap, maka kulit kita akan nampak sihat dan bertambah baik hari demi hari. Tak percaya korang try lah! Tidak mengecewakan.
Mengandungi vitamin B3 memberi kebaikan kulit awet muda kerana ia menentang kehadiran sinaran UVA dan UVB terus kepada permukaan kulit. Sebab itu kandungan yang mempunyai "Niacinamide" ni ena suka gunakan.
Korang boleh dapatkan produk ini secara online di bawah :
0 Comments