Tutorial masukkan suara Google dalam video dengan mudah

Menggunakan suara dari bahasa Indonesia memang terkenal bagi kalangan content creator. Rasa lucu masa mula-mula dengar tapi menarik kan. Cara ena ni kira agak kuno lah manual je. haha. Tak perlu nak install aplikasi. Hanya guna handphone saje.


1. Pergi web browser Google translate. Contoh di atas pilih "Indonesian" translate ke "English". Korang taip lah nak masukkan suara apa. Ini ada lah video content di Reels "Makeup paling Malas". So intro ena guna ayat ni menggunakan bahasa Indonesia. Selepas je taip. Tekan speaker untuk test.

2. Bila rasa ok dengan suara tu baru korang rekod. Macam ena guna Huawei. Jadi buka je pada homescreen phone sendiri dan cari "Recorder". Ni rasa semua handphone ada kan? Cuma klik untuk rekod. Kemudian minimize screen.

Masa awal tu memang akan rekod kosong sebab korang tengah buka balik google browser tu kan. Ha tekan balik speaker di atas untuk ulang ayat. Kemudian minimize google translate dan buka balik recorder. Kemudian stop rekod.

Bila dah dapat rekod tu, masukkan saje dalam video editing korang. Ena gunakan "Inshot" jadi bila dah siap cut video, ena cuma tinggal upload suara tadi yang ada dalam file recorder handphone. Lepastu korang cut lah awal dan akhir yang rasa tak guna tu. Ambil part suara translate je.

Hasilnya seperti di bawah ini. Selamat mencuba !

Post a Comment

1 Comments

Sis Lin said…
Sis tau pun sebelum ni, ada gak terbaca sapa share, senang ajee kann. sesekali nanti nak cuba..