Sejujurnya masa awal-awal hantar ke Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) teruja sangat anak boleh sekolah tapi tiba-tiba kan PKP tahun 2020. Jadi anak stuck kejap belajar kejap tidak. Tapi syukur proses pembelajaran sistematik. Walaupon dalam tempoh PDPR, ustazah masih cek bacaan hadis dan surah anak-anak secara atas talian dirumah. Anak pon happy. Fuhh lega sebab takut membazir duit belajar tak full time sepanjang tahun. Agak mencabar jugalah sebagai ibu kena bakcup di rumah. Takut anak tercicir pembelajaran.
Kalau korang nak anak advance belajar, ena suggest masukkan ke Pasti sebab silibus sangat bagus. Seimbang seiring dengan agama. Apa feedback positif pada sumayyah sepanjang 2 tahun di Pasti Muar, dia dah mampu hafaz Surah Al Mulk 15 ayat, 13 surah pilihan (Total ada 20surah) dan 13 hadis (Total ada 20 hadis). Disebabkan banyak cuti jadi tak sempatlah nak habiskan kesemua 20 surah dan hadis. Takpelah nak. Ibu ni bukan memaksa. Buatlah yang terbaik dan termampu. Asalkan diamalkan sampai bila-bila.
Pelbagai aktiviti di Pasti. Anak paling suka bab makananlah. hehe. Boleh tapau bawa balik ke rumah.
Buat aiskrim Malaysia.
Bercucuk tanam.
ANGGARAN KOS YURAN DAN SILIBUS
Pencapaian sepanjang di Pasti Muar
Tempat pertama Pakaian Seragam dan mewarna untuk Hari Kemerdekaan 2020
Tempat pertama Pidato E-Alamria Pasti kawasan Muar 2021 (Lawan 14 sekolah). Walaupon kakak kalah di peringkat daerah tapi ibu tetap syukur dan bangga dengan kakak. Bukan senang ya nak berhujah dalam bahasa baku.
Tempat pertama kategori nyanyian lagu bertemakan Kemerdekaan 2021. Ni bakat dari ayahnya suka menyanyi.
Top 3 terbaik Projek Aulad menghias Aquarium 2021. Untuk projek ni, anak-anak kena menghias sambil bercakap di hadapan kamera. Hadiah pon surprise sampai rumah.
Syukur banyak kenangan manis kakak di sekolah. Ibu pon tak sangka kakak boleh capai ke tahap ini. Mungkin sebab hatinya terang. Cikgu sangat membantu anak dalam menguasai pembelajaran. Bukan calang-calang ya background mereka. InsyaAllah adiknya pon ibu nak masukkan ke Pasti nanti. Belakang rumah jerr.. Senang kerja ibu.
5 Comments