Sejujurnya berbaloi grab pakej Stay & Play dari promosi Hotel Trinidad Suites Puteri Harbour ni. Sebab harga tiket masuk ke Legoland bukannya murah 1 kepala. So minta pendapat dari JDT Blogger, Kak Sunah Sakura suggest stay sini. memang berbaloi lah. Puas lah ena survey memang di sini lagi berbaloi kalau nak bawa family yang ramai macam ena ni 9 orang.
Harga tiket kalau ena kira masuk sahaja dah sama dengan harga ena stay hotel + tiket legoland + makan.
Pakej menarik stay untuk 2 orang akan dapat sekali tiket Themepark dan Sealife. Woww double park tiket tu. Bukan single ya. Almost hotel offer 1 tiket sahaja ke Themepark. Kalau nak tambah extra tiket cuma RM130. Ok la kan kalau ikut harga asal budak je RM200
Tiket double park ya dapat. So dah nampak kan saving kat sini?
Jadi pastikan plan hari korang. Tiket ena tu expired bulan 10 December 2022. Takde masalah nak pergi hari lain. Ena tak masuk waterpark sebab mandi kat pool hotel je dah cukup. Tak banyak masa pon.
Ena ambil pakej 3 bedroom Premier RM1398. jadi tiket dapat 6 kan??? Ena cuma tambah extra tiket untuk 2 orang budak RM130+130. Tak kira dewasa atau budak harga sama je. Anak ena sorang bawah 3 tahun free.
Tadaaa..... tudiaaaa harga. Tapi ni total sekali hotel + 2 extra tiket + 1 extra breakfast + 7 pax lunch. Makan sini sangatlah murah ya. Total RM1850 sebab last minit pakcu jadi datang awal balik keje nak lunch dulu sebelum masuk Legoland. Deposit Rm100 dipulangkan semula.
Dewasa 5 orang
Kanak-kanak 3 orang
Infant (3years below) 1 orang FREE
Gambar bilik kiriman daripada Manager hotel, Mr Gerard.huhu. Tak sempat nak snap gambar bilik sangat sebab budak-budak dah excited nak mandi pool.
Nampak kan muka sumayyah camne??? haha. Tak terkawal............
Mesin basuh kat bilik rosak pula, jadi hotel bagi ena token untuk basuh baju di tingkat atas.
Gambar pool pon ambil dari page hotel. Banyak kali hujan renyai. Jadi siang tak berapa nak ambil gambar. Nasib baik sampai check in 3 petang, rehat kejap lepas maghrib malam terus mandi pool puas-puas. Takdelah budak-budak ni kecewa tak dapat mandi.
Tertarik nak stay sebab tengok view ni sebenarnya.
Pool open dari pagi sampai 10 malam tak silap. Syok malam takde orang sangat. tapi air sejuk beku.hehe. lepas mandi maksu jalan di bawah tengok orang riadah main basikal. Uwhh ya. Sebelah hotel ada shopping mall. Memang strategik hotel ni. Ena lepak bilik je tak larat dah kepenatan berenang. Tengok view orang beriadah dari balkoni je. Boleh tahan ramai orang.
Pujuk lah juga budak-budak ni sebab diorang nak juga mandi pagi kat pool. Tapi ena tak nak diorang penat nak masuk Legoland. Nampaklah muka sedih sumayyah kat situ. Lepastu ena suruh dia berendam dalam bath tub bilik ena je.hahahaha... jadi lerrrr...
Bawak maksu bercuti sekali sebab dia banyak jaga mak kat Pontian. Kasi reward.
Sambil basuh baju kat tingkat ni, kami santai lah kejap di pool.
Pakej Breakfast dan Lunch secara Buffet
Breakfast ena tambah 1 je untuk budak sebab pakcu kerja gerak awal. Breakfast kan dapat 6. Jadi cuma 4 dewasa + 3 budak di kira.
Dewasa / RM20
Kanak-kanak / RM10
Hidangan nasi goreng, mee goreng, cereal + susu, bread & butter, potato wedges, salad, bubur, coffee, tea & juice
Menu lunch dia best. Sedap belaka. Harga pon mampu milik. Makanan secara buffet jugak. Budak bawah 6 tahun makanan FREE. Tapi promosi kebetulan je masa hari ena stay. Ikutkan lunch buffet macam biasa tapi murah lah juga. Boleh tengok Facebook Trinidad.
Ena check out jam 12 tengahari tapi takde masalah pon keluar lewat dalam 12.30. huhu. Lepastu tunggu untuk stay lunch tingkat atas jam 1 petang. Event dia best ada badut. Boleh tengok Instagram ena ada update video. Tak sempat juga join aktiviti disediakan sangat sebab nak pergi Legoland. hahahaha. Budak-budak otaknya dah kat Legoland. Mana nak lama-lama kat hotel. Lepas makan dan main dengan badut kami gerak awal jam 2.30 petang.
Carbonara, churros, chicken sliced sandwich dan mushroom soup with garlic paling ena suka!!
Terharu sangat sebab dapat tunaikan impian bawa anak-anak jalan sambil bermain. Aktiviti disini memang full. Takdelah bosan stay hotel je.. Kita jela rasa macam tak puas 2 hari. Next time kena ambil 3hari 2Malam baru syok.
Untuk tempahan ena direct dengan Mr. Gerard, Manager hotel. Staff semua friendly. Bilik ena ada masalah aircond tak berfungsi tapi pihak hotel bagi tukar bilik lain. Okey Next???
3 Comments