4 sebab kenapa perlu exfoliate muka setiap minggu. kalau tak diamalkan jadi apa? | Haaaa sebelum tu nak tanya berapa basic skincare korang? Tahu tak ada 5 basic skincare. Bukan 2 iaitu pencuci dan pelembap sahaja. Tapi ada 5 step. Salah satunya adalah "Exfoliate".
Dulu ena pon tak tahu exfoliate ni apa. Senang cerita tengok barang depan korang ada tak scrub atau masker? Kalau ada dan korang amalkan sah korang ada exfoliate kulit. Guna taw. Rugi skip step ni.
1. Pencuci - 2 kali sehari
2. Exfoliate - 2 kali seminggu.
Sudah memadai untuk membuang sel kulit mati. Rajin macam mana pon korang mencuci dan memakai pelembap tapi kalau tak exfoliate kulit memang tak nampak perbezaaannya sebab lapisan dalam masih dalam keadaan tidak bersih.
3. Toner - 2 kali sehari
4. Pelembap - 2 kali sehari
5. Sun protector
waktu siang sahaja. Malam ena akan pakai serum untuk booster kepada pelembap. Jangan skip sunscreen atau cc cream yang ada SPF walaupun berada dalam rumah sahaja. Kulit kita masih terdedah dengan sinaran UV melalui tingkap, skrin TV dan handphone.
Patutlah dulu kulit ena masih kategori kombinasi. Kering di kawasan pipi tapi berminyak di zon T. Pening nak pilih produk bila kita ada kedua-dua jenis. Jeragat makin bertambah.eyyyy stress sangat sebab susah nak cover. Tapi selepas ena konsisten exfoliate muka baru lah ena faham kenapa pentingnya exfoliate ni.
Kenapa perlu exfoliate?
Setiap hari kulit kita akan menghasilkan sel kulit mati. Sel-sel kulit mati inilah yang akan menyebabkan kulit kusam, tona tidak sekata dan makeup jadi bercapuk. Apabila sel kulit mati tidak dibuang, lama-lama ia akan berkerak dan menyumbatkan liang pori kita. maka banyaklah masalah akan timbul seperti jerawat, jeragat, whitehead, blackhead dan berminyak.
Exfoliate sangat penting supaya kulit lebih bersih, anjal, tak mudah berkedut, tidak mudah naik jerawat, blackhead, whitehead dan kulit kusam. Selain itu, exfoliate ni membantu skincare korang meresap ke dalam kulit dengan sempurna.
"Alaa malasnya nak tepek masker". Kalau malas sangat buatlah sekali seminggu. Seeloknya lagi bagus nak dapat hasil yang konsisten guna 2 hingga 3 kali seminggu.
0 Comments