Tingkatkan Pengambilan Serat dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand™

Tingkatkan Pengambilan Serat dan Protein Anda Setiap Hari Dalam Pelbagai Cara Dengan Kacang Panggang Ayam Brand™ | Adakah anda mengalami kesukaran menyediakan hidangan yang sihat, enak dan segera untuk sarapan, makan tengah hari, snek mahupun makan malam?  Dapatkan Kacang Panggang Ayam Brand™ (Ayam Brand™ Baked Beans) yang kaya dengan serat dan protein, serta rendah kandungan lemak.

Legum seperti kacang adalah sumber pemakanan berserat dan protein berasaskan tumbuhan yang baik. Kacang panggang Ayam Brand™ sedia untuk dimakan terus daripada tin, menjadikannya sumber serat dan protein berasaskan tumbuhan yang mudah dan enak. 

Kacang panggang dapat membantu menahan rasa lapar lebih lama dengan mengenyangkan anda dan mengawal kandungan gula dalam darah, memberikan bekalan tenaga yang berterusan sepanjang hari dan seterusnya mengurangkan keinginan untuk sajian manis yang lain.

Kandungan likopen dalam sos tomato kacang panggang merupakan satu antioksida yang membantu melindungi daripada kanser prostat, paru-paru dan perut. Kacang panggang juga mengandungi mineral seperti magnesium, selenium dan tembaga yang merupakan antioksida kuat yang melindungi sel-sel tubuh daripada serangan radikal bebas. 

Diet yang telah terbukti secara klinikal untuk memberikan manfaat kesihatan adalah seperti Diet DASH (Pendekatan Diet untuk Menghentikan Hipertensi) dan diet Mediterranean yang menggalakkan penambahan legume seperti kacang panggang dalam amalan pemakanan harian. Anda boleh memilih diet yang lebih sihat dengan mengurangkan pengambilan daging dan menggantikannya dengan lebih banyak protein tumbuhan. Cuba untuk tidak memakan daging sekurang-kurangnya selama seminggu dan gantikan ia dengan kacang panggang atau protein berasaskan tumbuhan bagi meningkatkan pengambilan nutrien, pada masa sama mengurangkan penghasilan karbon.

Terdapat tiga varian Kacang Panggang Ayam Brand™ untuk memenuhi cita rasa dan keperluan diet berbeza:

Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato Asli (Ayam Brand ™ Baked Beans in Tomato Sauce) mempunyai rasa umami penuh kekacang yang diseimbangkan dengan kemanisan tomato - gandingan ideal untuk hidangan yang menyelerakan.

Tinggi kandungan serat, rendah lemak dan kaya dengan rasa yang lengkap.

Kacang Panggang Ayam Brand™ Dalam Sos Tomato Bersama Keju (Baked Beans in Tomato Sauce with Cheese) menggunakan keju parmesan sebenar bagi rasa berkrim. Ia sesuai untuk hidangan yang memerlukan rasa lebih kaya. Gunakan pilihan ini untuk resipi-resipi yang perlu digril atau panggang. Kanak-kanak menggemari kenikmatan dan kelazatan keju sos ini bersama hidangan pasta mereka.

Dengan keju parmesan sebenar untuk rasa krim yang lembut, variasi ini amat digemari kanak-kanak.

Manakala Kacang Panggang Ayam Brand™ dalam Sos Tomato Ringan (Ayam Brand™ Baked Beans Light in Tomato Sauce) mempunyai kandungan 48% kurang gula. Ia menjadi pilihan individu yang mahukan protein dan serat pada kacang panggang tetapi kurang kandungan karbohidrat dan gula. Gandingan varian ini bersama salad atau kisar bersama sos salad bagi sajian yang lebih sihat dan ringan. Varian makanan unggul (superfood) ini mempunyai 3.9g ke 4.51g kandungan serat dan 5g hingga 6g kandungan protein bagi setiap 100g sajian. Ia boleh didapati di seluruh negara pada harga RM2.40 bagi tin 230g dan RM3.50 bagi tin saiz keluarga.

Kehebatan rasa kacang panggang yang sama di dalam sos tomato dengan 48% kurang gula.

Nikmati Kacang Panggang Ayam Brand™ Sepanjang Hari Dalam Pelbagai Cara Enak

Kacang Panggang Ayam Brand™ adalah sedia dimakan. Cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan hanya membuka tin tersebut dengan menarik pembuka yang tersedia dan terus menjamahnya dengan sudu bersih. 

Walaupun kita sering mengaitkan kacang panggang dengan sarapan Inggeris yang lengkap dengan telur, sosej dan roti bakar, hakikatnya ia bersifat versatil dan boleh disesuaikan dengan pelbagai hidangan lain. Ayam Brand™ telah menghasilkan bermacam-macam resipi yang menyerlahkan kesempurnaan kacang panggangnya dengan roti, pasta, ubi dan nasi sebagai sajian sarapan, makan tengah hari, snek dan makan malam.


Sarapan: Kacang Pool dengan Roti Bakar dan Mentega

Tambahkan pilihan sarapan anda dengan hidangan Kacang Pool, satu sajian enak yang terkenal di Johor.

Ayam Brand sangat sesuai untuk peminat hidangan berkuah!

Kaedah penyediaan tradisional hidangan ini mengambil masa yang lama kerana kacang perlu direndam dan direbus terlebih dahulu. Gunakan Kacang Panggang Ayam Brand™ dan sajian kacang pool anda boleh tersedia dalam masa 15 minit. 

Caranya:

i. Lenyekkan kacang panggang bersama sos tomato menggunakan bahagian belakang garfu bagi mendapatkan tekstur kasar. 

ii. Dalam periuk, panaskan sedikit minyak sapi dan masukkan bawang merah yang telah dipotong dadu, diikuti daging atau ayam cincang. Kacau sehingga bau naik. 

iii. Tambahkan potongan cili padi dan serbuk kari sebelum memasukkan kacang panggang yang telah dilenyek. gaul sehingga sekata. 

iv. Hidangkan bersama telur goreng, hirisan limau dan taburan cili padi sebagai hiasan. Nikmati hidangan menyelerakan ini bersama roti bakar yang disapu mentega. 


Makan Tengah Hari : Pasta bersama Sos Kacang Panggang

Kehabisan sos pasta? Cuba sos pasta kacang panggang yang mudah ini.

Hidangan 'one-pot' n yang menyelerakan, cepat dimasak sesuai sebagai makanan tengah hari.

i. Sediakan asas sos pasta dengan menumis bawang, bawang putih dan daging atau ayam cincang.

ii. Tambah tomato yang telah dicincang, satu tin kacang panggang Ayam Brand™ dan sedikit air. Biarkan sos mereneh sehingga menjadi pekat. 

iii. Masukkan pasta yang telah direbus ke dalam bekas kalis ketuhar. Kemudian tuangkan sos pasta, taburkan parutan keju dan panggang selama 15 minit, sehingga keju cair dan berwarna keemas-emasan.


Snek: Ubi Jacket Bersama Kacang Panggang

Ubi panggang adalah snek yang enak tetapi gandingkan dengan tuna manis yang sedap serta sos kacang panggang untuk hidangan yang lebih menarik.

Snek yang mudah tetapi classic yang memenuhi, sedap dan sihat.

i. Bersih dan keringkan ubi tanpa membuang kulitnya.

ii. Lumurkan minyak pada setiap ubi. Balut dengan pembalut aluminum dan panggang di dalam ketuhar selama 45 hingga 60 minit. 

iii. Dalam mangkuk berasingan, campurkan kepingan tuna, perahan lemon, mayones dan sedikit lada hitam. 

iv. Keluarkan ubi daripada ketuhar. Buat potongan “X” di bahagian tengah ubi sebelum memasukkan sedikit mentega, kacang panggang serta campuran tuna ke dalamnya. 

v. Hias dengan potongan daun bawang dan avokado. 

**Ini adalah cara kami menyediakan snek kacang panggang yang bukan sahaja enak dan berkhasiat tetapi juga menarik.


Makan Malam: Kari Sardin Kacang Panggang Bersama Nasi

Makan malam merupakan sajian utama bagi kebanyakan kita. Oleh itu, marilah kita menyediakan hidangan yang menyelerakan dan seimbang seperti menu kari sardin kacang panggang bersama nasi.

Hidangan tradisi yang menjadi kebiasaan rakyat Malaysia.

i. Goreng terung dan asingkan.

ii. Tumiskan cili, bawang putih dan halia sehingga naik bau sebelum memasukkan serbuk kari. 

iii. Lenyekkan sardin dan masukkan ke dalam campuran kari berkenaan.

iv. Masukkan potongan lobak merah dan kacang panggang.

v. Tuangkan santan dan gaul sehingga kuah pekat.

v. Masukkan terung yang telah digoreng dan gaul dengan perlahan sehingga sebati.

vi. Hidangkan kari yang telah dimasak bersama nasi putih. Enak dinikmati ketika panas.


Dapatkan resipi-resipi ini dan pelbagai lagi di laman :

www.ayambrand.com.my


Post a Comment

0 Comments