Kos yuran pendaftaran PASTI 2021

Untuk pra sekolah sumayyah tahun 5 dan 6, ena takde fikir nak masuk the best tadika pon tapi fikir dekat dengan rumah. Ena memilih PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) sebab belakang rumah je. Senang nak ambil anak jalan kaki je sebab suami keje shift kalau masuk pagi hingga petang tak boleh nak keluar ambil anak. Masa mula-mula nak masukkan takut juga dengar kata mahal tapi rupa-rupanya lain-lain tempat lain kos. Kiranya area rumah ena masih harga mampu bayar lah. Saudara mara lain hantar anak boleh tahan harganya lagi-lagi Johor Bahru. Mungkin tinggi sebab kos sewa bangunan tu. Tak sure daerah lain. Muar dan Simpang Renggam yang ena tahu murah sikit. Tempat korang berapa? Haaa ena ada share di akhir entri.

Gambar tahun lepas masuk PASTI 5 tahun. Boleh tahan perangainya asyik ponteng sekolah je.haha. Seminggu tak sah kalau tak ponteng buat drama sakitlah, demam lah. Ena pon takde paksa sangat sebab dia tak biasa pisah lama-lama dengan ena kat rumah. tapi dia tak takut orang sebab habis pantang hantar pengasuh. Cuma lepas umur 2 tahun ena resign jadi dia melekat je sampai lah besar. Jadi manja kat sekolah asyik nak ibu.

Kat sekolah cikgu ambil gambar dia monyok tak nak belajar.


Balik sekolah tak sah keluar jambul depan

Gambar pada tahun ni umur 6 tahun. Haaa tahun ni dia berubah 360 darjah. Nak bangun pagi sendiri dan mintak mandi bersiap pergi sekolah. Takde pulak cakap tak nak sekolah. Mungkin dah besar boleh fikir. Tak pon sebab dah jadi kakak.hehe.. Tahun lepas buat perangai sejak ada adik. Tahap cemburu tinggi. Sekarang slowly boleh main sama cuma gaduh tu setiap hari ada. Siap mintak adik lain taknak adik sekarang.hahahah. kakak...kakak.. Sebab adik lasak suka buli kakak. Kakak pula cengeng. Memanglah adik suka kenakan,

Muka ceria nak pergi sekolah. Alhamdulliah banyak perubahan sejak masuk PASTI. Sejujurnya susah nak ajar anak menulis kat rumah sebab dia nak main je. Taknak pegang pensil langsung. Tapi sejak sekolah dia nak buat semua. Beza betul cikgu dan ibu mengajar. Dengan ena dia boleh mengada. Dengan cikgu semua dia nak follow. Ibu tak kisah janji sumayyah dapat belajar sesuatu. Kita pon tak rasa rugi keluar duit tiap bulan.


Gambar tahun lepas ikut SOP masa tu tak boleh ramai-ramai dalam kelas jadi kelas ikut jadual hadis kelas bergilir-gilir. Makan pon dalam kelas. Cuma tahun ni setiap hari datang sekolah macam biasa.



Bila sekolah baru pandai pegang pensil dengan cara yang betul. Cikgu sangat membantu kembangkan pembelajaran dan bakat anak. Ibu bapa pon mainkan peranan kena terus bagi sokongan pada anak. Jangan semua serah pada cikgu.


Ngaji awal 7.45pagi. Jam 8.00pagi baru belajar subjek. Jadi 11.45 tengahari dah boleh ambil anak awal. Makan pula jam 9.00 pagi. Makanan sedap sampai sumayyah tu hari-hari pujilah cakap sedap. 


Anak ena sekolah disini. So far ok sangat anak suka pergi sekolah dan cikgu baik belaka.


Boleh tahan banyak sebab merangkumi islamik. Ena pon terkejut balik rumah dia boleh baca Surah Al-Mulk. Alhamdulillah lah banyak surah lazim dia hafal dan juga hadis. Setiap hari kita pantau bacaan sebab ada ujian hafazan Pra tahfiz nanti. Niat cuma nak anak pandai menulis, membaca dan mengira. Tapi kalau dia dapat menguasai Al-Quran dan Hadis ena cukup syukur. 


Yuran masa anak 5 tahun (2020). Digalakkan daftar awal bulan 6 sebab cepat full. Serendah RM100 untuk booking.


Yuran anak 6 tahun (2021) Ingatkan turun sebab Pandemik. Makin naik rupanya.huhu. Jauh betul beza. Tapi takpelah sebab nampak perubahan positif sumayyah makin fasih menghafal surah dengan bantuan cikgu. Haa yuran boleh bayar secara ansuran dari bulan 6 tu sampai hujung tahun sebelum masuk sekolah tahun depan. Jadi takdelah berat nak bayar sekali banyak. Bayaran yuran dikenakan 2 kali pada Disember dan Januari. Untuk bayaran bulanan pula sebelum 7hb setiap awal bulan sebanyak RM120 termasuk mengaji (RM20).

Ena cukup kesian dekat sepupu sebab anak dia sekolah PASTI juga tapi takde input masuk. Sekolah tu suruh budak tengok TV bagi yang lemah matapelajaran. Erkkkk.. Macamtu pon ada ea... Hmmm.. Dia stop kan sekolah PASTI lepastu masuk KEMAS. Itu lah rezeki masing-masing. Ada sekolah bagus pon sebab nama tapi kalau pengurusan tak betul pon tak best jugak kan. Ibu bapa kena banyak buat survey dari pengalaman orang. 

Kalau anak korang pernah bersekolah PASTI sila lah share berapa pula perbelanjaan di area korang? Rasa ramai nak tahu. Ena baca di Facebook ada yang cecah RM1k juga. Pilihan di tangan ibu bapa. Kerajaan atau swasta semuanya terbaik, yang penting anak selesa.

Post a Comment

6 Comments

Atie Zieya said…
kesian kids kan , mesti rimas dgn mask :(
mrhanafi said…
pengalanan begini pernah saya alami suatu ketika dahulu...

semua anak-anak saya melalui taska.

boleh tahan juga kosnya.

tapi benda ini dah lepas buat sahaja
Raihana said…
murah ya kos pasti di johor. Hantar anak waktu umur dia 3-4 thn, tahunan dekat 800. Bulanan pun RM180. Tp mungkin ikut location. Pasti yg bagusnya praktik in islam. anak pun boleh baca surah2 lazim.
Unknown said…
Murah ye.. kat tpt sy tiram 800 lebih
aienienka said…
Afuh, jadi tkut tu kalau hantar tak ada input. Mahal-mahal bayar sekali..
MADAM LEFFA said…
Assalammualaikum akk ,kita baru nak masukkan anak anak kat tabika pasti Johor Bahru ..
Semoga yang baik baik buat anak anak sana nanti aammiinn
.