Garci Pro Massage Gel melegakan sakit sendi dan saraf dengan ekstrak minyak kayu putih

Siapa cakap jadi suri rumah ni hanya goyang kaki?? Makin Menggigil kaki adalah.. Sebagai seorang isteri, ibu dan juga penulis blog sudah tentu perlu bersiap siaga fizikal dan mental yang kuat untuk tempuhi 24/7. "Rasa macam ada batu ini kepala..." Contoh paling mudah basuh baju, sidai baju, lipat baju, gosok baju. Ehh..bila mahu habis! Haaaa nampak kerja mudah tapi kalau sakit kepala dan lenguh badan sudah sampai, terus biar menggunung tak buat apa-apa. Yaaaa.. jadi anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?

Hidapi migrain dan HVS sejak remaja

Ena dah lama kena migrain sejak di bangku sekolah lagi. Hospital tu jadi rumah kedua sebab masa remaja tak tahu nak handle macam mana bila berhadapan situasi begitu. Sampai ke tahap HVS (Terlebih oksigen). Ena akan berasa kebas di tangan dan kaki kemudian kejang separuh badan.

Lebihan oksigen dalam paru-paru dan darah iaitu "Hyperventilation Syndrome" (HVS) berlaku apabila seorang pesakit itu menarik nafas terlalu laju sehingga kandungan oksigen di dalam darah semakin bertambah melebihi permintaan metabolik menyebabkan perubahan hemodinamik dan kimia. Ia tidak menyebabkan kematian tetapi menyebabkan pesakit berasa "hampir mati" kerana rasa lemah dan sukar bernafas. Senang cerita tak boleh stress, lambat makan atau cepat panic. Jadi sampai sekarang ena bergantung pada ubat tahan sakit sebab nak cepat sembuh dan sambung buat kerja hakiki. Ubatnya kena cukup tidur tapi lumrah lah ada anak kecil mana ada tidur straight 6jam tanpa bangun. Setiap malam kena bangun 2 kali untuk buat susu. Sampai satu tahap ena dah tak nak bergantung ubat takut effect buah pinggang masa tua. Apa yang ena lakukan hanya paksa muntah dan urut kepala. Migrain ni terjadi 1 hingga 3 kali dalam sebulan. Selebihnya hanya sakit kepala ringan.

Diserang senggugut menghadkan aktiviti seharian

Senggugut memang sinonim dengan para wanita. Part ni "I cannot brain" kalau dah kena rasa macam contraction nak bersalin. Haa tu yang sampai dah keluar tanda bersalin pon tak tahu sebab contraction dengan senggugut lebih kurang sama rasa pinggang macam nak tercabut. hahahaha. Tahu-tahu pecah ketuban je uollsss.. Sampai hospital dah 3cm. Patutlah orang tua selalu cakap orang yang dah biasa kena senggugut teruk ni kalau contraction dia rasa biasa je. Baru lah ena faham... Jarang kena kadang 3 bulan sekali je. Jadi ena hanya makan ubat tahan sakit dan rehat. 

Haishhhh tak best lah asyik makan ubat je.. Sebab itu ena cari alternatif lain bagaimana nak melegakan sakit tanpa perlu ambil ubat-ubatan. Sehinggalah ena ternampak Kak Min sharing produk apa digunakan untuk mengurangkan masalah sakit sendi ni.

Garci Pro Massage Gel dengan ekstrak minyak kayu putih memberi banyak manfaat

Garci Pro merupakan produk keluaran MISG Global, berasaskan minyak kayu putih atau lebih dikenali sebagai Eucalyptus Oil mampu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf. Mudah meresap pada kulit kerana dihasilkan menggunakan Teknologi Nano.

Rupa-rupanya banyak juga kegunaan Garci Pro. Ingat untuk masalah kebas, sakit lutut, sakit badan semata-mata tapi bila ena terbaca testimoni boleh mengurangkan sakit kepala tu yang buat rasa nak mencubanya sendiri. Siap kongsi pakai dengan suami lagi. Suami selalu lenguh dari tengkuk hingga ke bahu sebab duduk lama berkerja di pejabat sehingga 9 jam.

Cara penggunaan

1. Letakkan sedikit gel di telapak tangan dan ratakan.
2. Sapu di tempat yang terasa kebas dan sengal-sengal.
3. Gel ini akan meresap ke dalam kulit lalu membaik pulih sistem saraf dan pengaliran darah sekaligus mengurangkan rasa kebas/sesemut pada kulit.
4. Rasai kesannya dalam beberapa minit kemudian.

Boleh bergerak aktif sejak menggunakan Garci Pro Massage Gel


Bahagian betis sampai tumit kaki selalu berdenyut sebab mendukung safiyyah yang masih belum berjalan. Bayangkan perlu menampung berat anak 8kg dalam tempoh lama amat menguji fizikal ena yang cuma kecil molek ni. Tapi sejak menggunakan Garci Pro ni ena akan sapukan di bahagian kaki selepas mandi. Terasa berangin dan tidak memedihkan kulit. Sambil buat kerja rumah atau dukung anak pon tiada masalah. Even senggugut pon ena akan sapukan di pinggang dulu dan terus buat kerja rumah. Kalau tidak sebelum ni ena akan baring sambil guling kesakitan yang mencucuk ni. 


Anak ena agak aktif pada waktu siang dan lasak explore nak panjat sana sini. Sebab itu ena risau dan banyak berdukung. Anak dah tak nak duduk walker jadi sejak ada Garci Pro ni ena boleh dukung sambil buat kerja rumah. Kalau tidak lenguh juga tangan sampai ke kaki dibuat si kecik ni.

100% bahan semulajadi dan lulus KKM (NOT210104156K)


Ciri-ciri gel :

-- Tekstur ringan dan lembut
-- Sejuk dan berangin
-- Tidak melekit
-- Lebih pantas menyerap
-- Highly water based
-- Tidak panas
-- Bau menyegarkan (Aromaterapi)


Manfaat Garci Pro gel :

1. Membantu melancarkan pengaliran darah dan merawat saluran darah tersumbat
2. Membantu proses rawatan kebas pada anggota badan
3. Membantu merawat urat saraf yang rosak penyebab kebas
4. Membantu melegakan kekejangan otot dan sendi
5. Membantu melegakan sakit urat dan sakit lutut
6. Membantu mengelak risiko strok dan serangan jantung mengejut
7. Membantu melegakan selsema dan pening kepala
8. Membantu melegakan sakit perut / senggugut
9. Membantu buang angin dalam badan

Boleh lihat video di bawah dengan lebih terperinci khasiat Garci Pro Massage Gel sesuai untuk seisi keluarga


Lelaki dan wanita yang mempunyai masalah seperti sakit kebas, saraf, lutut, tumit, strok serta ahli sukan yang aktif bersukan sesuai mengamalkan produk ini. Dimana nak dapatkan Garci Pro Massage gel boleh lihat laman sesawang di bawah.

Dapatkan produk kesihatan MISG Global : 

Beli 1 berharga RM90 / 100ml
Beli 2 FREE 1 cuma berharga RM170

Website   : garciprohq.com
Instagram : garcipromalaysia
Facebook  : Garci Pro Malaysia - AppleFit

Post a Comment

10 Comments

Mummy Julia said…
Boleh try nanti. Plus mummy memang suka bau Minyak Bau Putih ni..
Bae Roslan said…
masa dok aktif hiking dulu awat la taktau pasal ni. bagus beli buat standby kat rumah
sitirohaida said…
ada ciri-ciri tu kat akak..rasa nak cubalah nanti
ciktom said…
wah macam menarik je. ada bau aromaterapi lg..
mrhanafi said…
artiujek yang sangat berinformatif..
sitirohaida said…
nak try jugaklah nanti..
Fiza Aizzawa said…
Fiza jenis tak boleh bau minyak angin.. tp mcm garci pro nie mcm okay je buat sapu2.. mst bau dia pun wangi takde bau minyak angin yg biasa tu
Unknown said…
Boleh cuba nanti
Farrah MF said…
Boleh try ni. Saya suka minyak kayu putih.
nona sani said…
Ehhh, bagusnyaaa.. nak kena try nih....