Rezeki kami lah duduk Muar ni ada pilihan sekolah yang menduduki di dalam senarai kecemerlangan di Malaysia. Jadi boleh lah ena mohon juga Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Muar sebagai backup selain sekolah kebangsaan.
Untuk permohohan online ena memilih Sekolah Kebangsaan Convent Muar. Tak sampai 3km pon dari rumah. Ramai suggest masukkan saje sumayyah ke sekolah perempuan. Nak masukkan sekolah top Muar iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani tapi fikirkan sesak di kawasan bandar serta masuk kena interview dulu. So malas nak fikir kawasan sesak dan jauh jadi pilih la SK Convent yang merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 2. Itu lah ena cakap rezeki rumah dekat dengan sekolah yang kami inginkan.
Mohon SRAB sebelum 31 Mac 2021
Untuk memohon kemasukan sumayyah tahun 1 pada 2022, SRAB ni tiada online ye. Ramai yang tanya ena dan diorang salah faham ingatkan isi sama online untuk Tahun 1. Tapi sebenarnya tidak. Online tu untuk sekolah kebangsaan tapi SRAB ni kena pergi ke sekolah tersebut dan ambil borang dengan pakcik Guard. Untuk ibu bapa yang ingin memohon boleh lah cepat-cepat ambil borang sebelum ditutup. Salinan dokumen pon mudah disediakan. Ena bagi senarai ni jadi mudah pergi terus isi borang dan hantar. Tak perlu patah balik ke rumah.
1. Salinan sijil kelahiran anak
2. Salinan Mykid anak
3. Salinan kad pengenalan bapa
4. Salinan kad pengenalan ibu
Kenapa ena nak sangat sumayyah masuk SRAB ni sebab senang 1 sesi untuk semua. Tak perlu nak ada 2 sesi sekolah rendah dan agama. Buat masa ni time PKP masa sampai 1.00 tengahari je selagi belum ada perubahan.
Kelebihan belajar di SRAB
1. SRAB mengandungi dwi kurikulum iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Agama (KSSA)
2. Sesi pembelajaran (8.00-4.30 petang) memudahkan pengurusan anak-anak terutama ibubapa yang bekerja pada waktu pejabat
8.00 pg – 4.30 ptg( Ahad- Rabu)
8.00 pg – 1.00 tgh ( Khamis)
3. Makan disediakan 2 kali sehari. Sarapan dan makan tengahari dengan bayaran Rm60 sebulan
4. Kelengkapan LCD projector setiap kelas bagi proses pmbelajaran dan pengajaran
5. Solat Zohor berjamaah bersama guru.
6. Amalan rutin setiap pagi Solat Hajat & Solat Duha bagi murid Tahun 6
SRAB Muar sedikit jauh dari rumah. Ni buat backup kalau sumayyah lulus interview nanti. Kalau tidak, ibu pon tiada masalah masuk SK convent. Tapi korang doa-doakan lah ya sumayyah dapat masuk SRAB tahun 2022. Sebab sumayyah ni pra sekolah PASTI. Jadi dia banyak hafazan. Sebab itu ena mohon tengok pada kemampuan anak.
Ada 3 ujian perlu dilalui. Semua calon wajib menjalani Ujian Kelayakan yang akan diberitahu kelak. Ada ujian bertulis, hafazan dan temubual
Jadi ibu bapa kenalah persiapkan anak dengan bacaan berikut berdasarkan info dari kenalan yang anaknya masuk SRAB :
1. Menghafal surah lazim
2. Doa makan, lepas makan, masuk tandas, naik kenderaan dan doa ibu bapa
Ibu doakan sumayyah semoga lulus Ujian Kelayakan nanti. Aaminn..
Ohh yaa.. kalau sudi follow la Instagram sumayyah. Ena suka kongsi perkembangan anak sekadar buat tatapan keluarga yang jauh.
8 Comments