Resepi Tortilla wrap daging burger gara-gara viral Tiktok tortilla wrap hack | Sebelum blog semakin bersawang kena lah update cepat. hahahaha. Busy betul dengan rumah ada buat renovation sikit-sikit lepastu anak pula sekolah sebab PASTI buka macam biasa. Super busy mom kat rumah.
Tengok ramai juga kawan-kawan dah cuba tiktok tortilla wrap hack. Menu ni ena suka sebab praktikal untuk ibu yang suka breakfast mengenyangkan tapi mudah nak sediakan. Suami suka benar asyik request menu ni taw. Setakat daging burger sekejap je masak.
Tortilla wrap daging burger
Sangat mudah resepi ni untuk 2 orang makan. 1 warp ni kenyang sekali makan.
Bahan-bahan:
2 pcs wrap jenama Gardenia Roll-Up wraps. Tak kisah color apa
1 keping Daging Ramly burger
1biji bawang merah kecil
Serbuk kari
1 biji telur
Mayonis
Sos cili
1 keping cheese dibelah 2bahagian
Cara penyediaan:
1. Sediakan kuali non stick. Panaskan 2 keping wrap seketika. Kemudian alihkan ke pinggan.
2. Pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk di campur 1 sudu mayonis dan sedikit garam. Kacau sehingga larut. Letak sedikit minyak masak kemudian goreng telur dadar sehingga hancur. Alihkan ke dalam mangkuk
3. Masih menggunakan kuali yang sama bubuh minyak masak sedikit dan tumis bawang merah yang siap dihiris. Masukkan 1 keping daging burger dan serbuk kari 2 sudu. Tak perlu bubuh garam. Masak dalam 10 minit saje.
4. Kemudian tengok step seterusnya cara nak wrap
Cara nak lipat wrap
4 Comments