Tips menulis tajuk di blog & senarai entri berjaya di Top 5 carian Google | Sebelum itu, mohon maaf sebab ena bukan pakar SEO. Jadi ena hanya sharing berdasarkan pembelajaran sendiri. Main explore dan cuba faham apa kehendak pembaca. Pada mulanya menulis dari 2012 sekadar suka-suka share tips dan petua sebab dibesarkan dalam keluarga Jawa memang banyak petua dari nenek. Mula serious jadi full time blogger dari 2019. Di blog ena banyak petua, tips, tutorial berkaitan teknikal. Kurang minat cerita berkaitan drama atau muzik. Mungkin sebab dari sekolah Sains Tulen, kemudian sambung bidang IT Sistem keje nya dok bedah komputer jadi suka menulis ke arah itu. Nampak lembut tapi tangan ni dah biasa pegang skru driver.hahahaha...
Senarai Top 5 di carian Google
Ena cuma senaraikan mengikut performance Desember 2020 sahaja
Pengalaman operation dan susah mendapatkan info testimoni, jadi entri ni hits. Yelah siapa nak cerita bab memalukan?? Tapi niat nak kongsi petua je.
Pembaca suka menyoal. Jadi guna tips ni.
Ya @ tidak?
Selamat @ tidak?
Cantik @ tidak?
Apa itu GBS?
Apa itu i-Sinar?
Apabila korang berkongsi perkara yang baik berdasarkan pengalaman cuba gunakan perkataan terbaik, termurah, tercantik dan sebagainya
Kos rawatan, kos ubahsuai, kos diy, kos dekorasi antara yang pembaca suka cari untuk pengiraan budget
Entri kehamilan sangat tinggi carian di google seperti HB, trimester, alahan, mabuk, bersalin, keguguran dan berpantang. Semua pengalaman mengandung ena share di blog
Cari perkara viral di Malaysia yang sentiasa diperkatakan di sosial media
anniversary, honeymoon, pre wedding, post wedding, hantaran sentiasa hits
Pengalaman antara keyword yang sering pembaca nak tahu
Muo macam takde blogger aktif. Jadi ena yang menguasainya.hahahahhaha. Korang kena up apa yang best di area kediaman korang. nak tahu pasal Muo sila ke blog ena.
Sebagai blogger, ena akan cek 'keyword' yang selalu menyumbang trafik ke blog. Kalau tak sempat harian tapi cek secara berkala supaya ena belajar dan terus belajar memahami apa pembaca suka taip di carian google. Tapi kerja ena lagi mudah bila ada Google Search Console ni. Dari sini lah korang boleh cek keyword yang hits menyumbang ke blog. Sebab itu tajuk permulaan dah penting tak boleh semberono menaip.
Google Search Console (GSC) December Performance
Blog ena hits cerita berkaitan 'Muar'. Sebab itu suka menulis apa sahaja berkaitan Muar. Muar kan antara daerah famous di Johor. Cari kekuatan blog korang
Ini merupakan result performance blog ena pada December 2020 melalui GSC. GSC adalah tool yang disediakan oleh Google untuk pemilik blog mengenalpasti 'referring domain' yang melawat ke laman web dan membantu meningkatkan prestasi trafik ke blog. Secara ringkasnya GSC sebagai monitor blog. Kenapa blogger kena ambil tahu? Sebab GSC memberi manfaat dan memperbaiki Search Engine Optimization (SEO) supaya lebih mudah mendapatkan trafik tinggi di hasil carian Google. Trafik blog ena takdelah tinggi macam blogger otai lain. Sebulan purata 20,000 pageview. Tapi ena sudah boleh capai gaji melalui Adsense.
Tutorial melihat keyword melalui analisis Performance Blog
Tujuan report performance ini kepada blogger :
1. Mengetahui keyword popular di blog
2. Kenalpasti entri yang paling popular
3. Boleh mengenalpasti device atau peranti yang digunakan untuk berkunjung ke blog seperti Desktop dan mobile
4. Kenalpasti backlink dan text yang banyak singgah ke blog
5. Memeriksa broken link
Melalui email yang diberikan akan ada link untuk melihat report. Selepas klik akan terpapar view ni. Klik pada menu 'date' di atas jika korang nak tengok monthly
Klik 'Custom' dan set bulan Desember atau bulan lepas untuk blogger menganalisis tajuk @ keyword. Kemudian klik 'Apply'
Report terpapar seperti ini dan korang kena scroll down untuk melihat jadual
Di tab menu 'Queries' lah secara details keyword yang menyumbang trafik ke blog korang. Hanya test taip di carian google dan korang boleh cek blog korang di ranking keberapa.
Boleh beralih ke tab menu 'Pages' dan seterusnya untuk melihat lebih details mengenai blog korang. Mudah saje kan? Kalau blogger pemula boleh belajar melalui GSC ni. Semoga Berjaya :)
14 Comments
Moga sentiasa menjadi blog yang berguna untuk semuaaaa.. hehe