Semakan status i-Sinar Online dan cara semak tarikh kredit wang

Semakan status i-Sinar Online dan cara semak tarikh kredit wang | Nampaknya harapan cerah untuk dapat awal berbanding seperti yang dijanjikan sebelum ini akan dikreditkan pada 11/1/2021 tetapi apa yang ena maklum bergantung kepada akaun masing-masing. Ada yang dijanjikan sebelum 10/1/2021. Macam ena anggaran sebelum 9/1/2021 tapi dah cek masuk 6/1/2021. Macam mana tahu? Baca sampai habis. Mungkin ikut pada bila kita mohon. Simpati nasib mereka yang tidak lulus. Mereka diberi peluang untuk memohon kategori 2 pada 11/1/2021.

Boleh refer entri cara memohon dibawah

https://www.tinynasweet.com/2020/12/cara-mohon-i-sinar-kwsp-online-tutorial.html


Ini merupakan keputusan semakan ena sendiri. Alhamdullilah lulus. Kenapa keluarkan? 

1. Nak habiskan bayar baki loan PTPK (Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran)

2. Buat insurans + hibah (Dah 2 kali operation hospital kerajaan jadi pentingnya kena cover insurans)

3. Repair rumah yang dah berusia 13 tahun. Biasalah dah season ni macam-macam dah rosak

**Pilihan di tangan sendiri. Bila ada peluang ni gunalah sebaik-baiknya. Jangan jadi mangsa 'scammer' pulak.

Cara semak status


Masukkan nombor IC dan no telefon yang didaftarkan di Kiosk KWSP


Keputusan dipaparkan samada lulus atau dalam proses

Cara semak tarikh dikreditkan


Untuk semakan ini korang tak boleh guna aplikasi install. Tapi kena guna web browser seperti google chrome atau web browser lain dengan klik https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

Masukkan user ID dan password



Kemudian klik pada "pengeluaran atau withdrawal". Kalau tiada paparan klik bahagian sidebar dan pilih "Withdrawal History". Klik perkataan color biru "i-Sinar" dan boleh tahu bila tarikh kredit wang ke dalam akaun. So harap bersabar lah ya. Yang mohon kan berjuta pencarum KWSP. Sebab sistem tiba-tiba down. Nanti dah ok terus cek. Kalau korang takde I-Akaun takde masalah sebab anggaran bayaran boleh agak masuk seawal 3hari dari tarikh semakan. Katakan tarikh korang dapat tu "sebelum 15 Januari 2021" tapi tarikh sebenar kredit pada 12/1/2021. 


Itu saje. Mudah kan. Harap keputusan anda semua pon diluluskan. Ramai juga yang nak buat Aqiqah anak tapi ena dah buat awal tahun lepas. Semoga berjaya !

Post a Comment

9 Comments

Atie Zieya said…
takotnya nak check status huhuh
Fiza Aizzawa said…
Bagus perkongsian ini Ena, mst ramai yg nak tahu mana nk semak..
Anonymous said…
kasut pallas jazz bpe ringgit. boleh share harga? 017-4502767
Shikin Razali said…
Alhamdulillah, begitulah sepatutnya ke mana duit pengeluaran kita dikeluarkan dan digunakan..
mamapp said…
semoga yg memohon semua berjaya
Sis Lin said…
Dah semak, tiada dalam sistem hahahaha