Kasut Pallas Jazz jadi pilihan kembali ke sekolah 2021 | Awal tahun ni mesti ibu bapa tengah sibuk buat persiapan sekolah anak-anak termasuklah anak ena tahun ni pra sekolah 6 tahun masih sambung di PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Muar. Jadi ena memilih kasut sekolah jenama Pallas Jazz Single Velcro Strap 204-034BK sebab menepati citarasa anak yang suka ala-ala princess cut. Kalau nak tahu dia siap pakai dengan stokin render putih kalau keluar berjalan. Kira design ni 2 in 1 sesuai untuk ootd (outfit of the day) juga.
1. Reka bentuk Velcro strap dengan slim cut look
2. Permukaan atas daripada kanvas tahan lasak digabungkan dengan PVC untuk pemakaian tahan lama
3. Bahan foam lining untuk keselesaan dan perlindungan tambahan pada kaki anak
4. Teknologi "X-Light" terbukti sangat ringan dipakai
Sepasang kasut ni berharga RM33.99. Dimana nak dapatkan kasut sekolah Pallas Jazz ini??
Boleh shopping di outlet Aeon, Tesco, Mydin atau supermarket berdekatan.
...............................................................................................................
Nak mudah lagi boleh membuat pembelian secara online di
https://www.wow2wee.com/pallas-school-shoe-jazz-single-velcro-strap-204-034
8 Comments