Cara mohon i-Sinar KWSP Online @ Tutorial lengkap

Cara mohon i-Sinar KWSP Online @ Tutorial lengkap | Rasa tak perlu lah ena cerita terlalu details iSinar ni sebab korang yang nak mohon confirm dah tahu status layak atau tidak. Tapi kalau tak yakin boleh je cuba dulu memohon asalkan baki Akaun 1 KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) mencukupi untuk dikeluarkan. Contoh macam ena sendiri dah last mencarum tahun 2016. So memang layak memohon sebagai suri rumah Kategori 1.

Contoh paparan i-Akaun (Member) - KWSP

Kategori 1 iSinar

Boleh mohon iSinar?
Isnin, 21 Disember 2020

Status berjaya atau tidak iSinar?
Isnin, 4 Januari 2021

Duit iSinar masuk?
Pertengahan Januari 2021

Kategori 2 iSinar

Boleh mohon iSinar?
Isnin, 11 Januari 2021

Status berjaya atau tidak iSinar?
Belum dikemaskini

Duit iSinar masuk?
Sebelum akhir Februari 2021

BACA BETUL-BETUL SEBELUM SAHKAN SEBAB TAK BOLEH EDIT SEMULA !!!!

Ena warning awal-awal ya sebab ramai tersalah pilih jumlah pengeluaran. Dia akan auto nilai kecil jadi korang kena tarik amount tu ke maksimum RM10,000. Ena baca komen di Facebook ramai tersilap isi amount. Jadi pastikan baca betul-betul sebelum klik amount.

Tutorial cara memohon pengeluaran iSinar KWSP online Kategori 1

Jika korang dah ada daftar TAC nombor di KWSP dan  ada i-Akaun lagi mudah nak mohon. Ini contoh kali pertama nak buka aplikasi. Boleh terus ke laman web KWSP atau lagi cepat urusan, install aplikasi "i-Akaun"


Klik "Open"

Apabila buka aplikasi akan terpapar satu link ke "i-Sinar" di bahagian bawah menu. Klik seperti gambar di atas.


Masukkan No.IC dan No telefon yang didaftar TAC Nombor. 

Kemudian korang akan dapat nombor OTP atau SMS Alert untuk pengesahan. Sebab itu pentingnya kemaskini maklumat dari awal.


Dekat sini lah korang kena hati-hati sebab borang ni auto letak amount rendah. Korang kena tarik button bulat oren tu ke maksimum yang korang nak keluarkan.


Untuk pengetahuan korang pembayaran pertama maksimum RM5,000 jika had pengeluaran adalah RM10,000. Jadi tarik button bulat hitam tu ke maksimum RM5,000


Ini lah contoh jadual berkala duit yang akan dimasukkan ke dalam akaun korang tadi. Korang boleh adjust nanti akan auto kira duit bulanan dapat berapa yang penting dalam 6 bulan tersebut.


Boleh tukar amount jika tak pasti.


Isi maklumat nama, IC dan email


Isi maklumat Bank yang ingin dikreditkan wang KWSP. Pastikan milikan sendiri. Nombor akaun Bank kena isi 2 kali.


Isikan alamat surat-menyurat


Membuat semakan sebelum dihantar


Baca maklumat bayaran dengan betul dan klik button untuk pengesahan. Kemudian klik "Saya bukan robot"


Contoh gambar lampu isyarat ni klik 4 petak atas ke bawah. Kalau tak pasti boleh pilih imej lain.


Klik "Hantar"

Permohonan berjaya. Jadi tunggu je keputusan yang akan diumumkan pada 4/1/2021. Semoga berjaya :)

Post a Comment

10 Comments

Sunah Sakura said…
aaa thank you ena! nanti nak bagitahu suami pasal ni...
ayeesha anna said…
Tq ena, dah cuba buat. Hehe
Huda Halid said…
kena register macamana utk daftar apps tu..
Cik Puan Ena said…
Boleh install apps. Nanti klik pda isinar.
Unknown said…
Salah masuk amaunt macam mana ye
Unknown said…
Salah masuk amount macam mana ye
Cik Puan Ena said…
Contoh nak kuarkan 10k. Tapi klik tu maybe 5k je. Sebab tak klik drag bulat tu.
Unknown said…
Salah jumlah bulanan macamana?
Cik Puan Ena said…
Tak boleh buat apa. Tunggu jela jika ada pengumuman baru. So far xboleh buat 2kali sebab dah direkod
Sis Lin said…
Teringinnya nak mohon, tapi lupa sendiri takde acc kwsp... hahahaha.. sianlah kita kan..