Look Look Spectacle kedai viral di Muar menawarkan Cermin Mata Korean Style serendah RM58

Look Look Spectacle kedai viral di Muar menawarkan Cermin Mata Korean Style serendah RM58 | Ena dapat tahu kedai ni melalui medium Facebook sebab asyik keluar posting ni di wall. Tengok review ramai yang kata murah. Komen dekat 3 ribu terus curious nak baca. Memang banyak feedback positif. Rupa-rupanya kedai ni 5 minit je dari rumah ena. Depan Econsave Jalan Haji Jaib jerrr.. Macam mana lah boleh tak perasan kedai viral ni. Yang kelakarnya kami dah survey 2 kedai lain berdekatan. Lepastu kedai ketiga ni baru ena perasan ni macam yang ena nampak di Facebook. Fuhh ramai orang kedai dia. No wonder lah harganya murah. Ena survey almost 150 - 200 ke atas. Tapi di Look Look Spectacle ena buat hanya RM108 dan suami RM80.. Haaa mesti nak tahu spesification kan..

Frame + Lens ada power + UV420 Blue light hanya RM108


Ena ambil pakej frame siap power RM58 then upgrade UV420 Blue Light Protection add on RM50. Ikutkan harga pasaran RM300. Anti blue light ni penting bagi blogger yang selalu mengadap skrin handphone, TV dan komputer. Ena kena magrain teruk sebab dah lama tak pakai spec. Bila dah pakai ni baru lah ok takde magrain berpunca daripada silau 1.75. Haa nasib baik tak lebih 2.00 kalau tidak harga dah lain.hehe. Tapi kalau korang nak yang premium harga RM200 belum masuk frame.. Macam ena ni bukan kerja lasak pon. Pakai ketika mengadap blue light dan driving malam. Orang silau ni tak nampak jalan raya. Bahaya kalau tak pakai spec ketika memandu. Menyesal tak pakai awal. Kalau tidak setiap bulan makan panadol kena magrain.


Gambar sebelum throwback masa kursus pensyarah 2013. Skema kan muka hahaha.. Masa ni mahal spec tanpa UV420 blue light. Sekarang senang dah boleh beli under budget. Mana nak dapat harga bawah RM110???? Power + UV protection taw! patutla pakai spec lama ni tetap kena magrain.


Untuk harga ditawarkan frame  + lens hanya untuk power bawah 800 dan silau bawah 200. Kalau silau lebih 200 so korang kena add on RM50

1. PACKAGE FASHION KOREAN FRAME + MULTICOATED LENS - RM58 / 98
Ni kalau korang just pakai untuk cover power rabun. Multicoated bermaksud lens  biasa double coated, depan dan belakang untuk menahan kanta daripada senang calar, air tidak melekat pada permukaan kanta, anti-fingerprint dan anti-reflection untuk memantul semula cahaya.

2. UPGRADE TO BLUE LIGHT / PHOTOCHROMIC LENS Add On RM50 (n/p RM300)
Ena ambil pakej ni sebab still murah ada UV420 Blue Light Protection melindungi ultra violet dan blue ray. ia bagus untuk menghindari mata daripada berair, cepat merah dan penat. Kualiti tidur lebih baik. Memang berbeza lah lepas upgrade ni.

3. UPGRADE BLUE UV CAPTURE RM200 (n/p Rm405)
Warna lens clear tidak bewarna kekuningan, anti-dust, kalis air, tidak calar dan lebih tahan lasak. Extra setengah tahun warranty frame.

4. Eyezen RM600 (n/p Rm700)
Anti-fatigue (mata tidak letih, selesa & relaxed vision), lebih jelas, lebih terang dan extra setengah tahun warranty frame.

5. BINGKAI SAHAJA RM40
Kalau korang ada lens sendiri nak tukar frame pon still murah ya

6. PASANG BINGKAI SENDIRI RM80
Macam suami ena dia ada spec sendiri untuk streamer yang beli takde power pon. Jadi cuma bawa ke kedai dan beli lens UV420 blue light RM50 tu kemudian upah pasang RM30. Contoh gambar di bawah.

7. POWER TINGGI NAK NIPISKAN LENS RM100
Untuk yang power tinggi over 1000 tu boleh ambil pakej ni.


Mungkin tak semua tahu yang suami ena streamer live PUBG di Facebook. Dia langsung tak pernah pakai lepastu action kat kita cakap takde masalah. Haa terus minta buat eye test sekali ada rabun 0.50. Terus taubat buat jugak.hehe. Faham-faham jela orang main game ni berjam-jam so kena juga jaga mata dari blue light.  Suami bawa spec je minta kedai pasangkan lens ada power + UV420 blue light protection RM80. Nak lebih faham kenapa pelik benar spec ni sebab ada lampu LED. korang tengok video suami ena streaming aka nama alam maya dia Ninjaboyz21




Cun ke tidak color pink.haha.. I like transparent dan lebih hipster. Kalau dulu-dulu pakai spec besar kena label "Nerd" tapi zaman sekarang digelar "Hipster"



Jangan datang lewat petang sebab biasa ramai orang. Terlalu banyak pilihan dan warna. Jadi rambang mata dibuatnya.

1. Harga terendah di bandar dan dikendali oleh pekerja profesional

2. Bingkai Gaya Korea + Lensa dengan harga yang berpatutan! (RM58 / RM98)

3. Mempunyai lebih dari 1000 pilihan bingkai berkualiti di kedai

4. Perkhidmatan pantas menyediakan perkhidmatan ekspres di mana cermin mata anda siap dalam masa satu jam

5. Selain bingkai, juga mempunyai lebih dari 300 pilihan Cermin Mata Hitam Bergaya @ sunglasses 🕶 untuk anda pilih dan yang terbaik ialah, harganya hanya RM128 setiap satu dan anda juga akan mendapat potongan 50% untuk sunglasses kedua anda

Design terkini dan banyak pilihan










Dah puas cuci mata? Berkenan nak order boleh dapatkan Bingkai GAYA KOREA atau SUNGLAS yang trendy ini dibuka setiap hari 10.00am - 8.00pm dan Ahad 10.00am - 6.30pm

🎯Look Look Spectacle - Pesta
☎06-959 3716

🎯Look Look Spectacle - Bukit Bakri
☎010-537 8368




Post a Comment

7 Comments

Atie Zieya said…
murah betul kan, rugi klu tak grab satu
aienienka said…
murah jugak. seronok la kalau dapat grab satu ni. Yosh~ ajum ke muar. haha
Sunah Sakura said…
cantik bingkai dia..akak pun suka haaaaa..nasib lerr tak pakai spec..
Syazni Rahim said…
sweetnya bertambah2 lepas pakai spek pink tu haa :)
mamapp said…
aritu mama buat spec kat bakri juga tapi tak ingat nama kedai.. memang murah kedai ni
nohas said…
murah tu..bingkai pun cantik, banyak pilihan..
err nak ke Muo tu jauh no..
Cik TK said…
Oh murah juga ni. Cik TK pun dah lama tak tukar spek