Sebagai blogger memang terasa peritnya kalau handphone dan laptop rosak. Lagi-lagi kalau ada pending job. Jenis ena pulak tak semua kerja reti menaip guna handphone saje. Tetap nak guna laptop. Sebelum ini laptop ena pernah buat hal tetapi masa tu under warranty (keyboard rosak). Jika masih under warranty memang lega sebab tak perlu fikir kos bayar. Technician HP sendiri datang ke rumah repair laptop. Jika korang nak tengok step buat report kerosakan boleh rujuk entri lama di bawah
https://www.tinynasweet.com/2018/01/cara-menghubungi-technician-hp-under.html
Dah habis warranty??? Jika korang nak tahu kos tanpa warranty agak mahal juga belum termasuk kos hantar technician ke rumah. Contohnya jarak rumah ena (Muar) dari pusat servis melaka yang paling dekat 1 jam setengah pon dah kena cas RM250. Haaa ni baru kos pengangkutan ya! Jadi ena akan buat perbandingan kos HP Services dengan pusat komputer lain. Masing-masing ada kelebihan. Kalau HP memang mahal tapi cepat siap. Kalau hantar luar jauh lebih murah tetapi lambat siap takut tak match dengan keyboard atau display di skrin.
Skrin bergegar "Flickering Display" habis Warranty. Apa perlu buat?
Ini lah yang terjadi semasa ena on laptop. Memang berpinar mata nak klik pada skrin. Jadi perkara pertama ena buat terus contact via Whatsapp. Haaa sekarang mudah tak payah nak chat kat website. Kita terus Whatsapp je. Dibawah ni contoh ena chatting bersama HP Support. Korang save no ni siap-siap. Ada je masalah terus contact. Memang cepat je reply.
Nombor ni dari California tapi ia cover Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan India
+1 (786) 482-6615
Ena ambil video siap-siap dan hantar. Nanti admin akan reply. Nak mudah korang standby je laptop depan mata. Admin mesti mintak korang run BIOS.
Jangan risau tak tahu nak buat apa, just follow step yang diberi. Mudah kita boleh rekod video dan hantar butiran. Macam kes ena ni run BIOS tetap juga skrin bergegar. Jadi admin akan tanya nak pergi pusat servis atau mintak hantar technician. Ena jawab nak technician datang ke rumah. Selepas itu, admin akan bagi quotation melalui email. Korang boleh terima atau tolak. Disini tiada masalah pon kalau korang cancel tiada cas tersembunyi. Quotation diberikan anggaran kos totally RM8XX. Woooohhoooo nangis tengok harga... So ena decide hold dulu. Quotation ni sah selama sebulan bermula dari date issued. Ena try survey di pusat komputer Muar dan harganya lebih murah RM360.00. Jadi ena reply email tersebut inform cancel. Haaa.. tutup kes.
Kat mana ena buat??? Haaa dibawah merupakan kedai komputer yang ena hantar tukar screen. Kalau korang dekat dengan area Muar senanglah hantar sebab ramai tehnician dia.
LOW YET CENTRE (JR0062573-P)
Alamat : No 167, Jln Abdullah, 84000 Muar Johor
No Telefon : 06-9104363 / 018-6664001
20 Comments
Nak taknak mmg kena baiki juga kan. Waima 800 mask kawen awal dia ya? Kita pon terbeliak wak. Hahaha Alhamdulillah dpt murah dekat low yet . Jimat duit. Heheheh
kalau saya.. kalau confident.. mmg akan tukar sendiri.. yang penting part yang nak ditukar perlu tepat dan boleh tanya dengan seller.. sekali dah buat kerja DIY tukar sendiri.. lepas tu pasti nak buat lagi.. part boleh beli di shopee/lazada..
phone. laptop. kalau rosak? merana la hidup aida. sama la, mesti nak menaik sepuasnya di komputer. kat phone tak syok la, kecik naw nak menaip. lambat jadik nyer.
kebetulan, laptop aida baru je upgrade last month. tambah laju. takde le masalah besar sebelumnya. tapi sebab da lama, anta le kat member utk servis and upgrade pe patut. alhamdulillah. harga pun dpt harga kawan-kawan.