Cara tangguh @ lanjutkan moratorium @ penangguhan bayaran pinjaman Bank Desember 2020 secara online

Cara tangguh @ lanjutkan moratorium @ penangguhan bayaran pinjaman Bank Desember 2020 secara online | Semua sedia maklum pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membenarkan golongan B40 (Merupakan penerima Bantuan Sara Hidup - BSH dan bakal penerima Bantuan Prihatin Rakyat - BPR) untuk menyambung moratorium berikutan masih ramai yang terjejas daripada penularan Covid-19. Dalam ucapan beliau "Peminjam hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri atau self-declaration pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik. Fleksibiliti-fleksibiliti ini akan bermula pada Disember 2020".

Golongan B40 boleh memilih moratorium dengan 2 cara bayaran balik akan diberikan. 
1. Menangguhkan bayaran balik selama tiga-bulan
2. Pengurangan jumlah bayaran bulanan sebanyak 50% selama enam bulan. 

Mereka yang berada dalam kategori M40 boleh menyusun semula pakej kewangan mereka melalui proses pengisytiharan diri sekiranya mereka mengalami pengurangan pendapatan.

Tujuan tutorial ini berikutan ramai yang tanya ena bagaimana nak mohon online. Kebetulan ena dah siap submit cuma tak pasti lulus atau tidak. Tapi bergantung pada bank ada yang slip gaji terkini atau slip gaji 3 bulan. Kalau Hong Leong Bank nak slip gaji bulan Mac 2020. Ena tunjukkan 3 tutorial bank berlainan iaitu Maybank (Rumah), Ambank (Axia) dan Hong Leong Bank (Alza). Uishhh banyaknya komitmen.huhu.. Tapi Alza tu dah 2 tahun buat sewaan pada orang lain. Disebabkan orang yang sewa pon terjejas sama pendapatan jadi ena pon kena lah apply juga.

Cara lanjutkan moratorium secara online

Caranya mudah saje untuk apa-apa bank berkaitan korang cuma search ayat "........... repayment assistance". Contoh kalau CIMB korang rujuk gambar di atas. Cuma ena takde loan dengan CIMB jadi ena tunjuk step Maybank sebab ada loan rumah dengan Maybank.

Maybank repayment assistance (Loan / Financing)

Ada 2 cara tapi ena suggest cara KEDUA sebab tak perlu "Login" 2 kali. So boleh skip cara satu kalau taknak cek jumlah loan semasa

Cara 1 : Login ke akaun

Klik website MAYBANK dan masukkan usernama dan password


Setelah tertera akaun terus klik button di atas jika paparan mobile


Klik Loans


Korang boleh klik antara dua option di atas sama je link terus ke borang



Klik Log in & Apply. Kemudian korang kena login semula username dan password. Sebabtu jadi kerja 2 kali.

Cara 2

Boleh rujuk gambar di atas  dan ambil link teratas atau terus klik disini >>> MAYBANK REPAYMENT ASSISTANCE


Klik Login & Apply


Masukkan username dan password


Boleh terus scroll down


Ada banyak jenis borang. Kalau loan boleh pilih gambar di ats Loan/Financing repayment assistance


Korang boleh standby dokumen berkenaan untuk mudahkan upload sekejap lagi


Ada 3 option pada status pekerjaan. Contohnya suami ena masih bergaji. Korang boleh rujuk contoh di bawah statement yang akan terpapar pada bahagian status

Tandakan untuk pengesahan

Upload slip gaji dan dokumen berkaitan


Save receipt



Ni contoh resit yang kita simpan sebagai rujukan

Ambank repayment assistance (Loan / Financing)


Ni contoh penangguhan loan kereta kami daripada Ambank. Boleh terus klik disini >>> AMBANK REPAYMENT ASSISTANCE Kemudian scroll down

Pilih Individual form


Ni contoh status kenapa perlu lanjutkan moratorium

Setelah isi kesemuanya, apabila klik pada kotak berkenaan akan auto link ke email korang


Klik OK


Automatik keluar statement di atas. Korang isi maklumat berikut dan attach sekali slip gaji dan dokumen berkaitan. Kemudian klik anak panah biru untuk SEND

Hong Leong Bank repayment assistance (Loan / Financing)

Boleh terus klik disini >>> HONG LEONG BANK REPAYMENT ASSISTANCE dan maklumat sama seperti bank lain tapi dokumen yang diminta seperti gambar di atas. Diharap dapat membantu korang untuk memohon penangguhan bayaran pinjaman bermula Desember 2020. Semoga permohonan korang berjaya !


Post a Comment

20 Comments

Wan Zawawi said…
Terima kasih untuk info ni
Semoga ramai yang alert pasal ni nanti
Sunah Sakura said…
alhamdulillah, boleh membantu ringankan beban mereka yang memerlukan...
Husniey Husain said…
Sangat membantu ni bagi yang memerlukan boleh cuba apply..Thankss😍
Kak Fas said…
Perkongsuan yang bagus bagi mereka yang nak tahu bagaimana nak appply utk kemudahan ini.
Sis Lin said…
Good info Ena, bagus buat mereka yang rasa terbeban.. eloklah mohon dari di senarai hitamkan kannn...
Nina Mirza said…
Ramai yang terkesan sebab covid19 ni dan ramai yang mahu kurang kan tanggungan bulan an. Bagus adanya kelonggaran dari pihak Bank. Good sharing
Ummi said…
Info yang sangat bermanfaat bagi mereka yg memerlukan. Saya pun termasuk dalam golongan yang terkesan dgn pelaksanaan pkp ni.
Marina Bashah said…
Semoga moratorium ni dapat membantu mereka yang terkesan. Bagus sharing info macam ni. Boleh buat rujukan pada mereka yang mencari info
adianiez AIDA said…
yg terkesan, cepat2 apply. ini byk membantu kewangan keluarga.
takkan listed kat ccris. ok la tu kan.
tak menjejaskan prestasi kewangan masa depan.
mrsliez said…
Mmg semua terkesan dek kerana covid19 ni. Dan sememangnya bantuan lanjutkan moratorium tu sangat membantu mereka yg sgt² memerlukan bantuan..
Tekkaus said…
Thanks for this useful tips on loan moratorium. Definitely useful for those who want to tide through this difficult financial periods.
Wahh info yang sangat membantu ni Ena. Step by step macamana nak extend moratorium. Terima kasih Ena di atas perkongsiannya.
Cuppy Cake said…
Thank you for sharing this information! I believe there's a lot is going through a hard time with this pandemic! This will definitely help a lot of people!
Farhana Jafri said…
membantu sangat info ni sebab ramai pengguna maybank yang tengah nak apply untuk sambung moratorium.
Aerill Hassan said…
terima kasih share. baru tahu pasal ni. sangat membantulah untuk saya. boleh jugak nnti saya share dengan kawan2 :)
iena eliena said…
Perkongsian yang sangat bermanfaat lagi lagi untuk yang terkesan dengan pandemik covid ni. Iena pun risau jugak ni takut lah tetibe company ade masalah kan..sekarang ramai orang hilang kerja..kalau perl nanti boleh refer sini..buat masa ni Alhamdulillah masih boleh bayar lg.
Zharif Azis said…
wahhhh thank you atas tutorial nya. memang ramai terkesan sejak pandemik covid nie. hopefully dapat memberi manfaat pada yg terkesan utk hari2 mendatang dengan adanya monotarium nie
Kitkat Nelfei said…
Wahhh, very informative and senang nak follow instruction ni... Pandemic ni dah banyak menyusahkan kita semua... Memang nampak ketara susutan simpanan disebabkan oleh ni juga covid19 ni.. Adui...
Zaza Azman said…
Harap2 dpt membantu la pada yg kehilangan sumber bekerja sbb covid ni. Thanks share info ni. Sgt berguna
Wak Lat said…
info bagus nih., igtkn moratorium tu automatic ;p