Cara tangguh @ lanjutkan moratorium @ penangguhan bayaran pinjaman Bank Desember 2020 secara online | Semua sedia maklum pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membenarkan golongan B40 (Merupakan penerima Bantuan Sara Hidup - BSH dan bakal penerima Bantuan Prihatin Rakyat - BPR) untuk menyambung moratorium berikutan masih ramai yang terjejas daripada penularan Covid-19. Dalam ucapan beliau "Peminjam hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri atau self-declaration pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik. Fleksibiliti-fleksibiliti ini akan bermula pada Disember 2020".
Golongan B40 boleh memilih moratorium dengan 2 cara bayaran balik akan diberikan.
1. Menangguhkan bayaran balik selama tiga-bulan
2. Pengurangan jumlah bayaran bulanan sebanyak 50% selama enam bulan.
Mereka yang berada dalam kategori M40 boleh menyusun semula pakej kewangan mereka melalui proses pengisytiharan diri sekiranya mereka mengalami pengurangan pendapatan.
Tujuan tutorial ini berikutan ramai yang tanya ena bagaimana nak mohon online. Kebetulan ena dah siap submit cuma tak pasti lulus atau tidak. Tapi bergantung pada bank ada yang slip gaji terkini atau slip gaji 3 bulan. Kalau Hong Leong Bank nak slip gaji bulan Mac 2020. Ena tunjukkan 3 tutorial bank berlainan iaitu Maybank (Rumah), Ambank (Axia) dan Hong Leong Bank (Alza). Uishhh banyaknya komitmen.huhu.. Tapi Alza tu dah 2 tahun buat sewaan pada orang lain. Disebabkan orang yang sewa pon terjejas sama pendapatan jadi ena pon kena lah apply juga.
Cara lanjutkan moratorium secara online
20 Comments
Semoga ramai yang alert pasal ni nanti
takkan listed kat ccris. ok la tu kan.
tak menjejaskan prestasi kewangan masa depan.