Utopia Workspaces Melaka Menyediakan Ruang Kerja Fleksibel Tanpa Kos Tinggi | Sejujurnya ena tidak pernah tahu ada ruangan kerja (Co-working space) seperti ini. Kalau sewa bangunan biasa lah dengar tapi Utopia ni unik sebab terdapat banyak jenis ruang bilik khusus untuk mereka yang tidak mampu menyewa bangunan besar ataupun memerlukan ruang sementara untuk menjalankan perniagaan. Bukan itu saje, korang nak buat birthday party, reunion atau private majlis pon boleh taw ! Tidak terhad untuk sewa pejabat atau sewa bilik meeting. Memang menarik Utopia ni.
Utopia lebih dari sekadar Ruang Kerja
Untuk mereka yang mempunyai bisness secara kecilan pasti memerlukan modal yang besar untuk sewa bangunan. Antara kos lain yang diambil kira adalah kos pentadbiran, manpower untuk menguruskan mail dan parcel, maintenance, electricity, dan banyak lagi sudah tentu memerlukan budget yang besar. Tapi tahu tak kalau korang inginkan workspace sementara atau pun menunggu renovation, apa kata sewa dahulu di Utopia sebab harganya mampu milik serta pakejnya lengkap membantu mereka menjimatkan kos.
Utopia dibina untuk lebih lifesytle design dan bertaraf 5 bintang supaya tidak nampak bosan dengan pejabat yang konvensional dan kita akan rasa seperti berada dirumah. Itulah perasaan masa ena berada di dalam bangunan Utopia ni. Seriously CANTIK, MODEN & WORLD CLASS !
Mempunyai 3 tingkat dengan kapasiti 203 tempat duduk dan merangkumi lebih dari 65 jenis industri pekerjaan. Antaranya freelancer, graphic designer, agen insurans, gaming, photography, streaming live dan banyak lagi. ini tidak bermakna Utopia untuk freelancer atau peniaga kecil sahaja tetapi syarikat besar dialu-alukan untuk menubuhkan pejabat mereka di sini.
Antara kemudahan yang disediakan di Utopia adalah :
1. Security - Bilik diakses menggunakan QR door access system dan CCTV
2. Cleaning service percuma
3. High speed internet
4. Nap room (Bilik rehat katil double decker)
5. Pantri
6. Mesin fotostat akses via kad topup
Pilih workspace sendiri merangkumi 6 jenis di bawah :
Pelanggan boleh memilih workspace yang disediakan Utopia dibawah tetapi dalam masa yang sama pelanggan boleh customize sendiri dengan menggabungkan private office, reserved desk dan open hot desk.
1. Private Office
Ruang persendirian bermula dari sewaan untuk 2 hingga 6 orang 1 bilik. Pelanggan boleh menyewa ruang kerja bukan hanya untuk jangka pendek, tetapi juga jangka panjang. Utopia menyarankan penyewaan dalam jangka masa panjang seperti 6 bulan atau setahun.
2. Reserved Desk
Mempunyai meja tetap di ruang terbuka
3. Open Hot Desk
Boleh memilih dan berpindah ke meja lain tidak terikat di satu tempat. Sejenis yang suka mengubah mood tempat bekerja
4. Prepaid time pass 100 hours
Jika sukakan penjimatan atau tiada masa tetap untuk bekerja sesuai memilih pakej ini dengan konsep topup masa. Setiap kali kad digunakan, masa bekerja dikira mengikut jam
5. Day pass
Seorang freelancer? Ia sangat sesuai untuk akses on the spot serendah RM48 sahaja 1 hari dan minuman percuma
6. Virtual office (Urus mail & parcel)
Tidak memerlukan pejabat sementara tetapi memerlukan alamat tetap untuk urusan penghantaran barangan perniagaan. Jika risau tiada orang di rumah atau tiada pekerja tambahan menguruskan mail juga boleh menggunakan alamat Utopia dan mereka akan uruskan semua serendah RM88 bulanan
Pilih pakej berdasarkan workspace pilihan :
1. All in package
Mendapat manfaat untuk akses kemudahan yang disebutkan di atas mengikut terma dan syarat sesuai untuk pelanggan yang lebih suka bebas gangguan / kerumitan dalam satu perkhidmatan.
2. Mix & Match
Sesuai untuk pelanggan memilih siri yang mereka inginkan sahaja.
Ground Floor
Untuk mereka yang memerlukan ruang kerja kecil ataupun untuk persendirian boleh lihat contoh ruangan ini. Korang nampak tak ada bilik ruang bilik di hujung kiri gambar. Itu merupakan Private Office. Kelengkapan seperti meja, kerusi, rangkaian internet disediakan. Korang hanya bawa barang peribadi dan komputer sendiri.
Bukan itu saja, kalau korang tak berminat private office, boleh pilih hot desk atau reserved desk. Haa korang boleh tengok ada contoh jacket sangkut kat kerusi tu. Bermakna dah ada orang reserved desk. Itu merupakan ruang dia bekerja. Normally yang tidak memerlukan banyak perkakasan seperti freelancer.
Meja custom designed memudahkan pelanggan menggunakan tenaga elektrik.
Ni kalau ena duduk menaip di Utopia rasa relax dan mencurah idea terus.hahaha. Ruang luas dan kemas. Mengutamakn ciri keselamatan dimana setiap bilik memerlukan kad akses untuk masuk yang akan diberikan oleh Utopia. Sebelum Pandemic, Utopia dibuka selama 24/7 beroperasi bermula jam 8 pagi hingga 11 malam setiap hari termasuk hari Ahad dan cuti umum.
Open discussion atau meeting yang lebih santai.
Discussion room boleh memuatkan 2 hingga 3 orang di dalam bilik ini.
Ini merupakan contoh Private Office bagi seorang Photography. Jadi korang tidak perlu risau untuk menyewa kerana bilik ini tidak akan di akses oleh orang luar.
Private Office bagi seorang Agen Insurans
Private Office bagi seorang Bisness Online. Nampak tak Utopia ni memang menarik boleh sewa untuk pelbagai jenis pekerjaan. Ni sewa macam buat kedai sendiri. Tak terfikir langsung ada sewa ruang kecil macam ni.
First Floor
Sama konsep dengan Ground Floor tapi level ni ena tengok lebih banyak meeting room, discussion room dan private office dengan kapasiti yang lebih ramai sehingga 8 orang untuk 1 bilik.
Meeting room ini mampu memuatkan sehingga 8 orang dan boleh disewa setiap jam. Berikut merupakan harga pakej per hour
RM20 / hour (3 pax)
RM25 / hour (5 pax)
RM35 / hour (8 pax)
Meeting room juga boleh digunakan half day @ full day
Korang boleh lihat secara details kesemua ruangan di setiap level di last entry (Video) Memang terkesima dengan dekorasi setiap sudut.
Ruangan istirehat secara privasi juga disediakan. Rasa seperti bekerja di dalam rumah Utopia ni.
Second Floor
Level 3 ni memang meriah bunyi suara orang sebab ruangan ini khas untuk kapasiti yang ramai. Konsep level ini adalah Roof Top Conference dan Event Space.
Ada 4 jenis roof top conference di level ini dengan sewaan half day atau full day dan boleh menyewa bilik sahaja ataupun termasuk minuman dan makanan :
1. Dining Series
Maksimum 12 pax sesuai untuk workshop, project meeting, training, lunch/dinner reunion dan sign memorandum
2. Living Series
Maksimum 10 pax sesuai untuk perjumpaan secara kecilan atau brainstorming dan tidak memerlukan ruang besar
3. Reception Series
Maksimum 50 pax sesuai untuk lunch/dinner reunion, High tea gathering, celebration, breakfast meeting dan party.
4. Multipurpose Series
Maksimum 60 pax untuk sign memorandom, annual General Meeting, pelancaran produk, board meeting, seminar, training dan open talk.
Dining Series
Half day (RM300) & Full day (RM500) tanpa projector
Multipurpose Series
Half day (RM500 + 1 tea break & 1 lunch )
Full day (RM750 + 2 tea breaks & 1 lunch)
Reception Series A
Ruangan lebih kecil berbanding Reception Series B. Konsep yang lebih santai perjumpaan sambil minum kopi.
Bilik ini juga sesuai untuk mereka yang lebih suka meraikan party secara privasi seperti birthday atau reunion kerana ada set karaoke untuk berhibur
Reception Series B
Lebih besar dan ruangan meja lebih terbuka. Utopia menyediakan pakej hidangan makanan dan minuman terus kepada pelanggan konsep seperti di Hotel
Half day (RM400 + 1 tea break & 1 lunch )
Full day (RM600 + 2 tea breaks & 1 lunch)
Living Series
Half day (RM300) & Full day (RM500)
Jadi Utopia merupakan ruang yang unlimited akses untuk semua industri. Satu revolusi yang sangat efektif, fleksibel dan menjimatkan kos. Banyak kelebihan bekerja di workspace berbanding work at home sebab tidak terganggu oleh faktor luar ketika bekerja. Masa bekerja juga berkualiti.
Bagi ena orang Melaka sangat bertuah ada Utopia yang besar ini. Bayangkan di rumah ena ada 3 bilik tapi 1 bilik khas untuk setup meja gaming sahaja sebab suami aktif streaming live di Facebook. Memang berbeza.
Untuk membuat tempahan workspace yang diidamkan, boleh layari ke laman sesawang Utopia Workspaces Melaka
Alamat :
No 28, 28-01, 28-02 Jalan Mutiara Melaka 3,
Taman Mutiara Melaka, Batu Berendam, 75350 Melaka, Malaysia
Call & Whatsapp Number :
+6014-323 9885
14 Comments