The LOFT Fitness, TLF Gimnasium Besar di Batu Berendam Melaka | Tak sangka dapat masuk melihat gym yang besar dan luas sebegini sebab biasa masuk yang bilik sederhana luas je. Masa bujang seronoklah juga exercise tapi guna yang basic je. Sekarang ni mampu exercise di rumah saje. Suami lah asyik cakap nak pergi gym kasi kurus balik badan.hehe..
Kalau korang ada target nak fitness tapi risau tak konsisten nak amalkan, seeloknya pergi gym sebab lebih fokus, ada personal trainer yang membimbing semasa sesi latihan dan progress lebih cepat terhasil berbanding bersenam sendiri di rumah. Kelebihan gym ni sebab peralatan lengkap dan boleh pelbagaikan jenis latihan yang sesuai dengan target badan dikehendaki.
Best fitness best environment
TLF menawarkan peralatan dan kemudahan yang lengkap iaitu Wifi, gym, sauna, swimming pool, fitness class, member card, private parking dan outdoor activity. Konsep TLF untuk memberi pelanggan latihan secara premium.
Patutlah nampak luar biasa. Selain itu TLF bersedia menerima keahlian @ Studio membership untuk akses kesemua kemudahan :
1 bulan (RM120)
3 bulan RM345)
Yuran pendaftaran (RM95)
TLF juga menyediakan pakej "Personal training" ini dengan 100% dijamin memberi kepuasan atau wang dikembalikan serendah RM300 :
Pada pandangan ena, TLF ni mempunyai ruang yang sangat luas dan antara yang terbesar di Melaka. Dibuka setiap hari jam 2 petang hingga 10 malam kecuali hari Ahad. Ruangan nampak bersih dan kemas. Selain itu pembayaran boleh juga dilakukan via credit / debit card atau online banking. Sila layari laman web sesawang TLF untuk lebih lanjut.
4 Comments