Periuk Non-Stick selamat digunakan atau tidak?

Periuk Non-Stick selamat digunakan atau tidak? | Sebagai suri rumah yang sememangnya memasak setiap hari sudah tentulah mengidamkan periuk yang cantik, berkualiti, tahan lasak, tidak melekat dan selamat digunakan. Lagi-lagi nak goreng ikan, goreng ayam, goreng telur dan banyak lagi menyebabkan suri rumah lebih suka memilih kuali atau periuk kalis lekat (non-stick) sebab jimat masa nak sental dan masakan pon tak melekat. Tapi korang masak tu ada periksa dulu tak samada periuk selamat digunakan atau tidak? Haaa cuak lah tu kan. Ok jom kita ketahui apa yang perlu dititikberatkan dalam mencari periuk non-stick ini.


Credit to google

1. Pastikan bebas daripada PFOA
Kenalpasti jenis bahan kimia buatan manusia yang digunakan dalam proses pembuatan alat memasak non-stick yang korang pilih adalah selamat seperti PTFE, granite, seramik, enamel dan silikon.

Periuk non stick teflon kebiasaannya periuk aluminium atau besi yang disadur dengan lapisan selaput kalis lekat polytetrafluoroethylene (PTFE) sebatian plastik fluoropolimer yang berasaskan silikon dan mengandungi karbon dan fluorin. Menjadi persoalan lazim apabila ramai yang bimbang periuk non-stick mudah tercalar. Jadi adakah sumber masakan daripada kesan itu berbahaya?

Menurut pakar kimia, Dr Fatimah Salim, tiada masalah masih boleh digunakan walaupun mungkin melekat pada makanan kerana badan kita tidak mampu hadam. Ianya akan dibuang dalam najis tanpa kesan pada badan. Sama juga dengan isu penyebab kanser. Menurut beliau penggunaan bahan kimia perflurooctanoic acid (PFOA) yang dikaitkan dengan kanser sudah tidak lagi digunakan dalam pembuatan periuk kalis lekat yang telah dihentikan sejak tahun 2015 lalu fungsinya digantikan dengan bahan kimia lebih terjamin iaitu perfluoropolyether seperti Genx. 

- Rujuk sumber DISINI.

Kesimpulannya tetap kena jaga jangan sampai tercalar atau gunakan pada suhu yang terlampau tinggi dan masak terlalu lama.

2. Beli daripada sumber yang diyakini. Elakkan jenama tiruan
Masa kini, lambakan jenama non-stick terlalu banyak di platform online. Maka pengguna perlu berhati-hati melakukan pembayaran. Semak status pengeluar dan penjual, dapatkan review pembeli supaya kita tidak rugi membeli. Jangan mudah terpengaruh dengan promosi harga runtuh yang tidak masuk akal. Periuk yang berkualiti biasanya harga lebih mahal tetapi tidak bermakna yang ringan itu tiruan. Jadilah pengguna bijak membeli.

Periuk Batu KayuHome Periuk Selamat yang diidamkan suri rumah

Jadi tak payah nak pening kepala nak cari sebab ena dah jumpa jenama periuk non-stick yang memang diyakini pembuatannya dan original iaitu Periuk Batu Granite KayuHome. Saje lah survey sebab dah lama naaaawww tak tukar kuali dan periuk baru ni. Ehh berkenanlah pula. Try bodek-bodek suami belum lulus lagi. Jadi takpelah ena simpan sini sebagai rujukan mana tahu korang pon tercari-cari periuk baru. Niat ni tunggu duit Adsense dah cukup boleh lah grab Periuk Batu KayuHome ni. Haisshhhh geram tengok color merah tu sebab memang ngam sangat dapur ena yang color merah. Kena dah dengan tema. Bukan apa sekarang ni tanggungjawab makin besar sebab kena masak 3 lauk berbeza untuk suami, kakak sumayyah dengan baby safiyyyah. Haaa tak ke lama memerap kat dapur masak saje pagi tu sampai ke tengahari. Haaaa.. Jadi mestilah nak periuk ekspres kalis lekat ni. Jimat masa dan tenaga!

Periuk Batu Granite keluaran terbaru Kayuhome


Nampak tak color dan design dia cun. Macam mane lah kita ni tak jatuh cinta. Haaa tapi jangan tengok cantik semata-mata. Yang penting ciri-ciri keselamatan yang kita kena ambil tahu samada selamat digunakan atau tidak. Jenis "Granite" ini selamat digunakan dan lebih tahan lasak, lebih berat kerana konsep pengaliran haba yang baik menjadi keutamaan disamping non-stick dan ‘green’.


Periuk Batu Granite Merah KayuHome ini merupakan Teknologi German yang bebas dari bahan kimia berbahaya.


Panduan buku manual disediakan memudahkan pengguna


Periuk tebal tahan lasak, warna yang menarik (wine red) dan saiz sesuai untuk kegunaan harian didatangkan dengan kotak premium


Penutup mempunyai auto tiub memudahkan wap keluar ketika memasak


Penutup kaca bentuk flat dan tebal dan
 dilitupi silikon maka selamat digunakan


Handle jenis bakelite, tahan panas


Anti calar, anti lekat dan mudah dicuci. Ia sesuai untuk semua jenis dapur, eletrik dan gas


Ena suka set ni sebab saiz medium sesuai untuk kegunaan harian.

🌹20 cm soup pot
🌹24 cm soup pot
🌹24 cm frying pan
🌹24 cm shallow soup pot


Wahhh teruja tengok set ni. Memang berbaloi sebab ada 11 pcs set senduk silicon KayuHome sekali dibekalkan dalam 1 harga.

Periuk Rendang Batu Granite 40cm


Bukan itu saje.. KayuHome pon ada Periuk Rendang besar. Memang puas masak untuk majlis atau kenduri untuk isian banyak. Sebab apa taw, KayuHome bawakan Periuk Batu Granite merah yang muat 7-10 ekor ayam. Kalau bagi mak-mak di kampung confirm mereka suka. Ia juga lagi tebal dari Dessini yg senang Pecah




Periuk ini boleh masak dengan periuk Elektrik (induction). Mana nak cari periuk induction saiz besar ni. Puas hati masak kenduri.


Free pemegang silikon


Biasa kita buka berwap kan penutupnya. Ena suka Periuk Rendang ni design tutupnya "grip handle" senang nak letak di tepi supaya lebih kemas ada handle.



Dimana nak dapatkan original?? Mudah jeee hanya contact nombor yang tertera dibawah ini.


Post a Comment

19 Comments

ctsuzie said…
Cantik warna periuk tu..senyum je kalo dpt periuk mcm nie..nak masak pn happy..
LampuHijau said…
Cantiknya merah. Merah di bukan merah sakit mata tu tau. Merah cantik tu. Boleh lah hadiahkan untuk mama sebab birhtday mama pun dah nak dekat ni
Mawardi Yunus said…
itu la yg menjadi tanda tanya sebelum ni. tp kalau research betul-betul memang akan dapat jawapan. tq for sharing.btw cantik pulak periuk tu. kaler dia wow
Bae Roslan said…
haritu ada nampak sis lin share. memang berkenan, design dia memang jatuh cinta. tunggu tabung penuh, sure akan grab.
Ruby said…
Selamat digunakan mesti jd tanda tanya. Tapi nak tau betul ke tak melekat? Kalau masak ada tips ke kak? Jangan guna sudip besi ke? Cantik warna merah. Tergoda.
Ardini Humaira said…
Cantiknya periuk tu semua 🤩
Sis Lin said…
Memang dah terpikat sangat dengan periuk KayuHome ni tau.. dah masuk dalam wishlist ni..hehehe tunggu aje laa kot laa bulandepan sampai hahahaha
saidila said…
warnanya menarik sungguh aihh , kalau dapat satu set nih kompom hari2 masak pun sedap ....tapi betul apapun pastikan produk original dan hukan tiruan ...bampaknya Kayu Homes ni sangat bagus dan berkualiti ...harap harga pun mampu milik sebab dah berkenan
MAMA DEEJA said…
Omg cantik giler set periuk kayuhome tu. bergetar tulang rusuk sis ni😂. Kena msukkn dlm bucket list jgk ni btw tq sis good sharing👍👍👍
Cik Fafa said…
Memang fa pon jenis pilih barangan granite ni.. Seronok bila dah ade set dapur mahal tapi berbaloi. Periuk kayu home pon cantik... Wane menawan... Nak lahhhh buat koleksi
MESSARAH said…
periuk non stick ni best sebab nak masak apa pun tak payah risau makanan lekat sangat nak cuci pun senang
Kitkat Nelfei said…
Cantik set KayuHome ni.. Wahhh kalau jadikan hadiah kat mak, sure happy giler.. Okay nak usha KayuHome ni la...
Rolling Grace said…
this article is so useful! learned so much about pans today
Azhafizah MN said…
Kalau beli non stick pan memang suka membeli yang berkualiti dan berjenama baru rasa yakin nak guna dengan selamat. Cantiknya set koleksi kayuhome ni. Warna mengancam betul
Hayati Suki said…
Wow..tergoda sudah. Cantik sangat tengok warna merah tu. Rasa mcm eh, nak beli laa 😅
Mahamahu said…
Periuk merah ni memang jadi kegemaran juga lah kalau dapat tahu kat mak kita ni memang suruh beli satu lah hehehehhe takut kita tengok rupa pun dah cantik....
HYPERGRAFIX said…
berkenannya tengokk.. dah la tengah mencari priuk non stick jugak ni.. memang nak cari yang selamat dan semsetinya cantik ginii
nona sani said…
Perghhh. comel.. memang cari cari jugak periuk gini.. nak bakar ayam dalamtu.. hewheww.. semata x nak beli fryer.. Hikss
Cik Ash said…
Uish cantik sangat periuk tu berkenan gak la.. Nanti nak bodek suami etek la hahaha