Sambut Anniversary di Thistle Johor Bahru | Pada bulan 8 yang lalu, mama dan ayah mentua menyambut ulang tahun perkahwinan mereka, jadi ena pon hadiahkan lah set minum petang. Sekali sekali bagi diorang santai sambut di hotel, syoklah sikit kan. Menarik juga pakej Hi-Tea ni sebab tengah promosi kan so kita bagi chance mama ayah dating.hehe..
English 3-Tier Hi-Tea set RM48 nett 2 orang
Tempat yang menarik dan merupakan antara salah satu Hi-Tea famous di sekitar Johor Bahru. Keselamatan pengunjung juga diutamakan mengikut SOP ditetapkan. Rasa selamat nak menikmati kopi dan kek secara santai di hotel.
Dikelilingi dengan persekitaran yang nyaman dan selesa dengan pemandangan hijau nampak mewah dan eksklusif seperti berada dirumah konsepnya. Sambil duduk santai bersama tersayang ataupun rakan kerja menikmati pelbagai kek dan pastri confirm tinggalkan memori indah. Lepasni boleh lah ena ajak suami pula Hi-Tea. Romantik gituu. Bukan saje boleh sambut anniversary, korang yang nak ajak kawan lepak minum pon boleh. Contohnya balik dari kerja atau nak buat meeting secara santai. Sambil hilangkan stress boleh nikmati makanan manis.
Menu yang disajikan
16 Comments
Mpga mereka bahgia hingga ke Jannah..