Resepi menggunakan daging segar | Ena ni takdelah hebat memasak pon. Tapi selalu follow resepi kat Facebook je tu. Haa kalau jadi baru share. Kalau tak jadi memang tak pos lah. hehehe..
Berikut merupakan resepi yang ena suka masak :2. Nasi goreng daging
3. Spaghetti daging masak lemak cili api
Di antara favourite ena selain daging masak kicap, ialah daging dendeng. Sebenarnya ramuan resepi lebih kurang sama je tapi bezanya dendeng ni REBUS>>>HIRIS>>>TUMBUK>>>GORENG. Haaa step situ yang leceh. Tapi time teringin nak makan baru rajin nak buat. Sebab susah nak jumpa orang jual. Time dah malas tu memang daging masak kicap je.hehehehe..
Ada banyak jenis resepi tapi ena follow resepi asal >>> "Resepi Ummi" tapi ena olah sedikit sebab tak pakai belacan. Ena suka sebab mudah dan tak banyak bahan digunakan.
RESEPI DAGING DENDENG
Bahan (2 orang makan) :
1. 400gram daging (Anggaran 1 buku daging)
2. 2 biji bawang besar
3. 3 ulas bawang putih
4. 1 inci halia
5. 2 batang serai dititik
6. Cili kering yang siap di kisar bersama bawang putih dan bawang besar
7. Bancuhan air asam jawa
8. Kicap manis
9. Garam @ penambah perasa
Cara memasak :
1. Kebiasaannya daging tu ena akan belah lagi 4 bahagian supaya cepat empuk. Masukkan sedikit garam dan 1 inci halia dihiris kasar. Kemudian rebus sehingga empuk atau lebih kurang 1 jam
2. Tos daging dan hiris melawan urat. Ingat ya jangan ikut urat, nanti liat
3. Goreng sekejap daging bersama sedikit minyak sehingga separuh garing
4. Tumbuk setiap keping daging dengan menggunakan batu lesung sehingga leper
5. Tumbuk lumat bawang putih, bawang besar dan halia. Ena tak guna banyak sebab cili kering dah ada bahan sama dikisar
6. Tumis bahan tumbuk bersama serai yang dititik sehingga naik bau
7. Masukkan cili kering ikut tahap kepedasan yang korang suka. Masak sehingga pecah minyak
8. Masukkan daging dan kacau rata
9. Masukkan sedikit air asam jawa dan biarkan sehingga kuah hampir kering
10. Masukkan kicap manis dan sedikit perasa tambahan. Ena tak guna gula sebab kicap dah manis. Kalau nak nampak warna daging lebih gelap boleh tambahkan kicap pekat
RESEPI NASI GORENG DAGING
Kalau ena rebus daging, biasanya memang akan simpan sedikit untuk dibuat goreng dengan nasi. Haaa ena memang suka masak ni. Sebelum masak tu daging boleh diperap bersama serbuk kunyit + kicap. Mantap rasanya.
Bahan (2 orang makan) :
1. Hirisan daging lebih kurang segenggam tangan (Diperap serbuk kunyit + kicap manis)
2. 1 biji bawang besar ditumbuk halus
3. Nasi sejuk
4. Cili kering yang siap di kisar bersama bawang putih dan bawang besar
5. Frozen mix vegetables (Kalau tak suka tak perlu letak)
6. Garam @ penambah perasa
Cara memasak :
1. Tumis bawang merah sehingga naik bau
2. Masukkan cili kering ikut tahap kepedasan dan masak sehingga pecah minyak. *Boleh gantikan dengan cili padi
3. Masukkan daging dan kacau rata
4. Masukkan frozen mix vegetables dan kacau rata. *Kalau nak pecahkan telur pon boleh
5. Tambah perasa tambahan. Siap dihidang
SPAGHETTI DAGING MASAK LEMAK CILI API
Kalau korang jenis biasa makan pasta tu, rasa boleh la kot masuk tekak makan resepi ni. Bagi ena memang sedaplahh. Sebab ada pedas kan. Daging ni pon sama je proses macam di atas ena akan simpan frozen. Haaa jenis ena ni memang suka rebus dan hiris siap-siap lepastu frozen. Senang nak pakai bila-bila masa sahaja !
Bahan :
1. Daging yang sudah siap direbus dan dihiris
2. Stok air rebusan daging
3. 3 batang serai dititik
4. 1 inci kunyit
5. 1 inci halia
6. 10 -15 batang cili api ikut kepedasan yang disukai
7. 1 kotak santan KARA 200ml
8. Asam keping
9. Garam @ penambah perasa
10. Spaghetti yang siap direbus dan ditos (rebus dalam air bercampur sedikit minyak untuk tidak melekat)
Cara memasak :
1. Tumbuk kunyit, halia dan cili api sehingga lumat dan masukkan ke dalam periuk. *Nak kisar pon boleh
2. Tambah air masak @ air rebusan daging lebih kurang 3 cawan besar
3. Masukkan serai yang dititik
4. Masukkan daging
5. Hidupkan api dan masak sehingga mendidih
6. Kemudian masukkan santan bersama garam. Haa ni petua orang tua kalau malas nak kacau selalu tabur garam siap-siap. Jadi takdelah santan pecah. Api pon jangan besar sangat
7. Masukkan 2 asam keping
8. Kalau rasa tawar tambah lagi perasa dan tutup api setelah masak
Haaa mudah je resepi ni. Rajin tak rajin jelah nak buat kan. Next entri ena share resepi guna daging kisar pula :)
15 Comments