Pengalaman menginap di Hotel de ART Seksyen 9, Shah Alam | Baru-baru ini ena sekeluarga staycation di Hotel de ART dan ini merupakan pengalaman kali ke-3 dimana sebelum ni kami biasa check in di Seksyen 7. Saje nak bertukar angin di tempat lain pula. Ena dulu belajar di CIAST Shah Alam, memang selalu jalan sekitar sana. Suami pula ada ambil tender supplier dari Seksyen 7 jadi memang hotel de ART selalu jadi pilihan kami. Kalau korang nak tahu hotel de ART Seksyen 9 adalah outlet ke-5 selepas Seksyen 7, Seksyen 19, I-City dan USJ21. Rambang mata nak booking taw. Next time ena akan cuba outlet lain pula. Anak cukup suka sampai taknak balik rumah.hahaha..
Hotel de ART ni senang nak kenalpasti sebab dari luar bangunan dah boleh nampak rekaan uniknya. Memang terpegun tengok dari jauh. Kelebihan di Seksyen 9 ni lokasi strategik berderetan bangunan dan juga shopping Mall seperti kedai makan, kedai runcit, KFC, Kedai dobi dan korang nampak tak hujung tu ada Plaza Shah Alam. Senang kan kalau terdesak nak keluar cari makan. Contoh pagi depan hotel ada sarapan yang sudah siap dibungkus. Malam pula ada jual Roti John. Cuma parking PERCUMA hotel terhad untuk 5 kenderaan sahaja. Nasib lah siapa dapat.
Tema "Hope & Imagination"
Sebanyak 29 buah bilik penginapan dihiasi dengan mural diilhamkan dari "Hope & Imagination" dalam aura positif ini dilengkapi dengan kemudahan asas yang cukup selesa dan mesra muslim. Sejadah dan arah kiblat disertakan. Harga bilik bermula dari RM88 sehingga RM248 semalan dan mempunyai beberapa kategori iaitu :
1. Art Queen.2. Art Queen Deluxe
3. Art Queen Premier
4. Art Twin Deluxe
5. Art Triple
Macam ena memilih Art Family Deluxe bertemakan "Seeing the World". Mural yang cantik betul-betul memikat hati Sumayyah. Kakak siap suruh sambung bercuti lagi sebab tak puas.
Ruangan keseluruhan bilik ena stay ada 2 katil Queen. Bagi ena condition baik ruang sederhana tidak terlalu sempit dan tidak terlalu luas. Tapi toilet dia besar. Untuk pengetahuan korang outlet ni tiada sarapan atau makan malam ya. Jadi better standby makanan ataupon keluar Dine in sebab mudah nak cari makanan sebenarnya. Macam ena pon pergi makan kat Restoran Wak Doyok.Haha. Shah Alam kan banyak kedai makan selebriti. Korang google jelah..
22 Comments