Pengalaman menginap di Hotel de ART Seksyen 9, Shah Alam

Pengalaman menginap di Hotel de ART Seksyen 9, Shah Alam | Baru-baru ini ena sekeluarga staycation di Hotel de ART dan ini merupakan pengalaman kali ke-3 dimana sebelum ni kami biasa check in di Seksyen 7. Saje nak bertukar angin di tempat lain pula. Ena dulu belajar di CIAST Shah Alam, memang selalu jalan sekitar sana. Suami pula ada ambil tender supplier dari Seksyen 7 jadi memang hotel de ART selalu jadi pilihan kami. Kalau korang nak tahu hotel de ART Seksyen 9 adalah outlet ke-5 selepas Seksyen 7, Seksyen 19, I-City dan USJ21. Rambang mata nak booking taw. Next time ena akan cuba outlet lain pula. Anak cukup suka sampai taknak balik rumah.hahaha..

Berkonsepkan Butik Hotel

Hotel de ART ni senang nak kenalpasti sebab dari luar bangunan dah boleh nampak rekaan uniknya. Memang terpegun tengok dari jauh. Kelebihan di Seksyen 9 ni lokasi strategik berderetan bangunan dan juga shopping Mall seperti kedai makan, kedai runcit, KFC, Kedai dobi dan korang nampak tak hujung tu ada Plaza Shah Alam. Senang kan kalau terdesak nak keluar cari makan. Contoh pagi depan hotel ada sarapan yang sudah siap dibungkus. Malam pula ada jual Roti John. Cuma parking PERCUMA hotel terhad untuk 5 kenderaan sahaja. Nasib lah siapa dapat.

Tema "Hope & Imagination"

Sebanyak 29 buah bilik penginapan dihiasi dengan mural diilhamkan dari "Hope & Imagination" dalam aura positif ini dilengkapi dengan kemudahan asas yang cukup selesa dan mesra muslim. Sejadah dan arah kiblat disertakan. Harga bilik bermula dari RM88 sehingga RM248 semalan dan mempunyai beberapa kategori iaitu :

1. Art Queen.
2. Art Queen Deluxe 
3. Art Queen Premier
4. Art Twin Deluxe
5. Art Triple
6. Art Family Deluxe

Macam ena memilih Art Family Deluxe bertemakan "Seeing the World". Mural yang cantik betul-betul memikat hati Sumayyah. Kakak siap suruh sambung bercuti lagi sebab tak puas.

Ruangan keseluruhan bilik ena stay ada 2 katil Queen. Bagi ena condition baik ruang sederhana tidak terlalu sempit dan tidak terlalu luas. Tapi toilet dia besar. Untuk pengetahuan korang outlet ni tiada sarapan atau makan malam ya. Jadi better standby makanan ataupon keluar Dine in sebab mudah nak cari makanan sebenarnya. Macam ena pon pergi makan kat Restoran Wak Doyok.Haha. Shah Alam kan banyak kedai makan selebriti. Korang google jelah..




Ena suka writing desk ni moden dan ruang simpanan pon besar. Takde lah nampak messy nak letak di atas meja.





Dibahagian lobi jangan cakaplah memang cantik uollss.. Apa lagi beraksi lah kami di lensa kamera. Kakak macam biasalah ada masa tak kasi can ibu nak selfie.hahahah.




Dah puas meronda hotel, kami jalan-jalan cari makan pula.hehe. Untuk tempahan hotel korang boleh terus ke laman ini dan pilih mana outlet pilihan korang. Selamat Bercuti !!!


Jom saksikan view video Sumayyah terbang atas katil.hehe. Dia lah yang paling happy macam-macam gaya di buat. 

Post a Comment

22 Comments

Ana Suhana said…
Cantiknya hotel de art tu. Instagrammmable sangat. Puas posing dkt setiap sudut.
Atie Zieya said…
cantiknya wall paper dia.. creative
cantik la hotel ni. walaupun nampak mcm kecil je. yelah dok tengah2 bandar kan..nak bergambar pun lawa
Cik Min said…
Hotel D'art ni mmg lawa kan? Pernah stay yg kat seksyen 7 tp rasa cam 3-4 thn lps. Skrg dh makin byk branch dia
Wallpaper dia tu mengundang mata jadi segar. Anak anak pasti suka dapat menginap kat sini.
Hasif Hamsyari said…
Pernah stay sekali di sini dan memang sangat menarik dan selesa, sesuai dengan harganya. Desain dari lobi sampailah ke bilik semuanya memang nampak cantik. Very instagram-worthy!
Kak Fas said…
Sis pun pernah duduk di hotel konsep butik ni... memamg cantik dan cosy...
Fadzil Ahmad said…
Dah pernah stay dekat hotel ni dulu. Memang cantik design dia. Lagi best, kedai makan berlambak ada dkt bawah tu. Pilih je, nak jalan2 tasik pon dekat jalan kaki je
Ummi Nadrah said…
Warna-warni betul hotel ni. Interior dia pun nampak cantik dan bersih, macam hotel mahal.
Galaksi Viral said…
Wowww, cantiknya hotel kak. hotel nampak ceria, segar dan warna warni. sangat kreatif dan unik. Tema staycation mungkin akan dimulakan tahun depan jika ada bajet lebih nanti.GV teringin nak ke sini juga nanti kak. huhu
Bae Roslan said…
haritu tengok ena share kat fb pun dah teruja. nanti nak try tido sini. nak ootd sampai puas haha
Fadima Mooneira said…
Wow......menarik hotel nie. Sesuai sgt utk org yg gemar Seni. Harga pun affordable.
miedaJaz said…
Sukalah tengok lukusan luar dan deco dalaman..memang sangat cantik..mesti selesa..summayah nampak suka sgt tue.
Kitkat Nelfei said…
So colorful dan cantik bethol hotel ni.. Wahh, ada masa nak buat staycation kat situ juga la...
Nadia Johari said…
Cantik sangat hotelnya.. Memang lama aim nak stay hotel ni tapi belum berkesempatan lagi.. Tengah tunggu waktu free nak pergi hotel ni.. Hehehe
Rawlins GLAM said…
Dia punya deko memang lain dari yang lain. Nie kalau Rawlins ke sini memang kerjanya cari ruang untuk OOTD hahaha
Emme Marina said…
cantiknya. the color is so vibrant and beautiful. pemilihan color bold tu buat lagi menarik dan hidup.
Warna warni cantiiiiik! Tapi interior design dia nampak kemas dan simple. Suka.
Tini Alif said…
Insta-worthy sangat setiap sudut hotel tu... memang menarik, tertarik, the bomb gitchewwww... saya selalu juga ke Shah Alam tapi tak perasan pula hotel ni... nanti bolehlah ajak my better-half untuk recce area ni... bolehlah plan untuk staycation dengan anak4... hehehehe...
Zaza Azman said…
Cantiknya Hotel dia berkonsepkan art design mcmni... Anak2 mesti suka.. Emak2 boleh la ber ootd kat hotel ni
Mus said…
sesuai dengan namanya.. cantik hotel ni.. puas hati boleh ambil gambar yang menarik ..nampak selesa
Sunshine Kelly said…
This hotel memang unique with so many instagramable spot and their room pun nampak selesa.