Masak Nasi lemak Lebih sedap dan Peroi Confirm Tak Melekat | Statement berani betol ena ni. hahahahah. Sebenarnya ena tak rujuk pon mana-mana resepi nasi lemak ni sebab dah dibesarkan dengan makan nasi lemak sebabtu agak-agak sendiri je. Nasi lemak ni memberikan "Sentimental value" pada ena sebab masa Darjah 3 ena dah kena jual nasi lemak di sekolah tapi sorok-sorok kau sampai kantoi dengan cikgu. Bukan sebab minat tapi sebab kena paksa nenek. Yelah masa tu hidup susah, nenek pula kena bela ena dengan maksu anak last nenek yang ke 12 sebaya dengan ena pula tu. So nak tak nak kami kena bantu nak tampung hidup sebab kami sekolah sebaya. Jadi setiap kali ena masak dan makan mesti terkenangkan kena serbu budak sekolah nak beli ! Nasi lemak nenek laku keras.
Nasi Lemak cara saya
Nak kata resepi turun temurun tidaklah sebab ena olah sendiri ikut tekak suka rasa yang camne. So far suami memang suka versi ni. Bila ena bekalkan ke pejabat untuk kawan dia pon suka makan licin katanya.hahahaha. Sah-sah lah lapar sebenarnya tu. InsyaAllah kalau kekalkan sukatan nasi tu menjadi. Sebab ena masih guna sukatan yang sama.
Maaflah tidak menggunakan daun pandan sebab masak tu tak dirancang jadi malas nak beli on the spot. Bila beli awal tak masak sampai layu. Jadi ena memang masak guna bahan ni sebab tetap wangi dan sedap dimakan.
Ada 2 perkara penting kalau tak nak derhaka dengan resepi ni !
1. Sukatan bahan
2. Cara nak gaulkan nasi selepas masak
Bahan untuk Nasi Lemak peroi tak melekat
Bahan (untuk 2 orang makan) :
1. 2 pot beras Carnation (Ni pilihan ena)
2. 1 kotak santan Kara 200ml
3. Setengah sudu garam (Ena guna Garam Bukit Halagel jadi tak kuat masin macam garam biasa)
4. Setengah sudu biji halba
5. Setengah bawang besar dihiris halus
6. 2 -3 hiris halia
7. Minyak masak 2 sudu
Cara Penyediaan :
1. Basuh beras sehingga bersih dan toskan.
2. Cukup senang campak je semua menjadi satu bahan di dalam periuk kecuali santan. Kalau korang guna garam lain disyorkan kurangkan sukatan sebab garam bukit Halagel ni lain. Dulu ena pernah try yang tumis dahulu bahan dengan marjerin sedap jugak tapi sejenis yang tak rajin nak buat keje banyak kali so ena memang praktikkan cara ini.
3. Selepas tuangkan santan Kara ke dalam periuk nasi, ambil air masak dan tuang ke dalam kotak santan tu, goncangkan dan tuang semula ke dalam nasi dengan mengulang sebanyak 3 kali. Senang cerita 2 pot nasi bersamaan 3 pot air. Tapi lain orang dia sukat guna cawan sama untuk nasi kan. Haa macam ena guna kotak santan tu. ena suka pakai Kara sebab patinya pekat.
Kalau tak yakin jugak boleh lah ukur dengan satu ruas jari hantu. Yang penting disini air sukatan untuk beras nasi lemak mesti kena lebih sedikit daripada masak nasi biasa taw!
4. Kacau rata dan masak seperti biasa. Macam ena memang langsung tak kacau nasi banyak kali sebelum nasi betul-betul masak. Haa ada orang dia nak gemburkan nasi. Tapi ena memang biarkan je.
5. Bila nasi dah masak, korang cek dulu tekstur seperti gambar di bawah. TAPI jangan dikacau. Biarkan dalam 10 minit lagi atau nampak kering. Kan banyak lubang halus tu. Haa baru dikacau rata. lepastu tekan lagi sekali button untuk memasak. Gituuuu.. Nak bagi dia lagi masak dan gebu.
Kejadiannya bila nasi lemak sudah masak. Biarkan seketika
Taraaa.. hasilnya nasi peroi sebutir-sebutir tak melekat pon. Bau pon harum sebab guna biji halba. Nasi jugak tak berkerak guna Rice Cooker Tefal ni.
Inilah hasilnya Nasi lemak versi ena. Dihidangkan bersama sambal ikan bilis, sambal dada ayam, telur goreng dan timun jepun. kalau ikan bilis ena memang cerewet sedikit suka guna ikan bilis Pangkor atau Langkawi. Memang rangup.
Tips dia pergi kedai tu tengok warna ikan bilis biar putih cerah dan tulangnya mudah tanggal bila kite kopek. Kalau kita try kopek ikan bilis tu macam melekat sangat so tu memang tak best.hehehehe.. dan sambal ena kering tidak menggunakan sebarang air asam jawa tambahan. Sambal kering lah baru kick kan. Selera masing-masing.
Tq Reading :)
21 Comments