Resepi air tangan Mentua
Mee goreng mamak ini adalah resepi daripada mama mentua ena. Dia selalu masakkan, rasa sama macam kat kedai. Rupanya rahsia dia tumbuk ikan bilis sebagai rencah. Mentua cakap dia tahu pon sebab tanya tips di kedai makan. Haaa.. Patutlah rasa sedap makan tak pernah jemu. Mudah sangat ! Jom follow resepi ni.
Bahan:
1. Ikan bilis segenggam
2. Cili kering ( Yang sudah dikisar dengan bawang putih dan bawang besar )
3. Telur 2 biji
4. 1 paket Numee Gardenia
5. Udang (Siap digoreng dahulu)
6. Sayur taugeh
7. Sayur sawi
8. Perasa tambahan
9. Minyak masak
Cara memasak:
1. Tumbuk ikan bilis dan tumis dahulu dengan minyak secukupnya
2. Kemudian masukkan cili kisar seperti biasa. Masak sehingga pecah minyak dan tambah perasa
3. Pecahkan telur dan kacau rata
4. Masukkan Numee Gardenia (kalau ena biasa basuh dahulu)
5. Masukkan udang yang telah digoreng
6. Masukkan sayur taugeh dan sawi
7. Tambah perasa jika kurang
8. Sedia untuk dihidang
NuMee Gardenia Menjadi Pilihan Keluarga
Bila guna pertama kali terus jatuh cinta. Ena suka sebab saiz medium, tidak terlalu kecil atau terlalu kembang. Takde rasa kelat seperti mee lain.
NuMee Gardenia adalah mee kuning segar pertama di Malaysia yang dipasteur, dihasilkan oleh Gardenia.
Kepakaran Gardenia menghasilkan roti diaplikasikan dalam proses penyelidikan dan pembuatan mee kuning ini. Penyelidikan intensif selama lebih 2 tahun adalah petanda komitmen Gardenia untuk memberikan yang terbaik untuk para ibu dan penggemar mee kuning di seluruh tanahair.
NuMee Gardenia lebih baik kerana:
1. NuMee Gardenia telah melalui proses pempasteuran bagi menghapuskan bakteria/pathogen menjadikan ianya bersih, selamat dan sedia dimasak. Dengan proses ini, NuMee tidak perlu di simpan di peti sejuk dan boleh bertahan di suhu bilik.
2. Semua bahan-bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi – tepung gandum, garam, minyak sayuran dan air alkali (gred makanan) bagi memastikan kualiti terbaik dan rasa enak kepada semua.
3. NuMee Gardenia tiada pewarna tambahan – Warna kuning yang terhasil terbit dari reaksi tindak balas tepung berserta air garam dan air alkali (gred makanan).
4. Kurang Berminyak.
5. Kualiti bungkusan yang lebih baik – NuMee Gardenia dibungkus dengan bahan yang lebih baik bagi mencegah kebocoran dan pencemaran.
19 Comments