Paling senang semua bahan masuk dalam blender
Disebabkan anak sulung sangat susah nak makan nasi, jadi sebagai ibu mestilah nak kena pandai umpan anak makan.hahaha. Jenuh taw paksa dia makan nasi. Dah masuk mulut pon dia luak kan balik. Janganlah tuduh ena malas masak pelbagai menu, dah macam-macam resepi, last-last ena jugak kena habiskan.hahaha..
Jadi ena pon follow lah resepi viral ni di Facebook. Ehhh Sumayyah terus suka lah. Siap suami syok je makan ulang-ulang. Bila ena cakap ada nasi dia terkejut sebab takde rasa nasi. Yelah dah ena blend semua.hehe. Lagipon senang tak banyak bahan. Kalau pagi ada lebihan nasi ena tak berapa rajin nak buat apam nasi. Nasi goreng pon kadang-kadang dah jemu. Memang inilah resepi mudah untuk sarapan pagi.
Resepi ni memang simple je sebab kalau letak terlalu banyak bahan takut anak tak nak makan. Sesuailah untuk anak yang susah makan nasi. Ni pon dah kira bersyukurlah nak makan. Tekak western betul anak sorang ni.hahahaha..
Bahan:
1. Ikan bilis segenggam
2. Nasi 1 cawan
3. Bawang besar sebiji
4. Air untuk kisar kesemua bahan
5. Gula 1 sudu
6. Garam 1/4 sudu
7. Tepung gandum
Cara memasak:
1. Masukkan ke semua bahan dan kisar sehingga hancur. Air pon agak-agak tidak terlalu cair.
2. Tuang ke dalam mangkuk dan tambah tepung. Kacau sehingga sebati dan goreng sehingga garing.
Fuhhhh bila makan memang tak rasa nasi. Kenyang juga perut dibuatnya. Asalnya sebab makan kat rumah orang time raya. Bila sedap je makan, owner tu share lah ni cekodok nasi. Tu yang terus cari resepi. Mudah kan???
12 Comments
this is something new to try