Resepi Cekodok Nasi @ Cucur Nasi Sesuai untuk Anak Susah Makan Nasi

Paling senang semua bahan masuk dalam blender


Disebabkan anak sulung sangat susah nak makan nasi, jadi sebagai ibu mestilah nak kena pandai umpan anak makan.hahaha. Jenuh taw paksa dia makan nasi. Dah masuk mulut pon dia luak kan balik. Janganlah tuduh ena malas masak pelbagai menu, dah macam-macam resepi, last-last ena jugak kena habiskan.hahaha.. 

Jadi ena pon follow lah resepi viral ni di Facebook. Ehhh Sumayyah terus suka lah. Siap suami syok je makan ulang-ulang. Bila ena cakap ada nasi dia terkejut sebab takde rasa nasi. Yelah dah ena blend semua.hehe. Lagipon senang tak banyak bahan. Kalau pagi ada lebihan nasi ena tak berapa rajin nak buat apam nasi. Nasi goreng pon kadang-kadang dah jemu. Memang inilah resepi mudah untuk sarapan pagi. 

Resepi ni memang simple je sebab kalau letak terlalu banyak bahan takut anak tak nak makan. Sesuailah untuk anak yang susah makan nasi. Ni pon dah kira bersyukurlah nak makan. Tekak western betul anak sorang ni.hahahaha..

Bahan:

1. Ikan bilis segenggam
2. Nasi 1 cawan
3. Bawang besar sebiji
4. Air untuk kisar kesemua bahan
5. Gula 1 sudu
6. Garam 1/4 sudu
7. Tepung gandum


Cara memasak:

1. Masukkan ke semua bahan dan kisar sehingga hancur. Air pon agak-agak tidak terlalu cair.
2. Tuang ke dalam mangkuk dan tambah tepung. Kacau sehingga sebati dan goreng sehingga garing.

Fuhhhh bila makan memang tak rasa nasi. Kenyang juga perut dibuatnya. Asalnya sebab makan kat rumah orang time raya. Bila sedap je makan, owner tu share lah ni cekodok nasi. Tu yang terus cari resepi. Mudah kan???

Post a Comment

12 Comments

Atie Zieya said…
cekodok nasi..tak pernah pun makan or rasa..
this is something new to try
Ana Suhana said…
Ni salah satu menu rumah makcik ana setiap kali ada lebihan nasi. Sedap kan.
Akak tak pernah buat lagi setakat ni cekodok nasi ni. Tapi dah baisa makan sedap dan kenyang..
Fadima Mooneira said…
Saya masa zaman kanak2 dulu pun payah juga nak jamah nasi. In fact until now saya masih kurang gemar makan nasi putih. Kalo nasi goreng or any flavoured rice suka lah.
Nadia Johari said…
Pwenh buat cekodok pasta.. Nasi diblend ni nad buat pasta diblend.. Ahhaha.. Okla mcm2 cara boleh buat
Rawlins GLAM said…
Eh. Senang sangat nie. Rawlins yang tak reti masak pun boleh buat kalau cenggini kan. TQ for the recipe
shamiera osment said…
Eh memang xde pakai tepung langsung ya? Tak pernah try tau resipi cekodok nasi ni.. selalu nasi lebih tu goreng je.. senang sekali harung..hehe
Zaza Azman said…
Perghh resipi baru utk anak2 makan ni i suka. Haha tak pernah buat tapi pernah dgr cekodok nasi ni.. Boleh la cuba buat nnt
Cik Puan Ena said…
Ada awk. Lupa tulis dlm bahan haha. Tp step ada
Ruby said…
Banyak idea untuk tidak membazir. Kalau nasi lebih, akak suka buat apam. Hehehe. Sedapnya.
Farhana Jafri said…
Bagusnya ada idea nanti nak buat apa kalau ada lebihan nasi. Selalunya buat nasi goreng je hehe
Tengkubutang said…
wah.. bagusnyaa.. thank youu.. dah ada satu lagi cara nak abeskan nasi malam tadi.. heee.. esok boleh buat cucur nasi kan.. hehehe