Snow Cheese - RM9.80 nettDookki bermaksud 'dua hidangan' dalam bahasa Korea. Ena biasa dengar 'tteokbokki' je, rupa-rupanya sama je maksud dengan topokki) adalah kek nasi goreng Korea (Rice cake) yang terkenal disajikan dengan banyak bahan sampingan dan pes cili pedas.
Status halal: Daging dan ramuan halal digunakan, tanpa alkohol dalam proses memasak. Kami mengesyorkan anda makan mengikut budi bicara anda sendiri.
Sebelum masuk jangan lupa untuk scan MySejahtera
Ruangan makan mengikut SOP yang ditetapkan. Maksimum pelanggan dibenarkan masuk dalam satu masa hanya 30 orang sahaja. Segala kelengkapan penggunaan barang makan ada di meja sendiri. Ada satu lubang pada meja tu untuk buang sisa makanan.
Sejak pembukaan restoran pertama di Korea (Disember 2014), berkonsepkan "All You Can Eat Fun & Full-filling dinning experience" ini telah mendapat populariti di dalam dan di luar Korea, mempunyai lebih daripada 140 gerai di seluruh dunia.
Hidangan pertama dimulakan dengan hidangan khas Korea yang sangat digemari "Topokki Hotpot" yang dimasak mengikut tahap kepedasan yang disukai.
Hidangan kedua, selepas je korang habis makan "Topokki Hotpot" dengan baki sos yang ada tu sambung pula masak "Kimchi Fried Rice" dan boleh tambah sos kalau nak tambah kepedasan. Bab memasak ke dalam periuk Topokki ni serahkan saje kepada waiter.
Rasa asli terbang dari Korea
Untuk memastikan pelanggan dapat menikmati rasa paling asli dari Korea, Dookki menawarkan 6 jenis Tteokbokki, semua diterbangkan dari Korea termasuk pelbagai ‘Eomuk’ (Fishcake Korea), Kimmari (Roll Rumpai Laut Korea) dan QQ Noodle. Yang ni memang wajib rasa. Rugilah dah sampai tapi tak makan.
1st Meal : Topokki Hotpot
First round ni, korang boleh pilih pelbagai bahan dimasukkan ke dalam bekas disediakan. Malas nak fikir panjang, main campak-campak je sampai penuh.haha. Rice cake ni memang sedap taw. Sila lah letak banyak. Rasa kenyal je makan. Favorite ena "Cheese Rice cake"
Fish cake noodle yang panjang ni pon sedap taw.
Lepas dah settle pilih makanan, baru lah pilih sos. Ikut pada level pedas nak yang mana ada 7 jenis sos. Macam ena tak ambil pedas sebab kongsi dengan anak, so ena pilih "Non spicy- Jajang sauce + Gungjung sauce"
Jika korang 'Cheese lover", Dookki menawarkan dua pilihan keju iaitu Double Cheese Ring (yang mengelilingi periuk topokki) dan Snow Cheese (di mana mereka menaburkan simpanan keju lembut di atas topokki). Untuk add on keju ni dikenakan cas tambahan follow pada harga di atas tapi berbaloi taw. Boleh tengok video di last entri ini. Padu beb.
Terdapat 4 jenis mee yang boleh korang tambah dalam hidangan topokki. Nama pon "Unlimited" so korang diy je sendiri. QQ noodle tu memang sedap.
Licin first round ! So baki sos yang ada tu akan digunakan untuk masak second meal iaitu "Kimchi Fried Rice"
2nd Meal : Kimchi Fried Rice
Nasi ni ena ambil sedikit saje sebab hampir kenyang, So tambah nasi + 4 bahan utama seperti gambar di atas.
Bubuh sedikit "Sesame oil". Kalau rasa nak tambah sos pedas boleh lah tambah lagi. Kemudian dimasak. Rujuk pada video di last entri.
Eomuk Station
Terdapat stesen eomuk di hadapan bar ramuan, di mana korang boleh mendapatkan Korea fish cake yang direbus dalam kaldu ringan. Ada 2 stesen "spicy" dan "non spicy"
Berselera sumayyah makan dengan sup. Ena cecah dengan cheese. Ni memang sedap.
K-Snack Zone
Favourite ena "Tuna mayo rice ball" sedap weyhhh..
Fried Food Station
Puas hati lah makan. Last penghabisan ena ambil yang goreng-goreng. Makan pon santai-santai takde rasa nak cepat habiskan masa. Memang berbaloi taw dengan harga yang sangat murah.
Free flow soft drinks
Air pon boleh refill banyak kali. Favourite ena "Lemon Tea"
Perut kenyang, hati senang. So korang kalau tak dapat dine in, boleh je memesan penghantaran melalui GrabFood dan merujuk ke menu ini untuk mendapatkan petunjuk mengenai pengambilan. Pembayaran juga boleh dilakukan menggunakan e-wallet. Berbaloi untuk dicuba!!
19 Comments
Agaknya kena ada geng yang ajarkan kot baru reti. Haha
Sebab husband bukan jenis minat makanan gini.