Kebaikan Menggunakan Mamaway Baby Sling | Sebenarnya dah lama nak beli Baby Sling ni daripada hamil lagi tapi asyik tangguh je sampai dah bersalin. Bukan takde Baby Carrier tapi besar dan tebal selepas digunakan tak boleh nak lipat kecil. Terus stop pakai masa anak pertama.
Berkenan tengok kawan share pakai mudah nak dukung anak kemana-mana. Masa mula-mula tu tak rasa penting sangat sebab anak first Sumayyah dah biasa duduk dalam Stroller kalau berjalan, tak pon ayah dia selalu dukung tapi bila masuk anak dua ni, dia punya penat lagi terasa sebab nak layan kerenah dua anak ni lain macam. Haha.
Kakak pulak tangan nak dipegang je berjalan, ada adik ni lagi dia kuat cemburu. Mana nak pegang adik sebelah tangan lagi, jadi lenguh dibuatnya bila Safiyyah ni dah 7KG pada usia 6 bulan. Nak bawa stroller lagi lah malas sebab musim Covid-19 ni mana ada nak pergi shopping mall bawa anak. Setakat pergi pasaraya dan klinik untuk checkup. Jadi malas nak bawa stroller besar-besar masuk kereta dan keluar kereta. Banyak keje! Itulah luahan ena yang baru ada anak dua.hahahaha.
Finally... ena jumpa Baby Sling yang sangat selesa dipakai. Sangat mudah dipasang, praktikal digunakan pelbagai cara dan sesuai digunakan kemana sahaja. Rambang mata betul tengok design, semua colour cantik-cantik. Tapi ena ni suka pakai color selamat boleh matching dengan semua baju.
Mamaway Baby Sling Perfect Baby Carrier from newborn to toddler
Apa yang ena suka adalah "HANDS FREE" Yeahh itulah yang ena suka tentang baby sling daripada Mamaway. Kain selendang yang panjang fit untuk semua saiz badan ibu-ibu. Sampaikan ada nurse tegur "ehh senyap pulak anak awak ye duduk dalam tu?" hehe...dia sukalah pandang muka ibu dia :) Takdelah tudung ena ni senget benget dikerjakan anak. Ia juga nampak bergaya sesuai dengan design yang kemas dan menarik.
Kenapa kena gunakan Mamaway Baby Sling?
1. N66 Double Rings
Tidak akan berpusing, membengkok, meregang, merubah bentuk atau mengalirkan haba kerana "Break test" telah dilakukan terhadap Ujian SGS dengan nombor report: SGS-TW1186350 membuktikan yang kekuatan "Ring" mampu menahan beban sehingga 50 kg kerana "Ring" diperbuat dari 100% Nylon 6.6 bahan yang digunakan pada payung terjun yang lebih selamat.
2. Premium combed cotton
Fabrik 100% kapas bernafas dan menyerap dimana ia lembut dan selamat pada kulit.
3. Rekabentuk lebih selamat
Direka berdasarkan teori Spread Squat position (M&J) yang memberi manfaat besar untuk perkembangan pinggul dan kaki semula jadi bayi kerana ia juga diluluskan oleh International Hip Dysplasia Institute (IHDI) sebagai produk (Hip-Healthy) sihat pinggul.
M-Positon dengan peha tidak boleh dibiarkan tergantung di luar pembawa
Jockey Position dengan pinggul bayi dibengkokkan dan lutut sedikit lebih tinggi daripada punggung.
Logo Mamaway pada bahu dengan ciri reka bentuk keselamatan yang penting untuk memastikan pembawakan mudah.
4. Easy to pack & carry
Reka bentuk poket simpanan tersembunyi mudah alih dan senang dibungkus. Logo yang korang nampak di bahagian hadapan manakala poket tersembunyi ini di bahagian belakang. Cantik macam handbag. Dah selesai memakainya, just gulungkan semula dan masukkan ke dalam ruangan poket. Lepastu ena gantung di belakang pintu. Rasa nak pakai pon mudah je nak buka semula. Tidak perlukan banyak ruang untuk disimpan.
Jahitan sangat kemas, lihatlah kain selendang ini dijahit dengan lipatan ke dalam supaya bila ena pakai tidak nampak serabai atau bergulung. Senang cerita tak nampak pon renyuk ! Jadi ena nak bergaya pon takde masalah.
Masa ena pakai bawa Safiyyah cucuk 6 bulan sangat mudah dan selesa untuk berdiri atau duduk. Nampak tak muka Safiyyah selesa jerr dapat dakap ibu dia.hehe.. Ada 18 design yang menarik termasuk "Disney Collection". Confirm korang rambang mata tengok sebab lama juga ena nak pilih.haha. Ena memilih "Gingham Chunky Baby Ring Sling". Untuk melihat lebih banyak lagi design boleh klik link di bawah :
Jika korang berminat nak dapatkan barang kelengkapan ibu dan anak, boleh gunakan promo code ini "MAMABLOG-TINYNA" untuk enjoy RM15 diskaun bagi pembelian RM150 ke atas sah sehingga 30 November 2020.
MAMAWAY OFFICIAL MALAYSIA
17 Comments
Anak nampak selesa kan bila pakai ring sling ni