Suu Balm Kids melegakan kulit beberapa minit sahaja
Ena tertarik dengan rangkaian produk daripada Suu Balm Kids sebab ia diformulasikan oleh Pakar Perunding Dermatologi, Dr. Tey Hong Liang di National Skin Centre, Singapura dan terbukti secara klinikal untuk melegakan kegatalan kulit dalam beberapa minit sahaja serta bebas pengawet, steroid dan pewangi.
Beliau berazam untuk mengkaji formulasi yang dapat melegakan kegatalan dengan cepat. Melalui penyelidikan dan kajian yang meluas, beliau berjaya menemui satu kombinasi yang amat bermanfaat untuk kulit sensitif "mentol" semula jadi digabungkan dengan "pelembab ceramide" yang dapat menghilangkan kegatalan dengan serta merta sementara membaiki pelindung kulit semula jadi.
Safiyyah selalu ruam di bahagian leher. Sumayyah pula aktif mudah berpeluh & gatal di bahagian kepala. Jadi ibu gunakan 2set ini :
1. Suu Balm Kids Head-to-Toe Wash dengan formulasi lembut untuk membersih, menyegarkan dan melembabkan kulit sensitif si comel
2. Suu Balm Kids Ceramide Moisturiser untuk melegakan kegatalan kulit dan melindungi kulit
Suu Balm Kids Head-to-Toe Wash
.
1. Suu Balm Kids Head-to-Toe Wash ketika mandi. Tidak mengandungi sabun & sulfat, bebas bahan pengawet dan bebas pewangi. Ia sangat lembut melindungi kulit sensitif. Konon nak bau lah kan masa first time guna tu tapi memang takde. krim mandian pon macam gel saje walaupun warna putih.
Suu Balm Kids Ceramide Moisturiser
2. Sapukan krim Suu Balm Kids Ceramide Moisturiser selepas mandi di bahagian ruam dan juga kawasan yang anak kerap garu. Diperkaya dengan "ceramide" untuk melembabkan kulit. Bebas bahan pengawet dan bebas pewangi. Produk Filaggrin untuk membaiki pelindung kulit.
Ibarat sapu losyen ketika basah. Jadi tak perlu risau membersih seluruh badan dari kepala hingga ke kaki. Ena memang suka produk mandian satu set terus dari kepala hingga ke kaki. Jimat masa.
Seee.. nampak macam basahan air saje kan? Tapi sebenarnya safiyyah tengah dalam keadaan lumuran sabun mandi. Memang takde nampak buih sabun.
Ena basuh tangan sumayyah menggunakan sabun mandian. Nampak seperti lembapan losyen tangan.
Suka la tuuu rambut dia dah cuci guna Suu Balm Kids Head-to-Toe Wash. Masa cuci rambur sumayyah pon ena rasa macam tak puas mungkin sebab dah terbiasa ada sedikit buih mandian tapi sabun ni memang takde. So bilas jelah sampai bersih.
Haaa krim ni ada sedikit MENTHOL untuk melegakan gatal dalam beberapa minit, jadi ELAKKAN sapu di tempat luka, kelopak mata dan kawasan mulut. Kalau tak pedih nanti. Ena hanya sapukan pada bahagian tertentu sahaja tertumpu pada leher dan celah badan.
Bukan itu saje ! Set ini sesuai untuk anak yang mempunyai masalah alahan kulit, ruam akibat alahan makanan, gigitan serangga dan masalah kulit seperti Ekzema.
Untuk set kombo A yang ena guna ni Suu Balm Kids Wash 210ml dan Suu Balm Kids Ceramide Moisturiser 45ml bernilai RM111.80 dengan penghantaran percuma seluruh Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Ireland.
Ada juga set besar kombo B dengan Suu Balm Kids Wash 420ml dan Suu Balm Kids Ceramide Moisturiser 75ml bernilai RM159.70
Untuk mendapatkan produk 1 set ini boleh buat belian di Watson atau secara online dengan Suu Balm Malaysia :
17 Comments
MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc..."
produk ni nampak menarik dan first time tahu tentangnya.. tq kongsikan info
Saya rasa nak rekomen produk ni kat anak buah saya...biar kulit dia lembab dan legakan masalah gatal dia...thanks share product ni dalam blog Ena.
Geram nengokk...
nanti kalau da kawen da ade anak boleh la beli hehe