Alami Bengkak Susu / Mastitis ketika berpantang anak kedua
Selepas melahirkan Safiyyah, dia ditahan NICU atas faktor ena GBS Carrier, (Boleh baca ENTRI lama apa itu GBS). Disebabkan tak dapat jumpa anak dalam masa 24 jam, ena tak dapat direct nyusukan anak macam anak pertama, Sumayyah. Jadi ena dah mula sakit sikit. Masa ni belum tahap nak demam.
Nak dijadikan cerita, ia berlarutan sampai lah ena balik ke rumah. Masa tu tak terfikir apa nak buat bila bengkak susu dah jadi, ena cuma panggil tukang urut. Dia punya azab kena urut, orang perempuan je tahu sakit kena picit tu macam mana, Kaki ena sampai naik ke atas menjerit.hahaha... Selama 5 hari berturut-turut kena urut.
Tapi fikir kos asyik nak upah orang je lepas tu sakitnya bukan sekejap, berlarutan sampai ke malam. Jadi ena manual je urut sendiri dan tuam dengan air panas setiap hari sampailah bengkak susu tu reda. Agak leceh sebab dengan takde masa nak rehat lagi kadang-kadang ter skip, maka makin teruk jadi Mastitis pada minggu kedua.
Mastitis ni sumpah sakit lagi teruk dari bengkak susu ! Sebab ena kena sampai naik ketulan banyak bila tekan pada breast dan juga ketiak. Kata tukang urut punca sampai naik ketulan di ketiak sebab ena tidur tangan letak ke atas. Ya. ena memang suka tidur tangan ke atas. Sejak dari itu ena elakkan. Dan kepala kena tinggi semasa tidur. Paling malang tu tak dapat panggil lagi tukang urut sebab PKP dah mula. Jadi nak tak nak ena urut juga sendiri sambil menangis menahan sakit ni, lepastu malam makan panadol. Selama seminggu ena makan ubat.
CARA MANUAL TUAM BENGKAK SUSU
Cara pertama isi air panas pada termos mini lepas tu balut dengan tuala. Kalau termos lebih lama tahap kepanasan daripada tuam menggunakan tuala sahaja.
Cara kedua guna tungku batu sungai. Panaskan batu sungai pada bara api kemudian balutkan dengan kain untuk tuam. Batu tu kan berat. Terpaksalah pegang kain dengan kuat takut terlepas. Nampak tak pengorbanan seorang ibu nak susukan anak tu macam mana. Saifyyah memang kena campur susu formula sebab masa tu ena teruk kena bengkak susu dan susu tak banyak keluar. Anak pula mengamuk tak puas. Memang pengalaman yang tidak akan dilupakan.
APA ITU MASTITIS:
Breast jadi keradangan dan boleh terkena jangkitan dengan cepat
TANDA MASTITIS:
1. Benjolan merah yang keras, sakit dan panas pada breast
2. Sakit mencucuk pada puting ketika menyusukan anak
2. Rasa seram sejuk nak demam dan sakit kepala
Breast Therapy Thermal Pads membantu merawat bengkak susu
Kenapalah ena tak dalami ilmu penyusuan secara mendalam ketika hamil. Kan dah rugi lambat guna Shapee® 3-in-1 Breast Therapy Thermal Pads ni. Sampai sekarang pon ena masih kena bengkak susu tapi agak jarang lah sebab ena dah pump. Jadi tak risau lepas ni tak payah tuam manual dah sebab ena ada penyelamat ! Eh boleh buat kerja sambil tuam taw!
Membantu ibu yang mengalami masalah ketika penyusuan
1. Bengkak susu
2. Mastitis
3. Susu mengalir dengan perlahan
3. Duktus susu tersumbat
Ciri Shapee® 3-in-1 Breast Therapy Thermal Pads
1. Round shape design. Sesuai untuk semua jenis saiz breast dengan 360 darjah full cover.
2. Gel Beads Element. Banyak biji kecil di dalam pack untuk membantu ketahanan suhu panas atau sejuk dengan lebih lama.
3. Tinggi kualiti dengan BPA & BPS free yang mampu menahan tekanan.
4. Lembut dan mudah lentur mengikut saiz breast menjadikannya lebih selesa.
5. Reusable & washable. Bersihkan pad menggunakan air suam dengan sabun pencuci pinggan.
Free 2pcs Cloth Case for skin protection
Jangan risau kalau tak tahan dengan pad yang dipanaskan sebab ia didatangkan sekali dengan cloth case ni yang mempunyai "Velcro Tape" dan "Clip design". Fabrik yang lembut memberi keselesaan buat ibu menyusu.
Mempunyai 3 jenis kelegaan terapi
ada 3 cara memberikan kelegaan terapi untuk cabaran penyusuan yang paling biasa iaitu :
1. Terapi sejuk tanpa breast pump untuk melegakan pembengkakan. Jangan menggunakan dalam tempoh lama untuk mengelakkan gangguan penghasilan susu badan
2. Terapi panas tanpa breast pump untuk melegakan saluran dan mastitis yang tersumbat
3. Terapi panas menggunakan breast pump untuk mendorong pengeluaran susu dan mengurangkan masa mengepam
Cara menggunakan
Untuk terapi sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya selama 1 jam sebelum digunakan. Bila ena rasa berdenyut sebab lambat pump susu, ena akan gunakan pad sejuk melegakan sakit.
Ada dua cara nak panaskan pad. Yang pertama menggunakan Microwave mengikut suhu yang ditetapkan di bawah
[Soalan Lazim]
Bolehkah saya memanaskan pad di dalam Oven?
Kami tidak mengesyorkan anda memanaskan Pad Terapi di dalam Oven untuk mengekalkan kualiti pad. Lebih selamat menggunakan Microwave berbanding Oven.
Takde Microwave? Takde masalah! Ena suka memanaskannya ke dalam periuk macam ni selama 10 minit. kalau pakai mangkuk saje pad akan cepat sejuk semula
Ena suka panaskan dalam suhu yang sesuai letak direct ke kulit macam ena pegang ni dan masukkan ke dalam bra. Haaa..senang sangat taw. sambil tuam panas tu, ena boleh buat kerja lain dalam satu masa. Ena buat sebelum menggunakan breast pump
Nak sarung pada breast pump pon mudah. Hanya balutkan pada kepala breast pump dan klip. Jadi sambil pump tu pad membantu memanaskan breast untuk pelancaran pengeluaran susu. Tak perlu lah nak lap susu meleleh guna towel lain sebab ada cloth case ni boleh cover.
Side View
Back view
Bukan itu saje. Shapee Malaysia juga ada mengeluarkan produk lain seperti Milk Storage Bag saiz 5 Oz dan 7 Oz (1 kotak ada 25 bag) dengan harga pengenalan RM9.90.
Mempunyai double zipper, stable standing bottom, BPA free, thermal sensor dan banyak lagi.
Terima kasih Shapee Malaysia kerana memudahkan kerja ena untuk penyusuan anak. Korang yang hamil pon boleh lah standby beli sebelum bersalin. Jadi mudahlah guna ketika berpantang nanti. Takdelah macam ena kena guna manual dulu. hehe.. Harga sangatlah murah hanya RM24.90 untuk 2 pad + 2 cloth case.
Pembelian secara online :
Shapee® 3-in-1 Breast Therapy Thermal Pads :
Shapee Milk Storage Bag :
Facebook :
Instagram :
20 Comments