Resepi Roti Gulung Sosej Crackers


Kalau dah takde idea nak buat kuih untuk sarapan pagi ataupon minum petang, cuba lah buat Roti Gulung Sosej Crackers. Agak mengenyangkan jugak. Disebabkan rumah ena kena sentiasa ada roti sebab anak sulung tak makan nasi, kadang tu kering idea nak buat apa dengan roti ni. Takkan asyik nak sapu jem kan.

Kalau ena memang suka luar crunchy menggunakan biskut crackers berbanding salutan serbuk roti. Rasa lemak je. Dan tak perlu pon nak tambah garam dalam bancuhan telur.

Bahan

1. Roti Gardenia
2. Biskut Crackers (1keping biskut = 1keping roti)
3. Sosej Ramly ( boleh campur daging @ ayam) 
4. Bancuhan tepung
5. Sebiji telur

Cara memasak

1. Leperkan roti menggunakan belakang sudu sehingga betul2 nipis

2. Gulung 1pcs sosej dan lekatkan hujung roti dengan bancuhan tepung.

3. Potong lebihan sosej di tepi roti supaya nampak ngam dan kemas

4. Potong roti kepada 2pcs

5. Salut roti dengan bancuhan telur. Tak perlu garam sebab sosej Ramly dah cukup masin


6. Hancurkan biskut crackers mengikut berapa keping roti. Kemudian golekkan roti tadi ke dalam serbuk crackers sambil tekan supaya melekat. Nak sedap bagi lekat crackers dengan tebal


7. Masak ke dalam minyak yang sudah panas dengan api yang kecil supaya sosej dalam masak dan luar tidak hangus. Siap dihidang

Post a Comment

18 Comments

Tekkaus said…
Thanks for the recipe. It looks easy to do and yet very delicious. :)
Nisa Kay said…
senangggg nyaa nak buat!!! nisa suggest cookies tu haluskan lagi jadi crumbs gituu. heheh nak cuba lah!
Ruby said…
Ini faveret anak ruby. Buat ni, confirm licin. Kalau roti nak expired. Elok buat menu ni. Bawa pi sekolah share ngan kawan-kawan.
Kak Fas said…
Budak budak mesti suka roti roll macam ni yg ada sosej..mudah gak nak buat..
Fadima Mooneira said…
Yum! Nice! This looks like a good afternoon snack. Thank you for sharing.
Mahamahu said…
Ala lama kita tak main masak-masak ni bila tengok resipi mudah dan sedap ni rasa macam nak buat balik video memasak hehehehe wakakaka best-best...
nikkhazami said…
menarik juga roti ni. kandang2 tak tahu nak makan snek apa boleh la cuba nanti. semua bahan tu memang ada kat rumah
Farhana Jafri said…
wahhh resipi ni lain dari yang kita pernah jumpa! Selalunya guna bread crumb, yang ni guna biskut crackers. Mesti crunchy kan
Tini Alif said…
Wah! Menarik dan mudah nampaknya resipi ni... Bahan-bahan pun InsyaAllah bahan basic yang sentiasa ada di rumah... Bolehlah cuba nanti...
Sis Lin said…
Dari dulu sampai laa ni konon nak buat resepi gini, tapi sampai laaa ni juga tak buat juga..sebab belum sempat buat, roti dah bedal licin di makan anak huhuhu
Senang dan sedap.. plg penting anak2 pun mmg suka roti dan hotdog
Nadia Johari said…
Ni nad selalu buat kalau beli roti. Pastu dlm kadng letak cheese semua.. Sedp.. Anak2 pun suka. Senang buat kan
Mohd Zarin said…
Senang dan mudah resepi ni, tapi memang sedap sangat. Lebih-lebih lagi dapat makan waktu dia panas-panas lagi tu kan
Fadzil Ahmad said…
Senang je nak buat ni. Minum ptg sambil pekena tea pon sedap ni. Raya haji ni bolehlah cuba resipi roti sosesj ni. Anak mesti suka
Zaza Azman said…
Ok boleh buat sbb ada saki baki biskut krakers dlm tin tu... Thanks bg idea bernas ni
Ika.S said…
thanks for sharing :) nanti boleh cuba buat
Sunshine Kelly said…
Wah terliur bila nampak ni roti gulung sosej ni, dah lama tak makan